Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Fikrah Paradigm

Perjuangan itu amat perit sekali. Perjuangan yang tidak diiringi oleh segala macam keperitan adalah suatu perujuangan yang palsu.

Seorang pejuang yang terkenal menyebut bahawa Allah memberi ilham kepada para pejuang dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

Lebih mendalam komitmen mereka, akan lebih berharga ilham yang memberikan segala petunjuk dalam rangka bertindak dan menyelesaikan segala permasalahan.

Lazimnya, masa akan menentukan segalanya.

Ilham-ilham ini juga berbentuk kejelasan dalam melihat hakikat terhadap sesuatu perkara.

Mereka yang diruntun musibah kerana perjuangan akan tetap memelihara akhlak mereka dan berpihak kepada yang pahit dan sukar demi mengutuhkan kebenaran dan keadilan.

Fitnah dan aduan domba merupakan asam garam perjuangan. Yang paling di kasihi oleh Allah adalah mereka-mereka yang paling banyak kepahitan dan kesengsaraannya. Bersabar dan beristiqamah.

Lazimnya, hanya masa akan menentukan segalanya.

Para pejuang penegak kebenaran dan keadilan, kita tidak punya pilihan selain meneruskan perjuangan ini, walau apapun yang mendatang – membujur lalu, melintang patah!

Hindarkan sebarang pra-sangkaan dan memeriksa dengan teliti sebarang perkara-perkara yang di war-warkan bukan dari sumber parti dan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Semoga Allah memelihara seluruh anggota perjuangan yang tulus dan menghendaki yang terbaik untuk Rakyat dan umat manusia sejagat.

Rozaini Mohd Rosli

June 29, 2008 - Posted by | Politics

7 Comments »

  1. saudari yb…. yb kena bagi penjelasan tentang hal ini, supaya saya warga kuantan yang susah mendapat information (sila rujuk e mel saya).. dan x dapat gambarkan suasana ni… mendapat penjelasan daripada orang yang saya percayai macam yb…. terima kasih

    Comment by rahman | June 29, 2008

  2. YB Pn Fuziah Salleh akan menyusul bila tiba masanya. Berita-berita terkini mengenai isu semasa akan di paparkan dalam blog ini.
    Rakyat akan diberitahu dan diharap sabar, tenang dan sentiasa mendoakan keselamatan sekelian para pemimpin dan rakyat yang mendokong perjuangan Rakyat.
    Dalam masa yang terdekat ini mobilsasi Rakyat untuk meruntuhkan kezaliman dan memberhentikannya samasekali adalah terletak di dalam tindakan Rakyat sendiri.
    Saudara Rahman tentunya sudah tahu dengan Himpunan 6 Julai 2008…

    Comment by Rozaini | June 29, 2008

  3. Interview Request

    Hello Dear and Respected,
    I hope you are fine and carrying on the great work you have been doing for the Internet surfers. I am Ghazala Khan from The Pakistani Spectator (TPS), We at TPS throw a candid look on everything happening in and for Pakistan in the world. We are trying to contribute our humble share in the webosphere. Our aim is to foster peace, progress and harmony with passion.

    We at TPS are carrying out a new series of interviews with the notable passionate bloggers, writers, and webmasters. In that regard, we would like to interview you, if you don’t mind. Please send us your approval for your interview at my email address “ghazala.khi at gmail.com”, so that I could send you the Interview questions. We would be extremely grateful.

    regards.

    Ghazala Khan
    The Pakistani Spectator
    http://www.pakspectator.com

    Comment by Ghazala Khan | June 29, 2008

  4. terima kasih diatas respons yb dan saudari zuraini, hati saya di sana tapi jasad saya di perantauan…. saya doakan supaya kepimpinan mendapat kesabaran dan ketabahan serta meningkatkan lagi semangat untuk merubah bukanya berubah… amin…

    Comment by rahman | June 29, 2008

  5. Dear Mr Ghazala Khan
    Please send the questions to The Honourable Member of Parliament for Kuantan, Malaysia, Puan Fuziah Salleh at newpolitics06@yahoo.com
    Please c.c. the questions to rozainiebbm@yahoo.com

    Puan Fuziah salleh will answer them as she can.

    Thank you.

    Rozaini binti Mohd Rosli
    Parliamentary Assistant to MP for Kuantan

    Comment by Rozaini | June 29, 2008

  6. Saudara rahman
    Semoga niat dan permintaan saudara menjadi doa yang dimakbulkan oleh Allah.

    Comment by Rozaini | June 29, 2008

  7. saya pohon kemaafan dari saudari rozaini kerana silap ejaan nama menjadi zuraini…

    Comment by rahman | July 1, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: