Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Sebuah Episod dalam sesi soalan jawap lisan di Dewan Rakyat 10 Julai 2008

Soalan saya telah diubah oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; saya telah mengemukakan bantahan mengenainya:

10. Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat menyatakan status Majlis Penasihat Wanita Negara:-
(a) adakah didaftarkan sebagai NGO/Jabatan seliaan KPWKM; dan
(b) apakah hubungan/tatacara kerja MPWN degan kerajaan negeri di bawah
Pakatan Rakyat.
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sebelum
saya bentangkan soalan saya ini, saya ingin memaklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua dan
juga kepada Ahli-ahli Dewan bahawa soalan asal saya telah diubah.
Selepas saya menghantar soalan ini, ianya telah diubah dan saya ingin memaklumkan
bahawa soalan asal saya ialah Majlis Pembangunan Wanita Kebangsaan dan Majlis
Pembangunan Wanita Negeri bukan Majlis Penasihat Wanita. Saya pohon pihak kementerian
dan pihak menteri bertindak profesional dalam hal ini dan menjawab soalan asal saya dan bukan
soalan yang mahu dijawab oleh pihak menteri.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat.
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Saya juga pohon kebijaksanaan Tuan Yang di-
Pertua dalam hal ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sila Yang Berhormat Timbalan
Menteri. Kalau tidak boleh dijawab seperti yang dikehendaki, rasanya boleh dijawab secara
bertulis untuk soalan ini tetapi walau bagaimanapun saya serahkan kepada Yang Berhormat
Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Puan Noriah
binti Kasnon]: Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Tuan Yang di-Pertua, soalan ataupun
jawapan yang telah kita sediakan adalah berpandukan kepada soalan yang telah dipinda Yang
Berhormat. Maka, saya mohon untuk menjawab secara bertulis dan memang ada dengan saya.
Terima kasih
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Juga Tuan Yang di-Pertua, saya ada soalan
tambahan. Jadi, saya pohon juga soalan tambahan saya ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Itu juga tidak adil kepada Yang
Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan..
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Saya.
DR. 10.7.2008
21
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat sekejap, Yang
Berhormat. Soalan tambahan dan jawapan yang ada pada Yang Berhormat Timbalan Menteri
ketika ini adalah berpandukan kepada soalan yang ada pada hari ini.
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Saya dapat makluman Tuan Yang di-Pertua
bahawa soalan saya dipinda selepas ianya sampai ke pihak kementerian.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, kita sudah
selesaikan masalah ini Yang Berhormat.
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Saya rasa ini tidak adil bagi saya.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Kita telah selesaikan Yang
Berhormat. Soalan tambahan cuma dikemukakan kepada jawapan kepada soalan asal.
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Saya rasa.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ketika ini tidak ada jawapan
kepada soalan asal Yang Berhormat.
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Okey, kalau Tuan Yang di-Pertua tidak mahu
setuju tentang soalan tambahan, saya mahu sesuatu dilakukan dalam hal ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Baik Yang Berhormat. Kita akan
ambil perhatian Yang Berhormat.
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Saya rasa ini tidak adil dan tidak wajar, tidak
profesional dan tidak patut.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat.
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Untuk menukar soalan Ahli Parlimen! Sebab ini
soalan saya, bukan soalan kementerian.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, kita akan pastikan perkara ini
tidak berlaku lagi Yang Berhormat. [Dewan tepuk]
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Tuan Yang di-Pertua, bagaimana ini boleh berlaku?
Bagaimana soalan boleh dipinda? Pastikan ini tidak sekali-kali berlaku.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat.
Puan Noriah binti Kasnon: Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee: Ya.
Puan Noriah binti Kasnon]: Saya tidak melihat soalan asal itu tetapi mungkin soalan
asal daripada Yang Berhormat Kuantan ini agak mengelirukan. Mungkin beliau menyebut
tentang Majlis Penasihat Wanita Negeri sebab kita tidak ada Majlis Penasihat Wanita Negeri.
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: saya mohon maaf Yang Berhormat Timbalan
Menteri. Soalan saya ialah Majlis Pembangunan Wanita. Saya khuatir bahawa pihak
kementerian ada masalah dalam menjawab soalan saya ini.
Puan Noriah binti Kasnon: Tidak ada masalah Yang Berhormat. Kalau tidak puas hati,
kita akan hantar secara bertulis.
DR. 10.7.2008
22
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Sebagai menteri, saya rasa tidak ada masalah
yang menteri hendak jawab tentang Majlis Pembangunan Wanita.
Puan Noriah binti Kasnon: Ataupun boleh diulas semasa sesi yang akan datang, Yang
Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, saya faham
kehendak Kuantan dan juga kita harus akur kepada dilema yang dihadapi oleh pihak
kementerian. Mereka dihadapkan dengan soalan yang bertentangan. Kita akan lihat keadaan ini,
kesilapan perkara ini Yang Berhormat you cannot force people, tidak boleh kita paksa untuk
menjawab soalan Yang Berhormat tidak kehendaki.
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: That’s what the purpose of giving us a chance to
ask question!
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Silap taip, silap taip.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Tuan Yang di-Pertua, saya peninglah.
Wanita dengan wanita bergaduh saya pening kepala.
Dato’ Samsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Soalan betullah.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat , problem ini
berlaku di mana-mana. Saya sudah katakan bahawa kita akan pastikan perkara ini tidak berlaku.
Puan Noriah binti Kasnon: Saya akan beri secara bertulis Yang Berhormat.
Dato’ Samsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Kuantan, cuba
baca soalan asal.
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Kalau keliru boleh tanya saya. Pihak sekretariat,
pihak kementerian ada. Boleh contact saya.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat,
cukuplah Yang Berhormat.
Puan Noriah binti Kasnon: Yang Berhormat, saya mohon untuk menjawab secara
bertulis dan soalan ini juga boleh kita ulang pada sesi yang akan datang.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya. Cukuplah Yang Berhormat.
Saya jemput.
Tuan M. Kula. Segaran [Ipoh Barat]: This is first world Parliament.
Seorang Ahli: Itulah masalahnya menteri tidak terbit.

July 15, 2008 - Posted by | Politics

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: