Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Kuantan: Program Sumbangan Beras

TARIKH: Sabtu, 12hb Julai 2008

Masa: 9.30-11.00 pagi

Tempat: Annexe Rest House

Kehadiran: 60 orang tetamu termasuk NGO, AJK, AMK, JDM dan penerima sumbangan.

Program ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh En. Norhasanin Ahmad, selaku coordinator program dan diikuti oleh bacaan do’a oleh Tuan Haji Alias Awang.

YB Hajjah Fuziah Salleh telah menekankan kepentingan bahawa masyarakat perlu dibentuk menjadi ‘civil-society’, masyarakat yang terkesan dengan keresahan dan kesusahan yang dihadapi oleh kumpulan masyarakat lain. Selaku ahli Parlimen beliau menekankan bahawa kesusahan rakyat adalah tugas utama yang perlu ditangani oleh kerajaan. Sebagai ahli Parlimen beliau mengingatkan bahawa tugas ini tidak boleh dipolitikkan untuk menutup kegagalan kerajaan negeri menangani isu yang sebenar. Permasalahan setinggan yang wujud di Kuantan sebenarnya masih gagal ditangani dan pihak kerajaan negeri mengambil pendekatan bahawa jumlah orang miskin adalah kecil dan tidak perlu diperbesarkan. Sikap kerajaan yang masih mengelak dari mengakui bahawa kemiskinan merupakan masalah besar adalah amat dikesalkan. Usaha kerajaan menggunakan media massa dengan memberikan data yang tidak benar merupakan sikap ketidaktanggungjawaban yang tidak boleh dimaafkan.

Pada masa yang sama isu ini memerlukan tindakan pantas dan tentunya penglibatan dari anggota masyarakat yang berkemampuan dapat mengurangkan beban yang dihadapi oleh masyarakat. Sikap masyarakat harus diperbetulkan dan dididik untuk memahami kesusahan.

Dalam majlis ini juga beliau menyeru kerajaan negeri mengambil langkah segera dalam isu tanah rakyat yang masih gagal diproses. Isu kenaikan diesel juga disentuh dan menganggap alasan-alasan yang diberikan oleh kerajaan adalah tidak munasabah dan seolah-olah mengkhianati rakyat. Keprihatinan kerajaan dalam memperjuangkan kemiskinan adalah amat dipersoalkan dalam pada masa yang masa masih memikirkan keperluan menjalankan projek mega. Isu peruntukan tambahan RM 20 billion juga disentuh dan dilihat sebagai kegagalan kerajaan pusat berbelanja dan merancang ekonomi yang lebih baik.

Kehadiran badan bukan kerajaan seperti MACMA, ABIM, HALUAN dan wakil dari parti PAS telah menyerikan lagi majlis yang diadakan ini.

Sebanyak 130 bungkus beras, 10 kilo telah diedarkan kepada penerima yang berkelayakan. Pihak orang ramai juga dimaklumkan bahawa program ini adalah berkala dan mengharapkan orang ramai dapat mengambil sikap pro-aktif dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan.

MediaKeadilanKuantan

July 12, 2008 - Posted by | Politics

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: