Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Live on Astro 501 8.30pm 26th June 2008

Astro Awani telah menjemput saya untuk bersama dalam siaran secara langsung saluran 501, Astro Awani esok, Khamis 26 Jun 2008 jam 8.30 malam.

Dalam program Sudut Pandang.

Selamat menonton nanti, insyaAllah.

June 25, 2008 - Posted by | Politics

15 Comments »

  1. Just wanna inform YB this blog have been officially nominated as a candidate for …
    Cuma nak beritahu YB telah dipilih sebagai calon untuk …

    The Greatest Malaysian Blog – POLITICIAN (Bahasa)
    Blog Malaysia Yang Paling Bagus – AHLI OILITIK (Bahasa)
    (http://thexopinions.blogspot.com/2008/06/greatest-malaysian-blog-politician-bm.html)

    YOUR OPINION COUNTS!
    PANDANGAN YB DIKIRA!

    Message from:
    the X opinions (http://thexopinions.blogspot.com/)

    Comment by the X opinions | June 26, 2008

  2. Salam,

    Tolong komen ini sikit YB.

    Menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin yang bersekutu dengan Beruk-Beruk Tingkat Empat menerusi Azman Mokhtar sekarang sedang gigih berusaha untuk menguasai PETRONAS.

    Untuk mencapai cita-cita ini mereka akan berusaha keras untuk mengeluarkan Tun dari Petronas dan cuba sedaya upaya menjatuhkan imej Petronas.

    http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

    Comment by kerajaan.rakyat | June 26, 2008

  3. Inilah peluang YB menonjol diri sbg YB yang mempunyai inspirasi membela rakyat khususnya bagi parlimen Kuantan.
    Betapa bodohnya YB kerana tidak membuat ‘ground work’ sblm siaran langsung ini.Inilah peluang terbaik YB untuk mengutarakan kenyataan yang bernas.Kalau YB tidak nampak saya boleh tunjukkan dimana letaknya ‘cyber cafe’ di kuantan.Di merata tempat di Kuantan terdapat kedai ‘cyber cafe’.Janganlah fikir kami semua tidak ada mata dan BODOH seperti YB.
    Komen saudari di dalam rancangan ‘sudut pandang’nampak seolah-olah seperti ‘orang bodoh’ sedangkan YB sendiri berkelulusan Sarjana Kaunseling di United Kingdom.
    Kalau macam inilah hujah YB semasa rancangan sudut pandang,bagaimanakah YB ingin menyuarakan suara bagi seluruh penduduk Kuantan sedangkan YB sendiri tidak mempunyai idea untuk mengutarakan isu.
    Sesekali tu YB belajarlah bagaimana untuk mengambil hati penyokong yang selama ini menyokong YB.
    Harapan saya dapatlah YB belajar dari kesilapan.

    Comment by akubdkphg | June 27, 2008

  4. Sdr akubdkphg,

    Nampaknya sdr memang antara mereka yang sengaja mahu mencari salah disamping mempunyai mindset tidak mampu memberi kritikan membina.

    Saya bukan seorang yang bercakap tanpa fakta. malah telah melalui pengalaman ini, dengan membuat satu kajian padang, mengambil kira ‘role’ seorang pelajar yang mencari cyber cafe berdekatan dengan stesyen bas sambil menunggu bas untuk jarak perjalanan jauh.

    Sdr, Saya hanya mahukan yang terbaik untuk Kuantan. kalau kita bandingkan dengan bandar-bandar besar yang lain, kita masih jauh ketinggalan! Itu hakikat. Marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadikan Kuantan yang terbaik, dan kritikan begini bukan caranya dan tidak mampu membawa kita ke matlamat kita…..

    Comment by Fuziah Salleh | June 27, 2008

  5. YB mengambil kira pandangan kebelakang iaitu semasa YB belajar.kenapa kita harus ke menoleh belakang kalau kita mahu setanding dengan negara negara maju.Bukalah sedikit mata menlihat sendiri kawasan YB, dimana-mana sahaja terdapatnya cyber cafe.Saya akui pada masa zaman YB belajar mungkin perniagaan cyber cafe ini terlalu kurang ketika itu tetapi fakta YB ” ketika ini untuk mencari cyber cafe di Kuantan terlalu sukar” adalah tidak masuk akal?bohong dan menipu YB kepada penduduk Kuantan.Untuk pengetahuan YB perniagaan CC ini bergerak terlalu pantas.
    Saya berkata begitu kerana merasa kenyataan YB tentang kawasan yang diwakili oleh YB sendiri tidak begitu arif.Mungkin terlalu ramai orang luar yang bekerja dengan YB menyebabkan YB tidak mendapat fakta ataupun YB sendiri tidak membuat homework atau menlawat kawasan YB sendiri ini yang menyebabkab YB sendiri jahil tentang Kuantan.Kalau sedari awal YB membuat homework saya jangkakan YB dapat menyumbang idea dengan bernas.Saya amat berharap orang yang saya dan seluruh penduduk Kuantan amnya,dapat mengambil ikhtibar diatas apa yang berlaku.Buat homework sebelum membuat kenyataan.

    Comment by akubdkphg | June 27, 2008

  6. Bagaimana mahu ditonton wawancara ini?

    Comment by thanaif | June 27, 2008

  7. Kadang-kadang berada di takuk yang lama lebih baik berada di takuk yang baru. Namun begitu tidak semestinya kita harus berada ditakuk yang lama.

    akubdkpahang.
    Komen saudara mungkin agak sedikit keterlaluan. Jangan di ikutkan perasaan benci atau marah. Jika ada yang tidak kena kemukakan. Jangan di selitkan sekali perasaan marah serta kata-kata yang tidak wajar. Mengapa tidak memberi peluang kepada YB untuk belajar dari kesilapan.

    Saya mungkin akui pendapat saudara akubdkpahang bahawa Kuantan mempunyai banyak cybercafe dan YB seharusnya membuat ‘homework’ terlebih dahulu. Sebagai penduduk Kuantan memang tidak dapat dinafikan terdapat banyak ‘cybercafe’ yang beroperasi.

    Namun begitu isunya disini, harap diberikan peluang untuk YB kerana setiap daripada kita tidak terlepas dari kesilapan. Malahan kedudukan YB sebagai ahli parlimen Kuantan ini dilihat sebagai perkara yang baru baginya.

    Saya ingin memetik kata-kata daripada JK Rowling yang berbunyi

    “Failure in life is inevitable. It is impossible to live without failing at something, unless you live so cautiously that you might as well not have lived at all–in which case, you fail by default ”

    Assalamualaikum

    Comment by anakkuantan | June 27, 2008

  8. oi akubdkphg yang takde telo, bukan anak jantan, pondan, bila nak telefon aku? senang senang lu jer panggil orang bodoh. mai jumpa aku tengok siapa bodoh. aku sekeh pala kang. dah orang tua tu buat perangai orang tua. jangan sampai gua hilang respect kat lu. lu jaga sikit, keluar rumah pandang kiri kanan. gua cakap sama lu gua tak mewakili pkr mahupun parti mana mana. gua mewakili persatuan 36 malaysia. mari jumpa la kalau berani, mai kata YB bodoh depan muka gua. gampang punya anak haram. dah lah takde telo. nombor telefon gua kasi lagi, tolonglah call. tolong sangat. takde public ke kat kampung lu? gampang punya budak. patut ada kritikan negatif jer.

    Comment by Dennis | June 27, 2008

  9. Salam kpd semua,
    Tidak seharusnya begini tindakan kita apabila ada perbezaan pendapat,
    Dennis, sekiranya akubdkphg, berkata-kata dengan cara tidak baik atau melabel, maka sekiranya ingin membetulkan, kita tidak seharusnya menggunakan kata-kata yang tidak baik juga ataupun melabel juga. Itu meletakkan kita ditempat yang sama seperti orang yang ingin kita ubah itu. Maka dengan cara itu, kita tidak akan dapat melakukan perubahan, kita hanya akan dapat cari gaduh.

    Saya juga tidak takut untuk mengaku kesalahan kalau saya tersilap fakta, cuma apa yang saya katakan merupakan pengalaman saya sendiri dalam tahun ini, mencari cybercafe ketika saya ada masalah capaian internet melalui laptop saya. Mungkin juga saya mencari disekitar rumah saya dan dikawasan tertentu, yang menyebabkan saya tidak berjumpa, atau pun apabila saya berjumpa, ianya penuh dengan orang-orang muda yang main game yang bising serta suasana gelap yang membuatkan saya tidak selesa untuk masuk. Ataupun saya membandingkan dengan Kuala Lumpur, dimana bilangan cybercafe begitu banyak sekali. Allahu a’lam…. Apa pun, saya tetap berpandangan bahawa akubdkphg ada agenda yang bukan untuk membina, memandangkan cara akubdkphg berbicara sebelum-sebelum ini.

    Apapun, kita cuma manusia biasa yang tidak lari dari membuat kesilapan. dan orang lain dialu-alukan untuk berbeda pandangan. Yang pasti, saya hanya mahukan yang terbaik untuk masyarakat Kuantan dan tidak mahu kita ketinggalan.

    Comment by Fuziah Salleh | June 27, 2008

  10. Saya tidak mempunyai nombor telefon awak dan siapa awak untuk berkata begitu?saya tidak pernah berjumpa atau bersua dengan awak sebelum ini.

    Comment by akubdkphg | June 27, 2008

  11. Di harapkan pihak yang mengendalikan blog ini menapis segala bentuk pengunaan kata-kata yang tidak sesuai kerana blog seorang ahli parlimen haruslah mencerminkan peribadi atau penduduk kawasan tersebut. Jika beginilah sikap penduduk Kuantan apakah mungkin untuk kita maju ke hadapan.

    Medium atau tempat untuk bersuara telah di berikan oleh itu hendaklah digunakan sebaik mungkin. Jangan kerana isu yang kecil agenda yang lebih penting kita ketepikan.

    Berjuang bukan demi parti atau individu atau nafsu. Tetapi berjuanglah untuk anak bangsa.

    Comment by anakkuantan | June 28, 2008

  12. Salam anakkuantan
    Blog Yang Berhormat Pn Hjh Fuziah Salleh ini adalah blog terbuka dan tidak ditapis sama sekali oleh blogmaster.
    Adapun WordPress.com mempunyai setting dan polisi bersendirian dalam memastikan setiap blog WordPress.com tidak dirempuh spam.

    Penggunaan bahasa yang baik memang menjadi etika yang sewajarnya diamalkan, tapi blog ini tiada kawalan jika pemakaian bahasa selain itu dipergunakan untuk memberi komen di sini.

    Rozain binti Mohd Rosli
    Parliamentary Assistant to MP for Kuantan

    Comment by Rozaini | June 28, 2008

  13. Assalamualaikum wbr,

    akubdkphg! berbangga kah anda menjadi anak PAHANG dengan sekadar mampu mengeluarkan kata kata kesat dan pendapat yang tiada fakta? Saya merasakan ada seperti tekanan dan ketidak seimbangan hormon dalam diri akubdkphg, saya mencadangkan akubdkphg buat temujanji dengan YB Ktn dan minta khidmat kaunseling dari beliau, saya yakin YB tidak akan mengenakan apa-apa bayaran, dan jika ada saya sanggup untuk menanggung segala perbelanjaan kaunseling akubdkphg.

    Jadilah rakyat yang memberi sumbangan kepada negara, jangan ikut perangai orang UMNO yang sentiasa berfikiran negetif dan tak habis habis menunggu subsidi tanpa memberi apa apa sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

    Comment by UcuZalley | June 28, 2008

  14. assalamualaikum….

    pandangan saya….mungkin kami benar2 tertunggu akan wawancara tersebut tetapi mungkin juga pendapat saya, kami menjangkakan idea dan kupasan dari YB yang agak tidak bernas walaupn ada kebenaran.mungkin juga akubdkphg betul2 ternantikan wawancara itu dan mengharapkan isu, jawapan dan kupasan lima bintang tapi YB hanya memberikan tahap 2 bintang biarpn nampah YB mencuba. Manusia tidakakan berjaya jika tidak gagal.cuba lagi lain kali…amat berharap YB meletakkan isu kami ini sbg jalan untuk YB berusaha 200% lebih kuat lain kali…

    Comment by x umno_jr | June 28, 2008

  15. Assalamualaikum,
    Adakah kemungkinan blog YB diminati oleh remaja ?

    Tidak adil untuk saya mencelah tanpa mengetahui perkara sebenar (kini berada di luar negara dan tidak berasal dari Pahang) tetapi remaja wajar berani bila berujar bukan semata mempertikai namun upaya meneroka budi dalam berjiwa yang jitu bahasa susilanya yang luhur akhlaknya membanggakan agama yang dibudayakan oleh iman untuk dipercaya yang tutur bicaranya ditunjangi oleh budaya.

    Wajar remaja melihat dalam fokus yang luas kebangkitan semula negara-negara Islam dan keperluan kehadiran barisan kepimpinan yang amanah berprinsip dalam melahirkan keadilan secara menyeluruh dan ini wajar difahami bukan semua individu itu tidak berdiri dengan kelemahan, kemuliaan pemimpin apabila sedia memberi laluan kepada kehendak dan permintaan marhaen.

    Comment by teeja | June 28, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: