Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Anwar ditahan reman

Belum pasti utk berapa lama…

Rakyat menemani beliau di luar Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur.

Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket

Di Parlimen hari ini, seorang lelaki menangis setelah menerima berita penangkapan Anwar. Di wajah setiap yang dikenali menunjukkan wajah yang tiada seri; muram, tapi tetap melaksanakan apa yang patut.

Saya sendiri yang sedang bersiap untuk menghadiri makan tengahari bersama beberapa tetamu telah tiba-tiba hilang selera.

Puan Fuziah Salleh dengan teman-teman Ahli parlimen telah serta-merta ke IPK untuk mengetahui dengan lebih dekat keadaan Anwar.

Sebenarnya, penangkapan Anwar telah dijangkakan – hanya apabila ia berlaku, seperti masih tidak percaya. Alangkah buruknya cara tangkapan Anwar tengahari tadi.

Bilakah akan berakhir segala kepandiran ini? Dan berhentinya wenangan mereka yang berkuasa?

Hanya masa akan menentukannya. Sehingga itu, perjuangan ini belum selesai.

Jika patah tumbuh, jika hilang diganti ribuan yang lain.

Membujur lalu melintang patah.

Lawan, tetap lawan.

Rozaini.

July 16, 2008 - Posted by | Politics

10 Comments »

  1. Sabar… kita berdoa dan satukan hati. Semoga doa kita dimakbulkan. Semoga DSAI akan selamat dari fitnah dan pembohongan yang dirancang.

    Comment by irwan idris | July 17, 2008

  2. berdoa ramai ramai kepada Allah.insyaAllah kebenaran akan tertegak jua amin

    Comment by hafiz | July 17, 2008

  3. The police detained DSAI in the police cells because they want to take his hair samples that may have fallen while he was asleep and say that they were found in the condo. Can someone warn DSAI of that NOW and also his lawyers about it? Do it now and now.

    Comment by Abdul | July 17, 2008

  4. Salam
    Sdr Abdul, Terima Kasih diatas keprihatinan
    DSAI is very aware of that possibility, dan segala muslihat pihak berkuasa
    We, leaders are also taking whatever necessary caution.

    Thanks Again

    Comment by Fuziah Salleh | July 17, 2008

  5. Mungkin kisah Anwar telah ditahan memang sesuatu yang mengejutkan terutamanya kepada penyokong Anwar. Yang pastinya Anwar ditahan ada sebabnya. Bukan saja2 polis nak tahan. Biarlah polis siasat dulu.. Jangan buat tindakan bodoh dengan rusuhan dan perhimpunan kerana ianya bukan boleh melepaskan Anwar malah akan menyusahkan lagi kita sebagai rakyat…

    Comment by Jeffripower | July 17, 2008

  6. jefri power ko ni ader masalah sebenarnyer… ko tergolong dgn org yang suker dengan harga minyak yang banyak… ko suker dengan fajar rembau ambil tender airport tanpa pengetahuan menteri pengangkutan… ko suker wang rakyat berbilion2 dilesapkan dengan skandal PKFZ…ko suker penganggur boleh jual saham ecm libra dengan kerugiaan.. ko tak ingat ker bagaimana tilam diusung waktu perbicaraan 98 dahulu, tapi apabila wan azizah bawa pakar forensik dari australia, tilam itu diumumkan hilang kerana tidak disapina sebagai bahan bukti… aku berdoa agar ko terbuka minda sikit!! ko lupa ker siapa yang melebamkan mata saudara anwar!! bebal sikit2 dah lar!!

    Comment by rahman | July 17, 2008

  7. #harga minyak yg tinggi

    Comment by rahman | July 17, 2008

  8. Sdr jefripower,
    Mungkin sdr tidak sedar bahawa sdr Anwar ditahan oleh Polis UTK yang bertopeng lebih kurang 30 orang dan bersenjata, semasa didalam perjalanan pulang dari memberi keterangan di BPR. (Saya sedang cuba dapatkan gambar penangkapan beliau ihsan dari Nanyang Siang Pau untuk diupload ke blog)
    Beliau ketika itu disimpang rumah, untuk balik solat dulu sebelum ke IPK KL seperti yang telah dijanjikan kepada pihak Polis.

    Persoalannya kenapa perlu ditahan demikian cara.
    Sebagai pemimpin KeADILan, saya tegaskan bahawa kami sentiasa bersama DSAI dalam menegakkan kebenaran dan keadilan. Janji tetap akan ditunai.

    Polis memberitahu bahawa waran tangkap telah dikeluarkan dan beliau akan ditahan sekiranya tidak hadir pada jam 2ptg

    Hakikat, beliau ditahan pada 1.05 ptg..
    Ini adalah ketidak wajaran pihak polis dan sekiranya bukan kezaliman namanya, APAKAH IA????

    Comment by Fuziah Salleh | July 17, 2008

  9. pukul 1250 tengahari, sepeti dilaporkan media berbahasa cina yang berada di tempat kejadian, pukul 1lebih sudah sampai ipk…

    Comment by rahman | July 17, 2008

  10. Salam di ucapkan kepada warga kuantan.
    Saya cuma hendak berkongsi maklumat kepada seluruh warga di Kuantan untuk turut serta dalam isu-isu serta kes yang menarik di laman web
    http://www.p99ampang.com
    laman web ini merupakan laman web rasmi untuk buletin ampang dan juga menjadi saluran penyampai untuk isu-isu parti.
    Saya berharap agar kita dapat bertukar pandangan serta pendapat untuk memantapkan lagi parti sekaligus menimba ilmu.

    Comment by Din | July 21, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: