Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Ada insan yang berkehidupan sebegini di Kuantan (Ubai)

Nenek ini telah dilawati oleh krew aktivis Parlimen KeADILan Kuantan dua minggu lalu…

Beliau hidup dalam kegelapan sepanjang masa; didapati tidak dapat melihat. Beginilah keadaan rumah, tempat tinggalnya.

Bekas makanannya di kerumuni lipas – didapati tidak dicuci dengan baik; oleh kerana buta, ia tetap digunakan.

Bilik air pula dipenuhi oleh katak-katak, yang juga tidak dapat dilihat oleh beliau.

Ketika ditemui, tangan nenek itu masih hitam kerana untuk memasak, masih menggunakan arang.

Krew Aktivis Parlimen Kuantan telah membantu membersihkan rumah beliau. Jiran-jiran akan menjenguk beliau dari masa ke semasa. Sekiranya ada warga yang prihatin untuk terus memberi sumbangan dan khidmat terhadap nenek ini, sila hubungan Pusat Khidmat KeADILan Kuantan 09-5137970 Puan Baini).

Laporan sebelum ini: AKTIVISME PRIHATIN RAKYAT

Photobucket

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Laporan oleh:
Rozaini M R

August 2, 2008 - Posted by | Politics

4 Comments »

  1. Kak Fuziah,

    Saya ingin mengucapkan tahniah (walau terlambat) kerana menjadi Ahli Parlimen Kuantan. Saya juga kagum (susunanNya) Kak Fuziah telah berjaya akhirnya menanggong amanah di atas bahu.

    Kini sampailah masanya Kak Fuziah letakkan parti yang diwakili ke belakang. Ini adalah waktu Kak Fuziah tidak memikirkan politik tetapi menumpukan seluruh jiwa dan raga untuk membela warga Kuantan yang memerlukan tumpuan dan bantuan.

    Kurangkan atau tiadakan semua kandungan web ini yang menyangkut mengenai berita parti dan lain-lain lagi tetapi masukkan hal ehwal Kuantan dan warganya di dalam web ini. Wujudkan sebuah Komuniti Warga Kuantan yang memegang prinsip Bersatu Kita Teguh Bercerai KIta Roboh & Mulia Memuliakan Antara Satu Sama Lain. Lakukan ini tanpa batasan bangsa, agama dan darjat hidup. Pastikan Kak Fuziah mendapat data penuh setiap warga Kuantan tanpa perlu bergantung penuh pada Jabatan Kebajikan, Jabatan Pendidikan atau apa jua jabatan yang mempunyai data-data berkenaan.

    Sebaik-baiknya dapatkan sendiri data-data ini semasa Kak Fuziah melawat keluarga-keluarga warga Kuantan. Kenyataan hidup mereka akan menjana tenaga untuk Kak Fuziah bekerja lebih giat lagi. Lakukanlah secara sistematik.

    Lakukanlah sepenuh-penuhnya. Saya amat yakin jika ini yang Kak Fuziah laksanakan, akan terpenuhlah amanah yang dipikul itu. Akhir kalam,Kak Fuziah akan pulang kepadaNya dengan mata yang tertutup rapat dan terukir senyuman diwajah apabila pulang ke rahmatNya.

    Salam hormat dari saya & SELAMAT BERJAYA.

    Comment by raspintar | August 4, 2008

  2. Terima Kasih di atas pandangan raspintar.
    Saya hargai input-input tersebut dan memang itu yang saya lakukan sejak sebelum pilihanraya lagi. Malah setiap contact dengan pengundi, menambah kepada database saya.

    Saya juga insaf bahawa kemenangan saya di Kuantan bukan sangat diatas kekuatan Pakatan Rakyat akan tetapi, kerana rakyat Kuantan yang ingin memberikan peluang kepada saya, diatas dasar yang pelbagai, dan juga diatas kehendakNya.

    Akan tetapi, saya juga perlu bawa prinsip parti yang saya dukung dan yang saya perjuangkan.

    Doakan saya supaya dapat imbangi segalanya.

    Comment by Fuziah Salleh | August 4, 2008

  3. assalamualaikum aunty gee…sy slh seorang bks sekretariat di kuantan ingin mengucapkn tahniah atas kejayaan aunty dlm pru 5 bln lps.sy amt mengkagumi dan menghormati jati diri aunty dan kluarga..sepnjang sy berada dlm kelompok aunty gee dan kluarga keadilan kuantan byk yg dpt sy belajar..harapan sy semoge prjuangan aunty membela nasib kami penduduk kuantn istiqamah dan ikhlas

    Comment by fatehah | August 22, 2008

  4. Erm..sy setuju dgn ape yg di tertulis di atas..go0d

    Comment by muhamad norliza | October 27, 2009


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: