Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Parlimen: Usul di Dewan Rakyat Isnin, 23 Jun 2008

Usul di bawah akan dibawa oleh Datuk Shahrir Abdul Samad di Dewan Rakyat pada hari Isnin, 23hb Jun 2008 nanti, selepas sesi soalan jawab lisan pada jam 11.30 pagi.

Pakatan Rakyat akan menbantah dan tidak menyokong sama sekali usul ini.

Kerana kerajaan telah tidak bertanggungjawab dalam menangani isu kenaikan harga minyak. Ia merupakan tindakan reaktif, seolah-olah tidak dijangkakan. Ia telah menyusahkan rakyat secara mendadak. Kerajaan juga tidak mempunyai dasar tenaga (energy policy) yang jelas yang melibatkan peralihan dari pengunaan petrol kepada penggunaan bahanapi/ kuasa alternatif dalam penggunaan harian rakyat.

Kerajaan juga telah gagal dalam dasar pengangkutan awam yang boleh mengurangkan dengan besar jumlah perbelanjaan pengangkutan rakyat jelata.

Penjimatan kerajaan telah mengambil peruntukan-peruntukan dari sektor-sektor kesihatan dan pendidikan – dua sektor yang menjadi keperluan penting rakyat untuk sekarang dan masa depan mereka.

Rata-rata apa yang kerjaaan pimpinan BN lakukan adalah tidak mencukupi bagi meringankan beban inflasi yang ditangung oleh rakyat. Ditambah pula dengan sikap boros dan perbelanjaan mewah kerajaan pimpinan umno-BN yang mengalirkan kewangan kepada projek-projek koridor dan mega yang bukan kepentingan semasa rakyat Malaysia yang saban hari sebahagiannya trying to make ends meet.

Nantikan penghujahan-penghujahan dari Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat nanti.

oleh Rozaini

————————————————————————————–

AUM DR 23/6/2008
ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL
1. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
mencadangkan:
Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 27 (3) Dewan ini mengambil ketetapan
berikut:
“Bahawa Dewan ini,
Prihatin akan kenaikan mendadak harga minyak, makanan dan komoditi lain di
pasaran dunia, yang merupakan fenomena global di luar kawalan Kerajaan.
Menyedari bahawa fenomena kenaikan harga ini membawa impak negatif yang
besar kepada kesejahteraan rakyat serta kemajuan ekonomi negara.
Memahami dan menyokong langkah Kerajaan untuk menstruktur sistem
subsidi minyak dan gas yang menjejas kewangan Kerajaan dan tidak dapat
ditanggung tatkala harga minyak di pasaran global terus meningkat tinggi, agar
beban ke atas ekonomi negara dapat dikurangkan dan subsidi dapat diagihkan
dengan lebih saksama kepada mereka yang benar-benar memerlukannya yakni
golongan miskin dan berpendapatan rendah dan sederhana.
Menyokong langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan untuk
mengurangkan beban ke atas rakyat yang disebabkan oleh kenaikan harga
minyak, makanan dan komoditi, agar kesejahteraan hidup rakyat terus terjaga.
Menyedari keazaman dan usaha Kerajaan untuk terus mempertingkatkan
pertumbuhan ekonomi dan memperjuangkan agenda pembangunan nasional,
walaupun persekitaran di peringkat global semakin mencabar.
Bahawa Dewan yang mulia ini menyeru kesemua lapisan rakyat Malaysia, para
peniaga dan pengilang serta parti-parti politik agar tabah dan bersatu padu
dalam menghadapi cabaran global ini serta memelihara keamanan, kestabilan
dan kesejahteraan kita bersama”.

June 22, 2008 - Posted by | Politics

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: