Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Anwar bertanding di Permatang Pauh

Beliau telah mengumumkan perkara itu tadi. Datin Seri Wan Azizah telah meletakkan jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh hari ini; keputusan itu telah dimaklum kepada pihak Dewan Rakyat.

SPR dikehendaki mengumumkan tarikh pilihanraya kecil dalam masa 60 hari.

————————————————————————————

— PRESS STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE —

31 JULY 2008, PETALING JAYA, MALAYSIA

After deliberating with my family, the Keadilan party leadership and our

partners in the Pakatan Rakyat, I have officially submitted my resignation

as Member of Parliament of Permatang Pauh to the Speaker of Parliament YB

Tan Sri Datuk Pandikar Amin Bin Hj. Mulia today to make way for my husband,

Anwar Ibrahim, to contest as a candidate for Pakatan Rakyat in a by-election

as soon as possible.

This is consistent with our goals towards securing a Parliamentary majority

and forming a new government within this year.

This decision is the right decision for Malaysia.

The nation now faces some of the greatest challenges it has encountered

since gaining independence. The UMNO-led Barisan Nasional government has

mismanaged the economy and steered the nation towards a catastrophe. It has

allowed the integrity of the justice system to fall into deeper infamy. It

has stroked the flames of racism and driven a wedge of mistrust between

Malays, Chinese and Indians, while thoroughly neglecting the needs of the

indigenous peoples of

Sabah and Sarawak.

Anwar Ibrahim has articulated a vision for Malaysia that has brought hope to

the people. He has the experience and intelligence to reinvigorate our

economy, and the charisma and integrity to unite the Malaysian people and

restore credibility to our institutions of governance.

I will continue to serve as president of Parti Keadilan Rakyat and as

chairperson of the Yayasan Aman (Peace Foundation).

I whole-heartedly thank my supporters in Permatang Pauh who have stood by me

in the most difficult of times since September 1998 and have shared in the

joy of victory we all experienced on March 8th. The future of our nation

lies in the dedication and commitment to justice and freedom that I have

experienced as your representative in Parliament and I look forward to many

more years of serving you with sincerity and with humility.

DATUK SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL

President Parti Keadilan Rakyat

———————————————————————–

— KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA —

31 JULAI 2008, PETALING JAYA, MALAYSIA

Selepas berbincang dengan keluarga saya, kepimpinan Parti Keadilan Rakyat

dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, saya dengan ini secara rasminya

meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh kepada YB Tan Sri

Speaker Dewan Rakyat Datuk Pandikar Amin Bin Hj. Mulia hari ini, memberi

laluan kepada suami saya untuk bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat dalam

pilihanraya kecil secepat mungkin.

Ini adalah konsisten dengan matlamat kami untuk mendapat majoriti bagi

membentuk kerajaan baru dalam tahun ini.

Keputusan ini adalah yang terbaik buat Malaysia.

Negara ini sedang berhadapan dengan cabaran yang paling getir semenjak

mencapai kemerdekaan.

Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO terbukti telah gagal

mengurus ekonomi negara ini dan membawa negara ini menuju kehancuran.

Kerajaan ini telah menyebabkan integriti sistem keadilan hancur ke tahap

yang memalukan. Ia membiarkan api perkauman semakin bernyala-nyala dan

membuatkan etnik Melayu, Cina dan India saling tidak mempercayai satu sama

lain di samping sengaja mengabaikan keperluan masyarakat pribumi di Sabah

dan Sarawak.

Anwar Ibrahim telah mengungkapkan visi untuk Malaysia yang telah pun

membenihkan harapan buat rakyat. Beliau mempunyai pengalaman dan

kebijaksanaan untuk membangunkan kembali ekonomi negara ini, juga karisma

dan integriti untuk menyatukan rakyat Malaysia serta mengembalikan

kewibawaan institusi-institusi kenegaraan.

Saya akan terus berkhidmat sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat dan

pengurusi Yayasan Aman.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

penyokong saya di Permatang Pauh yang selama ini sentiasa teguh di belakang

saya di dalam melalui saat-saat sukar semenjak dari September 1998 dan

saat-saat manis kemenangan 8 Mac 2008. Masa depan negara kita bergantung

kepada dedikasi dan komitmen terhadap keadilan dan kebebasan yang saya lalui

selaku wakil anda semua di Parlimen dan saya akan sentiasa berkhidmat untuk

anda pada masa depan seikhlas mungkin.

DATO’ SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Presiden Parti Keadilan Rakyat

————————————————————————————

Azizah kosongkan kerusi Ptg Pauh
Jul 31, 08 3:18pm malaysiakini.com
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengosongkan kerusi parlimen Permatang Pauh untuk membuka laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil untuk kerusi tersebut.

bm version permatang pauh election results 310708Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Wan Azizah berkata, beliau bagaimanapun kekal sebagai presiden PKR dan pengerusi Yayasan Aman Malaysia.

Wan Azizah berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatan tersebut hari ini kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Permatang Pauh dianggap sebagai kerusi yang selamat berdasarkan kepada keputusan pilihanraya umum lalu, Wan Azizah menang besar dengan majroti 13,388.

Beliau mendapatkan 30,338 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Umno, Datuk Pirdaus Ismail yang memperolehi 16,950 undi.

Wan Azizah mewakili kerusi Permatang Pauh selama tiga penggal. Dalam pilihanraya 2004, beliau menang tipis dengan majoriti 590 undi, juga menewaskan Pirdaus.

Sebelum ini, disebut beberapa kerusi yang mungkin ditandingi oleh Anwar, termasuk Kulim Bandar Baharu, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai.

Kerusi Bandar Tun Razak diwakili oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Lembah Pantai (Nurul Izzah) dan Gombak pula diwakili oleh naib presiden PKR, Azmin Ali.

Ditanya mengapa beliau yang mengosong kerusinya untuk Anwar, Azizah berkata sejak dahulu lalu beliau bersedia berbuat demikian.

Katanya, sejak dari mula-mula bertanding dahulu lagi, beliau sedia mengosong kerusi Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar.

Beliau juga berkata, keputusannya diambil setelah berbincang dengan keluarganya, dengan pemimpin PKR serta DAP dan PAS.

Katanya, beliau merasakan “inilah yang terbaik bagi Anwar sebab kawasan tersebut (mempunyai) majoriti yang selesa”.

Wan Azizah menjadi wakil rakyat ermatang Pauh sejak 1999. Sebelum itu, kerusi itu diwakili oleh Anwar.

Reaksi Anwar

Anwar mewakili kerusi Parlimen Permatang Pauh sebagai wakil BN dari tahun 1982 sehinggalah beliau dipecat dari Umno pada September 1998, dan menjadi ahli Parlimen bebas sehingga dihukum penjara enam tahun keranatuduhan salahguna kuasa.

Sementara itu, Anwar pula berkata, beliau terharu dan terhutang budi kepada Wan Azizah.

“Selama ini Azizah telah memainkan tanggungjawab sebagai ahli Parlimen dan ketua pembangkang yang cemerlang dan efektif,” katanya sambil menambah keputusan tersebut bukan mudah untuk diambil.

Anwar kata, keputusan itu juga diambil dengan melihat juga kerusi Bandar Tun Razak dan Gombak.

Katanya, pemimpin PAS dan DAP telah menghubunginya dan menyokong penuh beliau bertanding dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh.

Menurut, pemimpin DAP, Lim Kit Siang telah menghantar wakil parti itu menghadiri sidang akhbar tersebut, iaitu ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai

Manakala PAS pula, kata Anwar, tidak dapat menghantar wakil sebab mereka sedang bermesyuarat di pejabat agung parti tersebut.

Ditanya mengapa beliau tidak bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baharu, Anwar berkata, petisyen yang dikemukakan di situ akan mengambil masa yang panjang untuk selesai.

Mengenai jawatan ketua pembangkang yang kosong selepas Wan Azizah mengosongkan kerusi Parlimennya, Anwar berkata, ia akan diberitahu minggu depan.

July 31, 2008 - Posted by | Politics

6 Comments »

  1. Jom ramai ramai penuhkan Permatang Pauh!

    Harapan Baru Malaysia!

    Comment by Dennis | July 31, 2008

  2. HIMPUNAN KELUARGA MERDEKA BERSAMA ANWAR IBRAHIM

    30 OGOS 2008 ( SABTU )

    3.00 PETANG – 6.00 PETANG

    DEWAN SIVIK, M.B.P.J

    Comment by Editor Ampang | July 31, 2008

  3. New election.
    PAS masuk UMNO
    UMNO with PAS.
    where is PKR heading?

    Comment by thegossiplounge | July 31, 2008

  4. Dear thegossiplounge
    PAS leaders have responded to such perception. It is however an unfortunate ouccurrance that general thinking and commitment of the PAS movement and its leadership are marred in the latest political smear against it. With the continued strengthening of the relationship and comradeship of the Pakatan Rakyat, naturally there will be attempts to spoil and break it altogether. We must never fall prey to these unwanted influences that deliberately intent to destroy Pakatan Rakyat. The people also have the duty to continuously advise leaders to stay steadfast on the track of the struggle for truth and justice.
    Umno-BN is soon becoming permanently extinct for its lack of faith and will to change and be changed.
    The people with conviction in Pakatan Rakyat’s conviction for change must never easily succumb to political dirty tactics of umno-BN.

    Some news about PAS response to the matter:
    http://www.malaysiakini.com/news/87046

    Comment by Rozaini | August 1, 2008

  5. tak tau perkembangan nak cerita sangat….thegossiplounge hang ni slow la….

    Comment by Pikir Ar | August 3, 2008

  6. bajet 2009 nampaknya banyak kebaikan utk rakyat….kerajaan nampaknya semakin perihatin…
    dah lama saya fikirkan kenapa saya terlalu menykong perjuangan peribadi anwar ibrahim..
    ideeologi politik pkr pon nampaknya dah banyak berubah…fitnah banyak berlaku…
    politik pon dah x stabil….
    bagik saya utk sbuah negara membangun macam malaysia nih kstabilan politik lah satu2nya perisai utk menghadapi ancaman luar yg smakin hari smakin dahsyat….
    skrang nih negara dah jadik kucar kacir…
    bkn nih yg saya mahukan…
    dah lama saya fikir…..rasenye krajaan skrang nih pon bknnya teruk sgt pon…cuma saya jer saje carik ksalahan kerajaan…pas2 percaya bulat2 sgala tuduhan membabi buta…
    saya harap saya xkan buat ksilapa yg sama pilihanraya akan datang…

    Comment by syahir | August 29, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: