Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Kenyataan Media: KeADILan Bahagian Kuantan

Pihak Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kuantan dengan ini menyatakan bahawa Ceramah Umum yang akan dilaksanakan pada hari Sabtu 19hb Julai 2008 seperti yang telah dirancangkan. Program ini akan bermula pada jam 9.00 malam bertempat di Kg Razali, Kuantan.
Kami mengucapkan kesyukuran di atas pembebasan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada hari ini, 17hb Julai 2008. Kami mendoakan semoga beliau dalam keadaan sihat sejahtera.
Program ini akan dihadiri oleh tetamu dari Pakatan Rakyat antaranya YB Azan Ismail (MP Indera Mahkota), YB Hajjah Fuziah Salleh (MP Kuantan), Dr Hamzah Jaafar (Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang), YB Anthony Loke Siew Fook (MP Rasah), YB Azmin Ali (MP Gombak) dan tetamu utama Yang Berbahagia Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Program ini telah dirancang untuk memberikan penerangan tentang isu-isu semasa yang melandai lanskap politik negara. Kami merasakan program ini perlu dihadiri oleh semua golongan masyarakat tanpa mengira ras bangsa atau agama terutamanya di Kuantan dan kawasan sekitarnya bagi mendapatkan maklumat mengenai perkembangan politik mutakhir ini.
Sekali lagi, pihak kami memanjangkan jemputan ini kepada semua masyarakat untuk hadir bagi menyatakan komitmen mereka bagi perubahan masa depan yang lebih cemerlang.

Encik Siew Fook Chan
Pengerusi Biro Penerangan
Parti Keadilan Rakyat
Bahagian Kuantan
17hb Julai 2008

July 17, 2008 - Posted by | Politics

3 Comments »

  1. hidup kuantan… hidup pahang… hidup yb fuziah….

    Comment by rahman | July 17, 2008

  2. eh jom pergi nak

    Comment by hafiz | July 17, 2008

  3. Semua sdr Di Persilakan datang beramai-ramai keprogram tersebut dan tolong juga sampaikan berita ini kepada teman-teman yang lain di Kuantan.

    Saya juga ingin menegaskan bahawa DSAI didalam keadaan semangat yang tinggi dan cukup komited walaupun belakang beliau sakit setelah tidur diatas simen sejuk sepanjang malam dalam tahanan polis di IPK KL malam semalam

    Comment by Fuziah Salleh | July 17, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: