Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Sidang Media mengenai pengurusan negeri Pahang yang tidak bertanggungjawab

MB PAHANG, HENTILAH MENGGADAI HAK RAKYAT

Kuantan, 30 Julai; Mahkamah Tinggi Kuantan dan Mahkamah Rayuan di Putrajaya telah memutuskan bahawa kerajaan negeri Pahang dituntut membayar Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd dalam kes samannya terhadap Kerajaan Negeri Pahang. Keputusan tersebut telah mengakibatkan kerugian itu ditanggung oleh Rakyat Pahang.

Justeru itu, satu perintah mahkamah untuk membayar saman tersebut sudah dikeluarkan. Perintah mahkamah yang dipohon adalah untuk mensita hakmilik kerajaan negeri.

Keadaan ini jelas merupakan hasil dari sikap tidak bertanggungjawab Kerajaan Negeri Pahang yang di terajui oleh Menteri Besar, Adnan Yaacob. Kalahnya kerajaan negeri Pahang dalam kes saman oleh Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd ini juga mempamerkan bahawa pentadbiran negeri Pahang telah dilaksanakan dengan membelakangkan prinsip-prinsip good governance, ketelusan dan integriti.

Bagaimanakah pula kerajaan negeri Pahang akan membayar RM37,127,471.60 itu dengan faedah 8 peratus setahun mulai 31 Disember 2000; dengan hutang yang kini berjumlah RM1.72 bilion? (menurut akaun negeri berakhir Disember 2006 yang telah disahkan oleh audit Negara) Keadaan ini juga bermaksud bahawa jumlah wang tersebut itu terpaksa pula ditanggung oleh Rakyat jelata di negeri Pahang. Rakyat yang telah bertungkus lumus bekerja keras, membayar cukai, kemudian terpaksa pula melihat wang mereka digunakan untuk membayar saman hasil dari pentadbiran yang gagal dan tidak bertanggungjawab ini.

Adalah tidak wajar dan tidak adil bahawa rakyat terpaksa memikul beban kesalahan kerajaan Negeri di samping menanggung kerugian dalam berbagai bentuk akibat pentadbiran yang tidak bertanggungjawab. Sesungguhnya ia suatu kezaliman di pihak kerajaan terhadap seluruh Rakyat negeri Pahang.

Pentadbiran negeri Pahang telah berani menyanggahi amalan good governance serta mempamerkan sikap bahawa kerakusan dan kekuasaan politik Umno dan BN di pihak pemerintah boleh mengatasi segala kekuasaan yang lain, hatta undang-undang negara sekalipun.

Manakala ketirisan aset dan khazanah negeri yang berterusan menjadikan Pahang sebuah negeri yang hampir muflis walaupun kaya dengan berbagai sumber hasil.

Menteri Besar mesti dipertanggungjawabkan sepenuhnya dalam hal ini dan rakyat harus menuntut supaya wang rakyat tidak disentuh oleh Menteri Besar dan kerajaan negeri dalam melangsaikan bayaran saman ini. Tingkahlaku menggadaikan hak rakyat oleh Menteri Besar dan Kerajaan Negeri mestilah diberhentikan serta-merta bagi menyelamatkan negeri Pahang dari kemelut yang lebih parah, yang hanya akan merugikan rakyat.

Hajah Fuziah Salleh

Ahli Parlimen Kuantan

30 Julai 2008

————————————————————————————-

For media release enquiry, please contact
Media Coordinator: Puan Rozaini binti Mohd Rosli, 019-8502757 email add.: rozainiebbm@yahoo.com

Photobucket Photobucket Photobucket

Photobucket

July 30, 2008 - Posted by | Politics

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: