Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Kuantan: aktivisme prihatin Rakyat

Kuantan, 26 Julai 2008; Aktiviti gotong royong Parlimen KeADILan Kuantan di Ubai telah diketuai oleh penyelaras program, Encik Norhasanin Ahmad. Beliau dan para aktivis telah menziarah Tok Timah, seorang warga emas yang cacat penglihatan yang memerlukan pembelaan dan penjagaan yang rapi.

Photobucket Photobucket

Photobucket

 

Syukurlah ada jiran-jiran yang melawati beliau tapi ianya tidak mencukupi untuk meringankan beban beliau. Kehadiran rombongan KeADILan kali ini dengan persediaan untuk memberikan sedikit keselesaan kepada penghuni ini yang hanya mengharapkan sedikit perhatian dari masyarakat. Kerja-kerja awal dimulakan dengan pembersihan kawasan luaran dan juga membuang barang-barang yang tidak sesuai dari rumah tersebut. Kerja-kerja pembersihan ini dilakukan secara berperingkat dan memerlukan kesabaran akibat kesan dari ketidakendahan masyarakat melakukan kerja-kerja sosial.

Photobucket Photobucket

Sumbangan dari orang ramai dalam program sekecil ini tidak mengecewakan. Sebaik sahaja mengetahui kesanggupan pihak Parlimen KeADILan untuk melakukan gotong-royong bagi warga emas ini, sumbangan dalam bentuk tajaan barangan dan makanan mulai tiba.

Setelah tiga (3) jam melakukan aktiviti pembersihan, kepuasan jelas terbayang di wajah masing-masing atas usaha yang telah dilakukan telah menampakkan hasil.Walaupun beban yang dihadapi tidak dapat dibayangkan paling kurang kehadiran rombongan KeADILan itu jelas memberikan makna mewarnai kehidupan masyarakat yang perlu pada pembelaan.

Disebelah petang pula, rombongan perubatan dari Kuala Lumpur seramai 9 orang telah disambut oleh Encik Zainurin (Pok Ja) pada jam 3.30 petang di kg Deraka dan Kg Anak Air. Rombongan ini terdiri dari 3 orang doctor dan 6 sukarelawan dari Kuala Lumpur ini merupakan aktiviti kemasyarakatan yang bersifat proaktif. Kesusahan dan kedaifan masyarakat sememangnya memerlukan usaha yang berterusan terutamanya bagi mereka yang celik sosial.

Pada mulanya sambutan agak kurang, tetapi dalam masa tidak sampai setengah jam suasana telah berubah. Mengetahui kehadiran kami, penduduk kampong mula menyebarkan maklumat tentang kehadiran kami disitu. Bagi Dr Saifullah beliau merasa cukup gembira dan berpuashati kerana dalam tempoh tiga (3) jam itu, pihak mereka telah berjaya merawat empat puluh (40) orang pesakit; tiga puluh diperkarangan rumah dan sepuluh lagi melalui lawatan pemeriksaan kesihatan dari rumah ke rumah. Rawatan berbentuk pemeriksaan tekanan darah dan kadar gula telah dijalankan kepada orang dewasa. Bagi kanak-kanak yang hadir pada hari itu, pemberian ubat cacing dan vitamin telah dijalankan.

Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket

Kebanyakan penduduk melahirkan rasa terima kasih atas kesungguhan dan kesediaan kumpulan perubatan datang membantu mereka dalam program ini. Mereka mengharapkan akan ada lagi program seperti ini pada masa akan datang.

Encik Norhasanin Ahmad merakamkan penghargaan kepada Dr Saifullah dan Encik Zainurin (Pok Ja) atas bantuan yang diberikan dan dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat sekitar. Selaku coordinator program, beliau menekankan bahawa program ini akan dijalankan secara berkala dan akan dilaksanakan setiap bulan bagi tujuan pendidikan dan memupuk kesedaran masyarakat terutamanya dalam Parlimen Kuantan.

Akhir kata, masyarakat umumnya diseru agar dapat tampil dalam menghulurkan bantuan dalam bentuk apa jua cara menyahut seruan masyarakat prihatin.

July 27, 2008 - Posted by | Politics

2 Comments »

  1. […] Kuantan: aktivisme prihatin Rakyat […]

    Pingback by Ada insan yang berkehidupan sebegini di Kuantan (Ubai) « Fuziah Salleh | August 2, 2008

  2. […] Kuantan: aktivisme prihatin Rakyat […]

    Pingback by Some Malaysians May Not Like Pakatan Rakyat, BUT Barisan Nasional Is Hurting Us More « A Total Blog | August 4, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: