Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Perbahasan Parlimen : Verbatim dari Penyata Rasmi

Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Ya, pendek sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Belum dengar
pun wanita bercakap pagi ini.
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Tuan Yang di-Pertua…
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Soalan saya semalam belum dijawab.
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Yang Berhormat Menteri, kalau boleh saya
mohon penjelasan ya. Berkenaan dengan subsidi tadi dan mengambil kira juga rasional yang
digunakan oleh Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya mengapakah tidak diambil kira
pendekatan menggunakan tiered subsidy? Contohnya rasional yang menggunakan rebat itu
ialah ia berlaku adil kepada pengguna-pengguna kenderaan yang berbagai-bagai jenis ini.
Mengapakah tidak digunakan tiered subsidy kerana rebat itu apabila mereka dapat, oneoff
sekali sahaja setahun? Sedangkan hari-hari mereka susah membeli minyak. Sekiranya
tiered subsidy digunakan dan dimasukkan ke dalam kad, dia customize untuk tiap-tiap individu
Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya kenapa sistem ini tidak diexplore ataupun tidak
diambil kira?
Perkara yang kedua Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan pengangkutan awam
tadi, saya juga ingin mengatakan bahawa walaupun harga kos pengangkutan awam, tambang
pengangkutan awam tidak ditingkatkan, akan tetapi banyak tempat seperti Kuantan contohnya
memang tidak ada sistem pengangkutan awam yang baik. Maka orang-orang terpaksa
menggunakan kenderaan sendiri dan ini membebankan juga.
Saya ingin bertanya kenapa pihak kerajaan tidak mengambil kira kesemua aspek ini dan
kalau rasionalnya adalah adil, tentu sekali satu sistem pendekatan yang adil digunakan juga?

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Saya hendak balik kepada cadangan Yang Berhormat Kuantan. Ini saya anggap sebagai cadangan yang begitu baik. Itulah kita harap-harapkan cadangan seperti ini satu tied
subsidy system. Itu satu cadangan yang baik dan inilah kerajaan cuba melaksanakan tapi Tuan
Yang di-Pertua, tied system itu satu sistem yang baik sebab kita naikkan harga sehingga harga
pasaran tapi kita bagi kad.
Kad yang disebut seperti oleh Yang Berhormat Kuantan kepada mereka yang
memerlukan dan kita tengok dan kaji, siapa yang memerlukan. Mungkin mereka yang
berpendapatan RM2000 ke bawah, RM3000 ke bawah. Siapa yang daif, siapa yang miskin dan
kita boleh mencari satu data untuk dan membuat satu keputusan supaya mereka ini harus diberi
bantuan, dan mereka inilah akan diberi semacam purse dalam mungkin kad pengenalan untuk,
katakan RM200 sebulan kah, dan mereka yang memerlukan lebih, diberikan lebih mungkin
RM300, RM200, RM100 ini yang disebut oleh Yang Berhormat Kuantan, Dan mereka boleh pergi
ke tempat minyak ataupun petrol kiosk, dengan izin untuk membeli setakat itu. Itu satu cadangan
yang baik dan inilah cadangan yang pada asalnya kerajaan menimbangkan tapi kita diberitahu
bahawa tidak ada data system infrastructure untuk melaksanakan sistem ini dengan serta-merta
dan kita berbincang dengan begitu banyak pihak. Kita diberitahu bahawa mungkin sistem ini
boleh diwujudkan tetapi makan masa. Sekurang-kurangnya enam bulan dan kita masih
berbincang dengan mereka. Dalam tempoh enam bulan itu, kita telah melaksanakan satu sistem
yang lain yang dapat dilaksanakan dengan cepat, dengan mudah tapi sistem ini sedang
dibincangkan. Setakat itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

——————————————————————————–

Ulasan saya mengenai jawapan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop:

Rasional subsidi minyak, menurut Menteri kewangan, ditarik balk kerana sepatutnya orang kaya dan mampu tidak seharusnya diberi subsidi. Sebab itu hanya motokar 2000cc kebawah layak menerima subsidi.

Menggunakan rasional yang sama, saya telah mencadangkan agar digunapakai sistem subsidi yg dikhususkan (customised) kpd pengguna petrol di mana rebate card (macam kad debit) diguanakan ole rakyat yang membeli minyak setiap hari. Ia dinamakan tiered subsidy. Bukan memberi kad kepada Rakyat yang nilainya boleh habis hanya dalam masa satu hari!

Saya telah membuat kajian bahawa tiered subsidy ini boleh, mudah dan telah dilaksanakan di negara lain seperti Oman.

Seorang Menteri Kewangan yang spontan menyatakan kebagusan cadangan dari seorang Wakil Rakyat Pembangkang di Parlimen memperlihatkan bahawa kerjaan telah tidak memikirkan dan mengambil langkah proaktif yang komprehensif dalam usaha mengurangi beban rakyat. Alasan bahawa perlaksanaan tiered subsidy yang sangat bagus ini mengambil masa dan tiada database yang releven untuk pengoerasiannya amatlah mengecewakan sama sekali. Apakah sebuah kerajaan yang mempunyai jentera yang cukup dalam arahan dan pentadbirannya tidak mampu berbuat sesuatu yang terbaik untuk rakyat? Apakah kerjaan tidak ada konsultan dan pakar-pakar yang boleh membantu dan menasihati dalam membuat keputusan yang terbaik untuk rakyat? Hal subsidi ini merupakan perkara yang besar yang sepatutnya diambil berat oleh kerajaan dan juga untuk memikirkan kesan jangka panjangnya terhadap Rakyat.

Keputusan mengenai menarik subsidi ini telah dibuat selepas Parlimen selesai bersidang. Apabila Pakatan Rakyat memohon sidang tergempar Parlimen dibuat, kerjaan telah buat tidak endah saja. Sebenarnya kerajaan telah tidak langsung membuat keputusan dengan memikirkan kepentingan dan kesan jangkapanjang negara dan Rakyat.

Sememangnya layak usul Tak Percaya kepada PM dan seluruh kabinetnya kerana mereka telah gagal mengurus dan menangani masalah-masalah Rakyat.

July 12, 2008 - Posted by | Politics

1 Comment »

  1. memang macam tu lar mentaliti kerajaan be end, entah kenapa, macam idea yang keluar dari budak yang gagal pmr, sekejap sekat subsidi sempadan malaysia- buat sebelah thailand jer, sebelah singapore tak sekat….. lepas tu naikkan harga minyak dalam keadaan kelam kabut, seolah2 cuba untuk mengaut sesuatu?, saya dapat rasakan yang pemimpin2 bn ni cuba merompak khazanah negara sebelum ditumbangkan… hehe

    Comment by rahman | July 13, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: