Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Kuantan: Kemana akan mereka pergi?

Photobucket Photobucket

Kuantan, 9 Ogos 2008; Pertemuan penduduk Kg Selamat dengan Ahli Parlimen Kuantan, YB Hajjah Fuziah Salleh telah dihadiri kira-kira 50 orang penduduk. Di wajah mereka terpampang rasa risau tentang nasib dan hala tuju hidup mereka selepas ini. Majlis telah dimulai dengan ucapan aluan dari wakil penduduk dan mereka tidak membuang masa untuk menceritakan permasalahan yang telah hadapi sejak akhir-akhir ini.
Photobucket

Mereka agak risau dengan kehadiran beberapa orang yang telah mengarahkan mereka berpindah secepat mungkin dengan alasan bahawa tanah yang diduduki mereka akan dibangunkan. Ungkapan yang berbau ugutan telah diberikan kepada mereka terutamanya kepada kaum ibu sewaktu kaum bapa tiada dirumah menangkap ikan. Pihak penduduk telah mengambil tindakan dengan membuat laporan polis pada tarikh 4hb Ogos 2008 atas kebiadapan pihak yang tidak bertanggungjawab pihak yang terbabit. Kerisauan mereka telah diajukan pada pihak tertentu tetapi keadaan masih di takuk yang lama.

Photobucket laporan polis oleh penduduk

Mereka telah mendapat arahan dari pihak tuan tanah, iaitu Jelai Holdings untuk berpindah dan dijanjikan untuk menerima pampas an sebanyak RM 500.00. Jelas bahawa jumlah tersebut tidak memadai ditambah dengan taraf kehidupan mereka yang miskin. Antara janji yang telah mereka terima iaitu supaya berpindah dan ditempatkan ke tempat yang lebih seperti di Perkampungan Baru Kg Pak Mahad dan Kg Pandan masih belum dapat ditunaikan. Kemampuan mereka untuk membayar sewa atau membeli rumah adalah amat difahami dengan pendapatan mereka yang kecil.

YB Hajjah Fuziah Salleh sempat membuat panggilan berhubung perkara di atas dan telah mendapat maklumat bahawa pihak tuan tanah telah gagal dalam permohonan mengarahkan perpindahan penduduk. Pada masa yang sama, pihak penduduk diminta untuk berpindah jika mereka diberi penempatan yang baru.

Kata putus telah dicapai untuk mengadakan perbincangan antara pihak kerajaan negeri, tuan tanah dan penduduk di mana YB Hajjah Fuziah Salleh akan bertindak sebagai perantara dalam menyelesaikan kekusutan yang ada.

Beliau memberikan harapan agar penduduk terbabit dapat menikmati kemudahan yang lebih selesa dan berpatutan bagi meneruskan survival mereka. Beliau juga mengingatkan penduduk supaya bersabar dan tidak mengambil tindakan yang emosional dalam mencari penyelesaian. Pertemuan hampir sejam jelas telah memberikan kelegaan pada semua pihak terutamanya penduduk bagi mendapatkan pennyelesaian dan hasil yang setimpal.

MediaKeADILanKuantan

————————————————————————————–

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Rozaini binti Mohd Rosli,

email add: rozainiebbm@yahoo.com tel.: 019-8502757

August 10, 2008 - Posted by | Politics

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s