Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Dari Dewan Bahasa & Pustaka

Polis sudah berada di merata-rata penjuru di sekaliling dan dalam kawasan Dewan Bahasa dan Pustaka di mana Debat di antara Anwar Ibrahim dan Ahmad Shabeery Chik akan berlangsung.

Photobucket Photobucket

Photobucket

Balai Budaya Tun Syed Nasir Photobucket

Crew TV kelihatan sedang membuat persiapan terakhir untuk siaran dan rakaman acara yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Photobucket Photobucket

Laporan oleh Leo

———————————————————-

Malaysiakini.com

PKR kecewa debat Anwar-Shabery
Jul 15, 08 3:09pm
PKR melahirkan kekecewaan berhubung perubahan saat-saat akhir program debat isu kenaikan harga minyak antara penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menteri penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek malam ini.

Debat yang asalnya dijadual sepanjang 90 minit kini dikurangkan kepada sejam, termasuk lapan minit iklan, kata ketua penerangannya Tian Chua.

Beliau juga kecewa dengan keputusan menukar saluran televisyen kepada TV9, asalnya TV3, yang belum mempunyai liputan menyeluruh.

Bernama TV dan Astro Awani akan turut menyiarkan siaran langsung debat “Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak” mulai jam 9 malam ini.

“Apa yang mengecewakan lagi ialah, disebabkan oleh pertukaran stesen penyiaran dari stesen kerajaan kepada stesen swasta, masa penyiaran telah dikurangkan dari satu jam setengah kepada 52 minit ditambah dengan 8 minit iklan,” kata Tian dalam satu kenyataan.

“Pertukaran stesen penyiaran dan pengurangan masa siaran jelas adalah untuk menyekat orang awam daripada mengikuti perdebatan yang jarang ini bagi mendengar penjelasan Anwar Ibrahim berhubung dengan isu harga minyak.

“Tindakan ini timbul tidak lain daripada rasa takut BN untuk berhadapan dengan Anwar dalam isu yang menjadi perhatian semua rakyat.”

Bagaimanapun, tambahnya, Anwar akan tetap menghadiri program debat tersebut anjuran Agendadaily.com yang diadakan di bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka.

July 15, 2008 - Posted by | Politics

5 Comments »

  1. BN ni kalau nak debat biar lah secara profesional! aduh, belum apa apa lagi dah tewas dah!

    Comment by hafiz | July 15, 2008

  2. Pertukaran stesen penyiaran dan pengurangan masa siaran jelas adalah untuk menyekat orang awam daripada mengikuti perdebatan yang jarang ini bagi mendengar penjelasan Anwar Ibrahim berhubung dengan isu harga minyak.

    –> Inikah yang kamu fikir? Saya tidak fikir begitu. Sekiranya agenda asal adalah untuk ‘menyekat orang awam daripada mengikuti perdebatan’, kenapa bersusah-payah untuk diadakan debat ini pertama kalinya?

    Saya membaca banyak blog – dari proBN, proPR, bebas dsb. Tetapi mentaliti lemah sebegini amat merugikan, terutamanya bila ia datang dari seorang MP. Saya mencadangkan anda menjadi lebih analitikal agar dapat membawakan isu rakyat dengan lebih berkesan. Selamat berjuang untuk rakyat, YB.

    Comment by Pengundi | July 15, 2008

  3. Isu kenaikan minyak adalah isu global. Mengapa rakyat Malaysia tidak memahami keadaan ini. Semua pihak akan merasai sedikit kesukaran melangsungkan kehidupan akibat dari kenaikan harga barangan. Debate seribu kali pun tiada berguna kiranya isu ini sekadar ingin dijadikan batu loncatan untuk meraih sokongan rakyat. Pihak berwajib sedang menggunakan pelbagai kaedah hasil kajian terperinci menangani isu ini termasuklah kaedah yang disarankan oleh pihak yang tidak sayangkan keamanan dan perpaduan orang Melayu. Apa susah-susah nak buat demontrasi atau lain-lain bentuk bantahan. Semua golongan rakyat menanggung masalah ini. Tidak ada yang terkecuali. Kita perlu sedia menghadapi pelbagai kemungkinan sama ada yang selesa atau sebaliknya. Jadilah rakyat yang baik.

    Comment by Bahagia Rahman | July 16, 2008

  4. Salam Pengundi,
    Saya harap bahawa sdr maklum bahawa yang buat komen tersebut ialah YB Tian Chua, dan bukan saya? Malaysiakini cuma melaporkan pandangan tersebut as per verbatim.

    Dan Leo, dari pihak moderator pula, yang meletakkan berita dari Malaysiakini untuk di kongsi, walaupun saya sendiri tidak berapa minat untuk meletakkan berita malaysiakini di blog saya, sebab saya berpendapat para pembaca boleh buka website malaysiakini sendiri.

    Walau apa pun, saya cuma ingin hi light bahawa ianya bukan ‘personal opinion’ saya

    Comment by Fuziah Salleh | July 16, 2008

  5. blog ini blog rempah ratus.bagus dpt akses berita malaysiankini kerana saya tidak langgan.teruskn papar news malaysiakini.ia terkini.

    Comment by kurtping | July 16, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: