Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Di Medan Pelancongan, & Peramu di Kuantan

Medan Pelancongan di Kuantan akan dibangunkan oleh sebuah syarikat swasta tidak lama lagi. Para peniaga yang menjalankan usaha perniagaan mereka selama berpuluh tahun (sebahagian mereka menjangkau tiga generasi) di situ telah diarah untuk berpindah ke lima kawasan lain yang dikhaskan untuk mereka yang terlibat – di antaranya termasuk kawasan berhampiran Mydin, Mahkota Square dan kawasan berhampiran OCBC. Mereka dikehendaki berpindah selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2008.

Menurut para peniaga yang saya temui, pihak MPK telah mengadakan satu majlis dialog pada 15hb Mei 2008 lalu bertempat di Wisma Belia Indera Makota untuk menerangkan rancangan dan status terkini mengenai rancangan membangunkan Medan Pelancongan.

Photobucket

Photobucket

Bagi para pegerai yang berniaga di situ, perniagaan mereka itu merupakan satu-satunya punca pendapatan dalam kehidupan seharian dan masa depan mereka.

Lesen perniagaan mereka pula adalah sah sehingga sehingga 31 Disember 2008, tetapi telah diminta berpindah sebelum atau pada 31 Ogos 2008. Pihak MPK dan syarikat terbabit perlu mengambilkira status tersebut dan membenarkan para pegerai meneruskan perniagaan mereka sehingga tempoh tamat lesen perniagaan.

September juga adalah permulaan puasa dan ada di kalangan para pegerai bergantung sara hidup mereka, seperti tukang jahit, yang mendapat keuntungan baik menjelang Hari Raya Puasa.

Dalam pertemuan dengan MPK, tiada sebarang tawaran rasmi secara bertulis terhadap janji-janji yang telah diutarakan dalam dialog tersebut:

1. para pegerai dibenarkan untuk memindah perniagaan ke lima lokasi yang telah dikenalpasti.

2. fasiliti perpindahan perniagaan akan diberi kepada para pegerai untuk memunggah sekelian peralatan dan barangan perniagaan mereka.

3. tawaran untuk mendapat tapak perniagaan di terminal bas baru di Indera mahkota setelah siap dalam masa dua tahun akan datang.

Sewajarnya pihak berkuasa terlibat memikir kepentingan rakyat, para pegerai di Medan Pelancongan ini, yang sering bersusah payah saban hari dalam mencari nafkah untuk menyara kehidupan seharian mereka. Perlulah dirangka satu pelan tindakan yang mempermudah dan memberi keseriusan dalam membantu para pegerai menangani sebarang permasalahan, khususnya dalam menghadapi kemorosotan ekonomi mereka disebabkan projek pembangunan di Medan Pelancongan. Menurut para pegerai, mereka telah dimaklumkan oleh pihak MPK bahawa sebuah hotel lima bintang akan dibina disitu.

Apakah rasional, dalam perspektif kepentingan rakyat biasa seperti para pegerai di Medan Pelancongan, untuk membina satu lagi hotel lima bintang di tengah-tengah bandar Kuantan? Kenapakah tidak dibangunkan hotel-hotel sedemikian di tempat-tempat lain yang sesuai dan memberi keutamaan kepada pembangunan yang boleh membina, dan mengembang keusahawanan para pegerai seperti di Medan Pelancongan? Siapakah sebenarnya yang mendapat keuntungan lumayan dalam strategi pembangunan di Medan Pelancongan ini?

Bayangkan kesusahan rakyat para pegerai Meda Pelancongan yang akan hilang dan tidak menentu punca pendapatan mereka selapas Ogos 2008 ini. Perpindahan ke kawasan lain belum tentu boleh menjamin pendapatan perniagaan seperti sekarang. Bahkan gerai-gerai sementara yang akan dibina untuk mereka belum tentu menjamin keselamatan barang-barang perniagaan mereka seperti yang diadukan oleh seorang peniaga. Biasanya gerai yang dibina spontan banyak kekurangannya dan tidak mengambilkira keselesaan untuk berniaga dan mengabaikan aspek-aspek keselamatan yang perlu.

Saya kesal dengan pendekatan MPK tanpa rancangan jitu peralihan tapak perniagaan dan jangka panjang yang boleh membantu para peniaga di Medan Pelancongan ini.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

PERAMU:
Bertemu penghuni rumah kos rendah yang mengadu bahawa belum ada geran rumah yang telah mereka selesaikan pembayaran sebanyak RM25000. Mereka telah menghuni rumah di Peramu selama lebih 25 tahun.

Photobucket Photobucket

June 15, 2008 - Posted by | Politics

2 Comments »

  1. Assalamualaikum YB,
    Penyerlahan isu bagaimanakah kewajaran untuk ditangani lebihan pengguna berbanding hasil produktiviti andai kepadatan penempatan oleh peningkatan jumlah penduduk tidak menawarkan peluang-peluang aktiviti perniagaan yang bersaiz sederhana diaktifkan bagi didorong penumbuhan ekonomi?

    Dengan mengketengahkan su ini PR dilihat perlu menstrukturkan intipati setiap perjanjian atau memorendum persefahaman khusus untuk usahawan dan peniaga kecil bebas dari unsur paksaan atau beralah kepada stuasi yang menatijahkan ketiadaan pemeliharaan dan pembelaan hak-hak untuk dilindungi.

    Comment by teeja | June 16, 2008

  2. Sdr Teeja
    Itu satu komen yang membina.
    Terima Kasih.

    Mungkinkah sdr berminat untuk membantu secara direct dalam hal ini? Sekiranya ia sila hubungi saya melalui pejabat atau hubungi Pn Rozaini?

    Comment by Fuziah Salleh | June 17, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: