Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Membahas Kajian Separuh Penggal RM-9 3hb Julai 2008

Assalamualaikum

& Salam Sejahtera,

Tuan Yang Di Pertua,

Terima Kasih kerana mengizinkan saya mengambil bahagian di dalam perbahasan ucapan YAB Perdana Menteri Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke9

Tajuk pertama yang ingin saya ulas ialah Membasmi Kemiskinan

Teras 3 dalam RMK9 ialah

Menangani Ketidaksamaan Sosioekonomi yang Berterusan. Ianya menggariskan 9 strategi di mana Strategi Pertama merupakan program membasmi kemiskinan

YAB PM telah menyatakan didalam kajian separuh penggal RMK9 bahawa Kerajaan telah berjaya dalam usaha membasmi kemiskinan dimana Insiden kemiskinan telah menyusut dari 5.7%(2004) kepada 3.6% (2007). Lebih membanggakan, menurut YAB PM ialah bahawa Kemiskinan tegar kini telah berkurangan daripada 1.2 % kepada 0.7%

Paras garis kemiskinan PGK untuk seluruh Negara disandarkan kepada pendapatan bulanan RM691

manakala bagi Semenanjung pula jumlahnya RM661, Sabah RM888 dan Sarawak RM 765 dengan pengiraan yang mengambilkira isi keluarga seramai lima anggota

Tuan Yang Di Pertua,

Definisi Kemiskinan (Yayasan Basmi Kemiskinan) :-

Kemiskinan biasanya ditakrifkan secara relatif mengikut keadaan masyarakat di sesebuah negara. Dua konsep kemiskinan yang biasa digunakan adalah

1. Kemiskinan mutlak yang merupakan konsep dinamik dan

2. Kemiskinan relatif yang merupakan konsep ketidaksamaan pendapatan.

Pengukuran yang kerap digunakan bagi mengukur kemiskinan mutlak adalah peratus isirumah yang berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan PGK.

Pengukur Kemiskinan Relatif yang biasa digunakan pula adalah peratus isirumah dengan pendapatan misalnya kurang daripada separuh pendapatan penengah atau purata.

Paras Garis Kemiskinan (PGK) –diMalaysia pula ditakrifkan sebagai pendapatan yang hanya mencukupi untuk membeli keperluan minimum sekumpulan barangan makanan untuk mengekalkan ahli-ahli isirumah dalam keadaan zat pemakanan yang baik

dan keperluan asas yang lain seperti pakaian dan kasut, sewa rumah, bahan api dan tenaga, pengangkutan dan komunikasi, penjagaan kesihatan, pendidikan dan rekreasi.

Manakala PGK Makanan melibatkan– Komponen makanan yang berasaskan kepada pandangan pakar pemakanan, pakar diet dan pakar perubatan. Ianya melibatkan keperluan harian kilokalori setiap individu, mengambil kira makanan seimbang yang meliputi: bijirin dan hasil bijirin (beras dan gandum); ayam, telur dan ikan; susu; minyak lelemak; gula; sayur-sayuran dan buah-buahan; dan kekacang (dal, kacang hijau).

PGK Bukan Makanan – Pola perbelanjaan komponen PGK bukan makanan yang terdiri daripada pakaian, perumahan, pengangkutan dan perbelanjaan lain adalah dikira berasaskan kepada penyiasatan perbelanjaan isi rumah (HES).

Konsep KEMISKINAN Tegar (yang mula diperkenalkan 1990) pula merujuk kepada pendapatan isi rumah yang dianggar berasaskan separuh daripada PGK pendapatan garis kemiskinan. Tahap Kemiskinan Tegar di Malaysia ialah RM691/2= RM345.50 pendapatan isi rumah

Definisi UNESCO pula ialah…

“…poverty may be defined as a human condition characterized by sustained or chronic deprivation of the resources, capabilities, choices, security and power necessary for the enjoyment of an adequate standard of living and other civil, cultural, economic, political and social rights”

(United Nations Committee on Social, Economic and Cultural Rights, 2001)

Tuan Yang di Pertua,

Saya bangkitkan definisi Kemiskinan diatas ialah untuk menunjukkan bahawa tidak ada perkara yang membanggakan didalam pencapaian ini seperti yang di ucapkan oleh YAB PM, malah data yang diketengahkan seolah-olah mengelabui mata rakyat

Kaedah pengiraan PGK hanya melihat keperluan yang teramat asas, iaitu makanan dengan mengambil kaedah perkiraan PGK yang paling minima atau paling rendah ‘lower level’. Ianya bolehlah di ibaratkan seperti kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang, atau kais pagi makan, kais petang, tak dapat, maka petang tak makan.

Malah negara-negara mundur diAfrika seperti Tanzania pun sudah mula memikir semula ‘rethink’ berkenaan kaedah mengukur PGK seperti ini

Keperluan asas didalam satu negara membangun mesti mengambil kira keselesaan hidup dan Indeks tahap kualiti kehidupan. Malaysia juga ada MQLI yang tersendiri yang boleh kita ambil sebagai rujukan.

Satu Negara membangun seperti Malaysia yang mahu berbangga dengan projek mega seperti menara kembar tertinggi, dan litar F1nya tidak boleh tidak, mesti meletakkan keperluan asas satu-satu keluarga sebagai mengambil kira beberapa perkara asas, seperti tinggal dalam rumah yang mempunyai sekurang-kurangnya 3 bilik tidur, supaya tidak bercampur anak lelaki dan perempuan, rumah wajar mempunyai peti sejuk, computer dan juga televisyen, disamping menerima bekalan air bersih serta elektrik. Ini saya kira merupakan sebagai keperluan asas satu-satu keluarga dinegara membangun seperti Malaysia.

Kerajaan juga harus mengambil kira kenaikan kos kehidupan dan juga kenaikan harga barang natijah dari kenaikan harga bahan api, terutamanya diesel.

Dalam tempoh setahun yang lepas sahaja harga makanan utama seperti beras, bijian, minyak masak dan gula meningkat lebih daripada 50%. Harga beras sahaja melambong sehingga 90% walaupun menurun sedikit sekarang. Ini semua menjejaskan tahap kualiti kehidupan satu-satu keluarga.

Seharusnya juga kaedah ukuran PGK di Malaysia mencontohi kaedah yang digunakan negara-negara maju lain.

Kaedah pengiraan kemiskinan kumulatif contohnya merupakan satu alternative kepada pengiraan kemiskinan relative.

Indeks Kemiskinan Kumulatif [Cumulative Poverty Index] (CUPI) ialah satu kaedah terkini dimana indeks ini menyerlahkan nisbah purata pendapatan isi rumah miskin : kepada purata pendapatan keseluruhan isi rumah seluruh negara .

Analisa empirical ini mempamerkan perubahan relative pendapatan orang miskin dengan lebih bertepatan

Malah Negara jiran Asia kita Filipina, pun sudah merangka satu kaedah yang yang dipanggil SIAD (Sustainable Integrated Area Development) dimana SIAD telah pun mendapat pengiktirafan kecemerlangan antarabangsa dari segi dasar membasmi kemiskinan. Kaedah yang digunakan Negara Filipina mempelopori pendekatan membasmi kemiskinan secara bersepadu merangkumi 7 dimensi, ekonomi, political, budaya, social, ecologi, pembangunan Insan dan juga pembangunan rohani.

The Philippines, through PA21, champions a comprehensive approach to sustainable development encompassing seven dimensions: economic, political, cultural, social, ecological, human, and spiritual. The Philippines is one of the first countries in the world to recognize that economic development is closely linked and enhanced by the strategic pursuit of the other dimensions of development. This approach is currently finding a similar but less thorough expression in the Comprehensive Development Framework of the World Bank and the current interest of the International Monetary Fund in institutional economics.

Tuan Yang di Pertua

Mengapa negara kita hingga kini enggan mengambil kira kaedah-kaedah yang berlainan ini?

Saya ingin mencadangkan Tuan Yang Di Pertua, supaya didalam kita mengemaskini PGK pada tahun akan datang, kita mengkaji semula kaedah mengukur PGK yang kita gunakan kini

Tuan Yang di Pertua,

Kini purata bulanan isi rumah rakyat Malaysia ialah sebanyak RM3,686, bermakna sekiranya kita mengambil kaedah relative secara mudah, pun, garis kemiskinan ialah separuh daripadanya, maka RM1,843 seharusnya diukur sebagai Paras Garis Kemiskinan (didalam keluarga 5 orang)

Ini bermaksud, bahawa sekiranya di gunakan kaedah kemiskinan relative pun, lebih kurang 30% rakyat Malaysia akan berada di bawah kadar kemiskinan.

Malah sekiranya kita gunakan RM1500 tahap gaji minima yang di cadangkan Pakatan Rakyat pun, masih ada 24% rakyat yang akan berada di bawah Paras Garis Kemiskinan

Tuan Yang Di Pertua,

Kerajaan jangan takut untuk menyatakan kebenaran. Tidak perlu berselindung kepada rakyat dan kepada dunia. Kita hanya akan berjaya menipu diri kita sendiri. Akhirnya rakyat juga yang terus jadi mangsa, terus dibelenggu kemiskinan. PM mendabik dada dengan berkata berjaya membenteras kemiskinan, akan tetapi hakikatnya adalah berbeza dan meleset sama sekali.

Sehubungan dengan itu saya pohon Kerajaan juga turut mengkaji semula keseluruhan strategi membenteras kemiskinan berdasarkan kayu ukur yang berbeza.

Maka barulah boleh di katakan sebagai bukti bahawa Kerajaan mempunyai kesungguhan politik (political will) untuk melaksanakan agenda ini dan ianya bukan sekadar janji-janji manis (lip service) sahaja.

Orientasi pemikiran Kerajaan mestilah berkonsepkan KERAJAAN Daripada Rakyat, Kepada Rakyat, & Untuk Rakyat,

Bukan sekali-kali,

Kerajaan Dari sebahagian rakyat, kepada sebahagian rakyat, untuk sebahagian rakyat juga.

Tuan Yang Di Pertua,

Perkara kedua yang ingin saya sentuh melibatkan

Teras 2- Meningkatkan Keupayaan Pengetahuan dan Inovasi negara serta memupuk ”MINDA KELAS PERTAMA”

Melalui Strategi ke5 -Memupuk nilai moral dan etika yang kukuh

YAB PM menyatakan bahawa hasrat untuk melahirkan modal insan dengan ”minda kelas pertama” menuntut kepada pembinaan masyarakat yang mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh.YAB PM menambah bahawa usaha ini akan terus di pertingkatkan melalui Pelan Integriti Nasional serta penerapan Prinsip-Prinsip Islam Hadhari.

Tuan Yang di Pertua,

Saya setuju dengan hasrat ini disamping saya turut menyokong dan mendokong sepenuhnya. Namun harus difahami bahawa pembentukan masyarakat yang mempunyai nilai moral dan etika merangkumi bukan sahaja pemikiran akan tetapi mesti diterjemah kepada perkataan dan perbuatan ataupun tingkah laku. Malah ketiga-tiga pemikiran, perkataan dan perbuatan harus kongruen dan selaras, ertinya tidak bercanggah diantara pemikiran, perkataan atau perbuatan (tingkahlaku) didalam diri seseorang.

Saya juga berpendapat bahawa ahli-ahli Parlimen diDewan yang mulia ini sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat mestilah meletakkan aspirasi untuk menjadi ’role model’ kepada orang ramai, bukan sahaja tatkala berada didalam kawasan, berhadapan dengan rakyat, akan tetapi mendokong aspirasi ini didalam seluruh aspek kehidupan kita.

Oleh kerana itu tingkah laku, perkataan yang digunakan ahli-ahli yang berhormat, apabila menggunakan perkataan2 yang unparliamentarian disini sebenarnya bercanggah dari hasrat dan aspirasi yang dikatakan oleh YAB Perdana Menteri. Tentu sekali kata-kata unparlimentarian yang digunakan oleh ahli-ahli yang berhormat dalam dewan ini akan sungguh-sungguh mengecewakan PM dan seluruh rakyat Malaysia sekiranya mereka mengetahui.

Jangan lah kita anggap apabila tiada siaran langsung di TV, maka kita boleh bertingkahlaku ikut suka kita.

PM menyebut penerapan nilai-nilai Islam Hadhari. Adakah pendidikan Islam Hadhari mengajar teman-teman untuk bertingkah laku begini? Saya kira syeikh-syeikh Islam Hadhari patut memberikan satu orientasi kepada teman-teman disebelah sana berkenaan maksud Minda Kelas Pertama yang harus diterjemah pula kepada Perkataan dan Tingkah Laku.

Marilah kita sama-sama junjung hakikat bahawa sekiranya kita mahu berubah, ianya mestilah bermula dari diri kita sendiri. Dan untuk rakyat berubah, ianya harus bermula didewan yang mulia ini, ditahap membuat keputusan tertinggi dalam negara, Menjadikan dewan ini World Class Parliament dan menjadikan diri-diri kita World Class Parliamentarian. Ayuh ahli-ahli yang berhormat, marilah kita sama-sama sahut cabaran ini.Saya menyeru dengan bermula dari diri saya sendiri serta juga menyeru ahli-ahli yang berhormat sekelian.

MENINGKATKAN KEBERKESANAN SISTEM PENYAMPAIAN

Teras 5 Mengukuhkan Keupayaan Institusi dan Pelaksanaan Negara

Strategi1 Mengintegrasi Perkhidmatan Merentasi Agensi

Diberitahu kepada umum oleh YAB PM bahawa focus teras ini adalah kepada keperluan pelanggan, dan perkhidmatan merentasi semua agensi yang di gembelingkan serta disampaikan secara mesra pengguna

Konsep e-Government telah diperkenalkan dan konsep

One Number Call Centre, No Wrong Door telah dijanjikan bagi memperkemas pemantauan dan pengurusan aduan.

Hasrat ini begitu menarik sekali, akan tetapi seperti biasa, kita mempunyai masalah dalam pelaksanaan.

Contoh masalah batang paip bocor di bawah tanah di kawasan saya, Parlimen Kuantan. Apabila ada satu kes aduan batang paip bocor atau pecah dibawah tanah dijalan raya, maka aduan disalurkan kepada JBA. Maka lubang dijalan digali dan paip dibetulkan. Kemudian kami menerima aduan kedua tentang perkara yang sama berkenaan lubang yang tidak di tutup, JBA kata bukan mereka tapi JKR. JKR pun kata tugas mereka hanya menurap, bukan menimbus. PBT juga kata bukan tugas mereka.

Saya mengetuk satu pintu demi satu pintu. Akhirnya saya temui jawapan di pejabat daerah yang mengatakan bahawa tanggungjawab menutup semula lubang yang telah digali ialah tanggungjawab kontraktor yang dilantik JBA.

Saya bertanya pula kalau beginilah perlakuan kontraktor, tidak bertanggungjawab, mengapa diberikan kontrak secara berterusan kepada kontraktor tersebut. Mengapa tidak ganti sahaja?

Tuan yang di Pertua,

Dalam kes ini, konsep One Number Call Centre, No Wrong Door akan benar-benar dicabar.

One Number Call Centre, No Wrong Door memang sedap bunyi nya, akan tetapi menuntut komitmen bersepadu untuk melaksanakannya

Dalam kes ini berapa kali saya kena ketuk pintu yang salah sehingga berjumpa pintu yang betul. Bayangkan bagaimana kah rakyat biasa apabila berhadapan dengan keadaan ini.

Tuan Yang Di Pertua,

RMK 9 menggariskan teras-teras yang begitu cantik, namun tidak mungkin tercapai tanpa ada perubahan mindset dipihak pelaksana.

Perlu ada orientasi yang menyeluruh dari segi pemikiran world class, pembinaan kapasiti dan juga sikap dayasaing tinggi, sebelum dapat kita realisasikannya bersama.

PROSES PEMBERIAN TENDER

(Proses tender tidak terbuka dan tidak bersaing)

Seringkali kerajaan menjanjikan bahawa proses tender dan perolehan akan dibuat secara terbuka dan telus. Namun sering kali juga proses tender yang sedia ada diabaikan dan projek diberikan secara rundingan terus. Ini termasuk kontrak perolehan bekalan, kontrak kerja, kontrak perundingan dan kontrak pengswastaan. Contoh terdekat ialah projek High Speed Broadband (HSBB) dan pembelian saham Avenue Assets oleh ECM Libra yang menjadi perbahasan hangat dikalangan masyarakat. Akhbar The Edge mendedahkan beberapa projek besar IT yang diberikan kepada syarikat baru Precision Portal Sdn Bhd yang merumuskan bahawa perolehan projek IT kerajaan amat diragui ketelusannya oleh syarikat gergasi IT dunia yang beroperasi di Malaysia. Begitu juga dengan syarikat Ethos Consulting yang mendapat banyak projek secara rundingan terus.

Proses perolehan dan pemberian kontrak yang telus dan terbuka boleh menjamin bahawa projek-projek kerajaan dilaksanakan dengan kos yang berpatutan kerana ia melibatkan persaingan. Penjimatan kos pada kadar 5-10% pun besar kesannya jika jumlah projek melebehi RM10 bilion setahun.

Dalam arahan Perbendaharaan dan surat pekelilling perbendaharaan bertarikh 5/2007

Menyatakan tender terbuka merupakan satu kebiasaan dalam mana-mana procurement kerajaan. Bila cara ini tidak digunakan, maka kebenaran khas mestilah diperolehi dari pegawai yang bertanggungjawab.Pegawai yang bertanggungjawab di peringkat federal, ialah ketua setiausaha perbendaharaan, manakala diperingkat negeri, pegawai kewangan negeri merupakan pegawai yang bertanggungjawab.

Bagi Projek RM50k ke RM200k, syaratnya mesti dapatkan sebutharga dari 5 syarikat yang di accredited

Manakala Kurang dari rm50k keputusan dibuat oleh pegawai yang bertanggungjawab. Dimana ada pula prosedur2 yang tertentu yang perlu diikuti

Maka dengan kefahaman ini setiap projek bernilai RM200,000 keatas, proses tender terbuka merupakan syarat yang wajib, melainkan ada keperluan untuk tidak berbuat demikian

Direct nego’ atau rundingan terus hanya boleh digunakan apabila dalam keadaan tertentu. Akan tetapi di Malaysia ini amalannya, adalah seperti terbalik daripada apa yang termaktub di dalam pekelilling tadi. Pemberian projek di Malaysia menggunakan konsep seolah-olah runding terus merupakan amalan biasa

Contoh yang ingin saya utarakan ialah dalam projek HSBB yang merupakan salah satu pendekatan dalam merealisai dasar jalurlebar Negara

Tuan Yang Di Pertua,

Kita tidak dapat menafikan kepentingan perkhidmatan Jalurlebar terhadap dayasaing Negara.

Akan tetapi, dalam hal ini pemberian tender sebesar RM15.2 billion, kepada satu syarikat sahaja iaitu Telekom Malaysia, dalam projek High Speed Broadband (HSBB) amat-amat dipersoal .

TM will invest RM10.4 billion over 10 years while the government will

fork out RM4.8 billion, or one third of the total cost.

Pencapaian jalurlebar dalam isi rumah diMalaysia kini ialah 13% (data diakhir tahun 2007). Manakala banyak Negara di dunia sudah pun mencapai ketahap 70% -80 %

Kerajaan pula meletakkan matlamat mencapai 50% pencapaian isi rumah pada hujung 2010.

Kini juga, Secara purata kurang dari 4 dalam 100 penduduk Negara merupakan pengguna jalur lebar berbanding dengan 32 di Netherlands dan 19 di Australia

Penggunaan Internet, pencapaian Jalurlebar diiktiraf sebagai merupakan sebagai satu alat didalam membantu pembangunan.

1. Ia membantu menjana pekerjaaan disepanjang rantaian kegunaannya,

2. Ia membantu pengguna menjadi ahli aktif didalam membangunkan K Economy,

3. Ia membantu meningkatkan GDP “ Gross Domestic Product”,

4. Ia juga membantu pelaburan-pelaburan.

Maka untuk mencapai hasrat menjadi competitive ini, kita mesti tangani dengan cara yang terbaik juga. Pencapaian Jalurlebar yang ditawarkan mesti menjamin competitiveness dalam servis yang di berikan

Bagaimana mungkin kita menjamin perkara ini sedangkan projek ini di monopoli oleh satu syarikat?

TM telah dibenarkan memonopoli dengan izin ‘last mile connectivity’ di Malaysia, TM pula memiliki lebih 90% dari wayar telephone yang dibuat dari tembaga yang menyambungkan isi rumah kepada ‘Internet service provider ‘(ISP).

Bertahun-tahun lamanya ISPs didalam Negara terpaksa menyewa kemudahan ‘ last mile connections’ dari TM.

Langkah Kerajaan memberikan tender besar ini akan terus memastikan bahawa TM terus memonopoli kehadapan dalam perihal ’ the last mile’ . Mana mungkin kita mencapai matlamat RMK9 sekiranya perkara ini tidak di perbaiki?

Meneruskan budaya monopoli akan meneruskan kesilapan lalu (di mana Malaysia terus ketinggalan dari segi khidmat jalurlebar berbanding Korea dan Jepun malah membunuh pertandingan sihat dan inovasi

Pengguna Jalur lebar di Malaysia selama ini tidak ada pilihan malah terpaksa menerima khidmat jalur lebar yang inferior berbanding rakan-rakan dinegara lain, terutamanya dari segi kelajuan kerana wayar tembaga ( copper telephony lines) tidak mungkin mampu menampung bilangan pengguna yang kian meningkat dan juga bilangan traffic yang menggunakan perkhidmatan jalurlebar ini.

Tuan Yang Di Pertua,

Masalah ini boleh diatasi dengan penggunaan teknologi. fibre optic.

Sebahagian dari projesk HSBB melibatkan memasang cable fibre optic yang tentu sekali memakan kos tapi semestinya akan meningkatkan kualiti perkhidmatan jalurlebar.

Zamzam Zairani Isa, CEO TM pula mengumumkan bahawa kebanyakan talian tembaga masih didalam keadaan baik dan hanya akan menggunakan fibre optic untuk menggantikan wayar tembaga yang sudah rosak

HSBB yang bernilai RM15.2 billion hanya memfokuskan pembangunan infra fiber optics dalam kawasan Bandar (urban) Walhal, USP-Universal Service Provisions Fund (sumber wang tersebut) telah di dedikasikan untuk kawasan-kawasan pendalaman & luar bandar. Ini hanya akan meneruskan jurang digital di mana rakyat di kawasan pendalaman akan terus ketinggalan kerana tiada infra seperti HSBB;

Kerajaan juga perlu memikirkan cara terbaik untuk menurunkan yuran capaian jalurlebar kepada rakyat, terutamanya di luar bandar. Kerajaan mesti menjadikan last mile access infra sebagai infra yang boleh di kongsi, bukan di monopoli, seperti yang berlaku di Korea, Jepun etc.

Di kebanyakan Negara kos capaian jalurlebar telah turun dibawah RM6/ Mbps/ sebulan. Berbanding Malaysia, kosnya ialah 10 kali ganda lebih mahal. Manakala di Jepun pula kos jalurlebar ialah serendah RM2/Mbps sebulan

Dari aspek kelajuan pula, banyak negara menawarkan 10Mbps atau lebih. Malaysia pula masih di tahap kelajuan kura-kura 1 Mbps

Tuan Yang Di Pertua,

Negara kita perlu tampil kehadapan sebagai Negara yang berdaya saing. Saingan positif dengan memecahkan minda monopoli amat-amat penting untuk kita pelajari. Kita tidak mahu membuat kesilapan dimana 5 atau 10 tahun akan datang, kita dapati bahawa kita ketinggalan kerana tidak membuat keputusan tepat pada hari ini. Masa depan adalah untuk anak cucu kita. Pemimpin hari ini bertanggungjawab untuk membuat keputusan wajar dan bijak

Terima Kasih

July 4, 2008 - Posted by | Politics

5 Comments »

  1. Salam YB,

    Saya tertarik dengan perbahasan oleh YB berhubung Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK9 di Parlimen baru-baru ini. Bersama-sama ini disertakan beberapa perkara dari pendangan peribadi saya,

    1) Takrif Kemiskinan

    Definisi kemiskinan yang digunakan adalah tidak hanya bergantung kepada Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) sahaja malah pengkelasan takrif kemiskinan sebagimana yang digunakan oleh Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Perangkaan adalah seperti takrifan oleh United Nation Development Programme (UNDP) dan takrifan ini selari dengan Millenium Development Goals (MDGs).

    Tidak dapat dinafikan takrif kemiskinan adalah subjektif dan banyak negar di dunia mempunyai takrifan masing-masing. Dengan adanya penetapan khas oleh badan dunia sebagaimana UNDP adalah pengukuran terbaik.

    Boleh saya dapatkan peratusan terkini kemiskinan dan kemiskinan tegar di Negeri Pahang, Daerah Kuantan dan khususnya Parlimen Kuantan selepas Household Income Survey dan KSP?

    2) Minda Kelas Pertama

    Tidak hanya terhad kepada Ahli Parlimen sahaja tetapi saya lebih bersetuju sekiranya semua wakil-wakil rakyat yang dipilih sama ada Ahli Parlimen dan ADUN senantiasa mendekati rakyatnya dan memupuk minda kelas pertama bersama-sama mereka.

    3) Sistem Penyampaian

    Contoh yang diberikan oleh YB memang perkara yang lazim dan kerap berlaku di pelagai peringkat. Koordinasi di antara pelbagai jabatan kerap mengalami “communication breakdown” dan perkara sedemikian terjadi. Ini yang penting untuk kerjasama Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.

    4) Peruntukan Pembangunan KSP RMK9

    Dalam RMK9, sebanyak RM 11,081 juta diperuntukkan untuk Negeri Pahang dan angka tersebut termasuk PFI. Saya tidak pasti sama ada angka tersebut berubah atau sebaliknya selepas KSP. Begitu juga peruntukan KSP RMK9 di Daerah Kuantan dan juga khususnya Parlimen Kuantan, sama ada berubah atau tidak. Jika YB tidak keberatan, berapakah angka selepas KSP?

    Terima kasih..

    Comment by izzo | July 4, 2008

  2. Wow!

    Good speech, and I defnitely agreed on the broadband service criticism. A full industrial area like PJ, Selangor, is still using copper line, and when a new customer needed the subscriptions, they are unable to meet the demand. And a company without Internet?

    Will not survive. It’s better for them to take the business somewhere else.

    Comment by riv | July 4, 2008

  3. Assalamualaikum YB Puan Hajjah Fuziah,

    Kelemahan pertumbuhan ekonomi antara puncanya adalah ketidak sediaan negara membangun memasuki penerokaan bidang baru yang secara lansung menyusutkan penggunaan tenaga kerja yang digambarkan dari peningkatan kadar pengangguran kerana dasar dan polisi yang tidak berupaya mengoptimumkan kegunaan potensi oleh pelaburan kepada bidang yang tidak memberi imput untuk mengukuhkan ekonomi yang pembuktian terlihat kepada dasar negara-negara maju yang kini berhadapan dengan ketidaadilan dalam mengawal kepentingan pasaran industri-industri hadapan setelah dana dari kekayaan negara disalurkan untuk membina keupayaan ketenteraan dalam mencari keamanan seperti yang dilakukan oleh Amerika Britain Perancis EU dari permuafakat NATO yang menegaskan masih wujud dasar mengimprealismekan sumber kekayaan negara-negara yang masih mundur oleh ikatan dan bebanan hutang.

    PR amat dituntut untuk memberikan kekuatan negara-negara jiran di luar Asia agar lebih upaya berdikari dan membina kesatuan yang lebih berwibawa terhadap memelihara hak-hak asas warga dan mengoptimumkan keupayan penggunaan tenaga dengan mengambil kira dimaksimumkan kadar upah yang tinggi yang membebaskan marhaen dari lengkungan kemiskinan.

    Comment by teeja | July 6, 2008

  4. Sdr Izzo,
    Terima Kasih diatas interest dan maklumbalas

    Saya berikan takrif YBK ialah kerana inilah takrifan yang digunakan Malaysia sebagai pengukur Paras Garis Kemiskinan (PGK) di Malaysia.

    Saya dimaklumkan bahawa Kemiskinan Tegar di Kawasan Kuantan ialah lebih sedikit dari 200 keluarga, Akan tetapi pada saya jumlah ini adalah misleading oleh kerana kayu ukur PGK kini merupakan satu kaedah yang terlalu terkebelakang, kalau dibandingkan dengan kaedah yang di gunakan negara-negara lain. Oleh kerana itu ia tidak memberi gambaran sebenar berkenaan paras Kemiskinan sebenar.

    Comment by Fuziah Salleh | July 7, 2008

  5. YB,

    Pada pandangan YB, apa takrifan kemiskinan secara universal yang dapat YB jelaskan?
    Adakah RM750 sebagaimana yang dimaksudkan oleh Kerajaan Negeri Perak sebagai (PGK) untuk memberi air percuma sebanyak 6meter padu dapat diperjelaskan sebagai maksud “kemiskinan”?

    Comment by izzo | July 8, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: