Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Pegawai MB S’gor digantung tugas?

Malaysiakini.com
Jun 22, 08 8:53pm
Seorang pegawai kanan menteri besar Selangor, yang sedang disiasat berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam pengagihan kontrak pembuangan sampah di Petaling Jaya, akan digantung tugasnya esok.

“Ya, kemungkinan besar esok beliau akan dikenakan tindakan penggantungan,” kata satu sumber dekat dengan pentadbiran kerajaan negeri kepada Malaysiakini awal malam ini.

Sumber-sumber lain pula berkata, tindakan itu telah diketahui oleh pegawai terbabit dan beliau mula memanggil mesyuarat dengan beberapa lagi rakannya dalam PKR.

Satu pertemuan dengan pengikutnya telah diadakan hari ini di pejabat pegawai terbabit di Gombak, kata sumber-sumber itu lagi, dan kemungkinan satu perhimpunan bantahan diadakan jika penggantungan tugas diteruskan.

Difahamkan, kira-kira 100 pengikut pegawai terbabit berkumpul di luar pejabatnya di Gombak lewat petang tadi.

Satu sumber lain memberitahu Malaysiakini, beliau tidak pasti sama ada pegawai kanan itu akan digantung atau dipecat daripada pejabat menteri besar.

Seorang bekas timbalan setiausaha PKR yang baru pulang dari luar negara disebut-sebut bakal menggantikan pegawai terbabit.

Bagaimanapun sumber-sumber itu belum dapat mengesahkannya.

khalid ibrahim interview 160608Beberapa pemimpin dan wakil-wakil rakyat parti itu di Selangor juga sudah mendapat maklumat tentang tindakan yang bakal diambil oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (foto).

Pada 10 Jun lalu, Badan Pencegah Rasuah (BPR) memanggil pegawai kanan berkenaan selama empat jam berhubung siasatan kes kelulusan kontrak dan tender pembersihan serta kutipan sampah yang melibatkan kawasan Petaling Jaya.

“Kita sudah ambil keterangan pegawai terbabit hari ini dan hasil siasatan akan diketahui dalam jangka masa terdekat ini,” kata pengarah BPR Selangor, Ja’afar Mahad tidak lama selepas laporan tersebut dibuat.

Pada 5 Jun, sekumpulan empat orang (foto bawah) yang mendakwa ahli PKR dilaporkan telah membuat aduan kepada BPR dengan dakwaan pegawai kanan tersebut menggunakan kepala surat pejabat menteri besar tanpa keizinan.

Mereka mendakwa mempunyai dokumen yang membuktikan pegawai kanan terbabit terlibat dalam meluluskan kontrak dan tender itu kepada empat buah syarikat tanpa pengetahuan Abdul Khalid.

Sehari sebelumnya mereka, yang diketuai oleh Remy Iskandar, telah membuat aduan polis.

selangor mb sinar harian aca report 060608Remy dilaporkan berkata mereka meragui kelulusan tersebut kerana ia menggunakan kepala surat tanpa nombor rujukan yang jelas dan pegawai tersebut meminta syarikat-syarikat itu diberikan keutamaan dalam pembahagian kontrak itu.

“Apa yang berlaku seolah-olah menafikan pendirian menteri besar yang sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa setiap pemberian kontrak atau tender akan dilakukan secara terbuka dan menolak usaha pengagihannya menggunakan pendekatan rundingan,” beliau dipetik sebagai sebagai berkata.

“Kami tampil untuk untuk membuktikan PKR telus menolak sebarang usaha salah guna kuasa dan cubaan menafikan kepercayaan rakyat terhadap PKR.”

Selangor pula berhasrat menjalankan siasatan sendiri kerana bimbang BPR lambat dan boleh mencemarkan imejnya.

Kerajaan negeri menyeru empat pengadu itu agar hadir di depan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggung- jawaban dan Ketelusan yang diketuai speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chan Kim bagi menentukan kesahihan dakwaan itu.

MB: Duit S’gor masuk akaun PKR
Jun 23, 08 3:00pm
Menteri Besar Selangor hari ini mengakui wujud sumbangan derma daripada syarikat-syarikat swasta bagi sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di negeri itu yang didepositkan ke dalam akaun PKR.

“Saya diberitahu ada usaha untuk mengutip derma yang saya rasa tidak perlu,” kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika diminta mengulas dakwaan Mohamad Ezam Mohd Nor.

Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa bahawa kutipan wang derma bagi penganjuran majlis sambutan itu telah didepositkan ke dalam akaun PKR.

Menurut laporan Bernama, Abdul Khalid berkata wang kutipan itu yang menurut kiraan beliau “tidak seberapa jumlahnya” akan dibekukan.

Tambahnya, ahli-ahli Pakatan Rakyat sebagai satu pasukan akan berbincang bagaimana wang itu akan digunakan dan jumlah kutipan itu akan diberitahu kepada kerajaan negeri.

“Adalah malang kutipan dan pemindahan ke dalam dana Parti Keadilan.

“Ia harus dipindahkan ke dalam akaun negeri dan kemudian kita bincangkan kegunaannya,” katanya selepas melancarkan Pusat Khidmat Merakyatkan Ekonomi Selangor (M.E.S) di Shah Alam.

Beliau akan menulis surat bagi mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat berkenaan dan bertanya sama ada mereka menerima tekanan untuk menyumbang untuk sambutan itu, lapor agensi berita itu lagi.

June 22, 2008 - Posted by | Politics

10 Comments »

  1. PKR bebas rasuah? Urus tadbir cemerlang? dalam 100 hari sudah ada kontroversi, mungkin jangan terlalu mengata orang (BN) diri sendiri pun tidak sempurna

    Comment by bebas | June 22, 2008

  2. TNB is already reaping huge profit now, so why should they still want to increase their rates again ? Maybe the Parallel Grid should be permited to operate.

    Comment by Alfred Kok TL | June 23, 2008

  3. Tuduhan dikenakan kepada Pegawai Kanan di atas, difahamkan cuma perkara teknikal dan tidaklah se serius mana. Tetapi, ia menjadi serius apabila diambil kesempatan oleh kelompok-kelompok tertentu dalam PKR untuk mencapai agenda tersembunyi masing-masing. Ia seakan rentetan kepada Konflik Kemaman yang masih belum selesai. Saya bimbang PKR akan berpecah kembali andai perkara ini tidak dibendung. Saya menyeru hentikanlah apa jua usaha yang boleh memecah belah pakatan ummah yang sedang mula menampakkan cahaya kejayaan mutakhir ini. Saya menyeru DSAI segera menangani isu ini dengan tegas, agar pengalaman pahit perpecahan KeADILan tidak akan berulang lagi.

    Comment by aiman albakri | June 23, 2008

  4. Saya berpandangan bahawa seorang pemimpin adalah simbol ketelusan pentadbiran yang terbaik. Beliau perlu melakukan apa yang sepatutnya dilakukan tanpa memilih bulu, walaupun teman sendiri. Pengadilan itu tetap wajib berlaku terhadap sesiapapun tanpa melihat kepada nama dan golongan serta warna kulit.
    Sebagai Parti yang menghalatujukan dirinya ke arah kematangan politik yang mendukung keadilan, perkara seumpama yang berlaku akan diadili dengan adil.
    Tiada pentafsiran yang sepatutnya melewati batas itu. Sewajarnya, ia menjadikan barisan pimpinan lebih peka kpd prosedur dan saling memperingati untuk mendokong yang betul. Kerana prosedur-prosedur adalah untuk dipatuhi terutamanya dari kalangan pimpinan sendiri.

    Comment by Rozaini | June 23, 2008

  5. Terima kasih pandangan Rozaini. Memang benar prosedur perlu dipatuhi oleh kalangan pemimpin. Membetulkan kesilapan rakan seperjuangan dalam prosedur ada berbagai kaedah. Sudahkan rakan seperjuangan yang silap ini ditegur dan diperingatkan dengan hikmah dahulu? Ataupun, memang sekian lama menanti-nanti peluang beliau buat silap dan terus melompat dan menerkam untuk menghukum. Malah beramai-ramai bersorak kegembiraan – di kalangan anggota kabilah tertentu – yang sekian lama melihat rakan seperjuangan yang terhukum. Beginikah jatidiri dan setiakawan rakan seperjuangan? Demi mendapat tahu rakan akan dipecat, lantas mengemukakan calon yang sudah dikenalpasti dari kalangan kabilah sendiri itu? Bilakah kemelut kabilah jemaah silam akan terpadam dari minta pejuang keADILan?

    Comment by aiman albakri | June 23, 2008

  6. Saudara aiman albakri
    Tulisan saya tidak mengambil kira perkiraan politik tetapi mengulasnya menurut face value. Sudah tiba masanya nilai face value ini menjadi lumrah kerana ia membutakan diri kepada sekelian elemen prejudis yang akan merosakkan hubungan dan kerjasama yang tulus. Saya percaya, sekiranya saya sendiri yang melakukan kelalaian yang sama, saya juga akan menerima ganjaran yg setimpal, walaupun jika Pn Fuziah Salleh sebagai pembuat keputusannya.
    Kita yang mengerti penderitaan rakyat dan mengharap sitem politik baru mengangkat martabaat rakyat dalam serba serbinya wajar supaya mampu rise above the occasion dan melihat idealisme keadilan sebagai yardstick kepada setiap insiden. Dalam pembinaan akhlak ahli politik dalam politik baru, saya kira expectation rakyat bukan perkiraan politik dan politik sempit para pejuang harus dihayati.
    Rakyat perlu menyaksikan sejauh mana ketulusan kita dalam menghayati akhlak ketelusan ini.
    Saudara aiman albakri
    Posting berita tersebut adalah untuk tatapan rakyat jelata; ia merentasi sebarang maksud selain dari mempamerkan keutuhan dan kesungguhan dalam menghayati nilai-nilai tansparency dan ketelusan.
    Rakyat ingin melihat kita sentiasa bersikap demikian dan tidak terperangkap dalam isu-isu yang merencat perkembangan politik baru yang luhur.
    Semoga kita dapat meneruskan bicara ini dengan baik dan memperbaiki sebarang kelemahan.

    Rozaini
    019-8502757

    Comment by Rozaini | June 24, 2008

  7. Saudara/i Rozaini yang dihormati,
    Terima kasih dan tahniah atas posting anda. Secara ikhlas saya nyatakan bahawa benar apa yang anda katakan. Cuma saya menyeru para pejuang KeADILan perlu lebih bijaksana dan berhikmah dalam menegakkan idealisme. Pepatah mengajar kita menyelesaikan konflik secara bagaikan menarik rambut dalam tepung. Rambut jangan putus dan tepung jangan berselerak. Tanpa budaya hikmah, tiada siapa di antara kita yang layak kehadapan. Tiada siapa di antara kita yang maksum dalam pengurusan dan kepimpinan. Usah nanti dikata orang tegang berdenting-denting, sebaliknya kita kendur berjela-jela bila kena ke diri sendiri. Apa yang sudah berlaku, telahpun berlaku. Ia jelas menampakkan budaya tegur-menegur dan ingat-mengingat dengan rasa mahabbah dan kasih sayang sesama rakan seperjuangan tidak nampak wujudnya sehinggakan keadaan menjadi demikian. Kita telah menari mengikut gendang orang lain sebenarnya. Akhirnya, kita membunuh semut dengan kapak. Cukuplah yang lalu menjadi pengajaran kesemua pihak. Moga kesemua kita bersama menjadikan pengajaran termasuk diri saya sendiri. Apa yang telah kusut bersama kita leraikan. Saya tidak akan memanjangkan perbincangan ini lagi. Ya Allah, Engkau satukanlah hati para pejuang KeADILan dengan iman dan kasih sayang di atas jalan kebenaran Mu. Wallahu a’lam.

    Comment by aiman albakri | June 24, 2008

  8. Ameen Ya Rabbal A’lamiin……..
    Itu juga doa saya, wahai sdr Aiman AlBakri.
    Semoga disatukan hati-hati para pejuang dan semoga kita semua mendapat mardatillah Insya Allah..

    Comment by Fuziah Salleh | June 24, 2008

  9. Duit sumbangan 100 hari memerintah Selangor seperti mengagih harta rampasan perang di kalangan parti-parti mereka. Terlebih dahulu bukankah ia meyalahi guna kuasa. Jangan memperalat nama Allah jika kita sendiri tidak takut dosa.

    Comment by Sulaiman Lemang | June 26, 2008

  10. Now that the Fuel price has gone down, so when is TNB going to follow suit ???

    Comment by Rothweider | December 26, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: