Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Kuantan: Sepetang Bersama Sivarasa

Sepetang Bersama Sivarasa Rasiah yang merupakan majlis bertukar pendapat dan dialog komuniti terutamanya bagi masyarakat India. Pihak Parti Keadilan Rakyat Cawangan Taman Seri Kuantan merasakan bahawa program ini amat perlu dihadiri bagi memahami isu-isu terkini yang dihadapi oleh masyarakat terutamanya orang Tamil.

Dengan latarbelakang beliau (Sivarasah) sebagai peguam, isu-isu masyarakat merupakan kepakaran beliau. Melalui pengalaman beliau sebagai peguam dan juga seorang ahli Dewan Rakyat tentunya perjuangan beliau lebih terkesan. Sikap dan kelantangan beliau dalam advokasi isu merupakan aset dan dapat memperjelaskan nasib masyarakat.

Isu lokaliti terutamanya di dalam masyarakat India di dalam kawasan Parlimen Kuantan adalah amat penting untuk diperbincangkan dalam pertemuan ini. Sikap kerajaan yang tidak serius memerlukan seseorang seperti beliau untuk membawa isu ini ke dalam Parlimen.

Antara penceramah yang turut menghadiri dalam program ini adalah Dr M Raken, bekas Pengerusi Kolej Olympia dan Encik A Thiruvengadam, Ahli Majlis Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

Kehadiran beliau juga diharapkan dapat memperjelaskan lagi isu-isu lain seperti pilhanraya di Permatang pauh, minyak dan beban kehidupan yang semakin mendesak. Semua golongan masyarakat dianjurkan untuk hadir memberi sokongan dan memahami keperitan hidup rakyat.

Nama Program: Sepetang Bersama Sivarasa Rasiah

Masa: 7.00- 9.00 malam

Tempat: Restoran Lee Yuen, Jalan Hj Ahmad

Tarikh: 10hb Ogos 2008

August 5, 2008 - Posted by | Politics

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: