Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Kenyataan Media: PAHANG harus belajar dari Perak dalam hal Kepentingan Orang Asli

Kuantan, 6 Jun: Setinggi-tinggi tahniah diucapkan diatas usaha kerajaan negeri Perak untuk memberi geran tanah kepada 48 ribu Arang Asli di negeri Perak. Usaha ini wajar dicontohi khususnya oleh kerajaan negeri Pahang di mana terdapatnya lebih 50 peratus Orang Asli di Malaysia.

Setelah lebih 50 tahun, Orang Asli di Malaysia dinafikan pemilikan tanah untuk penempatan dan pertanian/perladangan secara sah di sisi undang-undang. Selama ini, kerajaan Barisan Nasional telah dengan sewenang-wenangnya mengambil hak “tanah adat” orang asli di atas nama pembangunan dan mengksploitasi mereka di atas kepentingan ekonomi segelintir elit dengan peladangan kelapa sawit dan getah yang berjumlah puluhan ribu ekar.

Pada realitinya, Orang Asli adalah golongan rakyat Malaysia yang tertinggal jauh di belakang berbanding golongan lain dalam bidang sosial, ekonomi, pendidikan, dan politik. Walaupun mereka menyuarakan kehendak mereka, namun, suara mereka tidak kedengaran. Kerajaan Barisan Nasional tidak melihat kepentingan membantu dan membimbing golongan Orang Asli ketahap yang lebih maju. Seharusnya golongan Orang Asli mampu mencapai tahap ekonomi yang dinikmati oleh kaum lain di Malaysia kini.

Justeru, kesungguhan dalam membela nasib dan kehidupan Orang Asli di Malaysia adalah tanggungjawab yang dituntut daripada pemerintah. Tanggungjawab ini perlu dipenuhi Kerajaan seperti tanggungjawab kepada golongan-golongan lain di negara ini. Kerajaan negeri Pahang sewajarnya segera mengambil inisiatif seperti yang telah didahului oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Hajah Fuziah Salleh

Ahli Parlimen Kuantan

6 Jun 2008

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan kenyataan media di atas, sila hubungi: Puan Rozaini binti Mohd Rosli, 019-8502757 email: rozainiebbm@yahoo

June 6, 2008 - Posted by | Politics

4 Comments »

  1. hari tu tengok berita tv3 orang asli cakap bahasa melayu lancar, bangga dengan sistem pendidikan malaysia yang tidak meminggirkan orang asli..

    Comment by bebas | June 22, 2008

  2. Ciri pendidikan yang berjaya antaranya ialah memiliki pemikiran yang bebas, menyatakan pendirian menurut apa yang menjadi kebenaran, dan terbuka dalam menerima sesuatu walaupun bukan dari kalangan sendiri.
    Isu dan masalah Orang Asal/Orang Asli menyentuh banyak perkara dalam kehidupan mereka. Pendidikan adalah salah satu darinya. Visi dan misi pendidikan negara seharusnya tidak menjadikan Orang Asal/Orang Asli sebagai istimewa hanya sejkadar jika pandai bertutur Bahasa Malaysia dengan fasih. Pembelaan orang Asal/Arang Asli masih terlalu jauh berbanding kaum-kaum lain di negara ini. Itu adalah hakikatnya.

    Comment by Rozaini | June 23, 2008

  3. salam sejahtera yb.
    kadang2 saya terpikir juga, baru2 ni isu ketuanan melayu hangat diperkatakan,tetapi bgmana dengan nasib orang asal tanah melayu ini???masih merempat di tanah air sendiri,tinggal di tanah rezab yg boleh dirampas bila2 masa.hanya janji2 kosong yg diberi bila masa pilihanraya,undi senang diperolehi iaitu hanya bagi kain pelekat sehelai sorang( kata2 seorang yb). bantuan jabatan kadang2 dapat kadang tak dapat…kami mahu tanah nenek moyang kami.susah sangat ke nak bagi geran???
    mungkin yb boleh turun padang meninjau masalah kami.kami juga mahu pegawai2 atasan jheoa dari kaum kami, yg lebih memahami masalah kami daripada pegawai yang sedia ada yang cukup bulan ambil gaji je.kaum kami juga mempunyai ramai calon yang berkebolehan dan berpelajaran tinggi untuk menerajui jabatan terbabit.
    terima kasih.

    orang asli kuala rompin.

    Comment by rodielong | September 24, 2008

  4. slm…

    Terima kasih kerana prihatin dengan Orng Asli, sy merupakan Salah Seoarang drpada orang Asli di Pekan Pahang yg sedang menuntut di IPTA.
    Banyak isu berkaitan dengan Orang Asli dlm pelbagai aspek, sy tetrik apabila menyentuh isu soal tanah mahupun pembelaan terhadap masyarakat.
    Kira2 51 tahun Kita merdeka, apa yang masyarakat orang Asli dapat? masih ketinggalan dalam pelbagai aspek. Masa pilihan raya datang la kat kg Orang Asli dengan janji2, tapi bila menang mana hilangnya janji!!!.. ini ke yg dikatakan peminpin rakyat?. Bela ajukan soal tanah pihak terbabit tak tau apa, belar je tinggi ingat penduduk Orang Asli tak bemtambah agaknye. Bagi tanah rizab pun macam la Orang Asli tidak bolah berkembang.
    Bukan sahaja soal tanah yang menjadi isu, soal kemajuan kg pun tidak diperdulikan, balik je kg masih sama je. Apa yg menyedihkan masih ada yang berhatap dan berdindingkan daun nipah, adil ke kehidupan yang dinimati oleh masyarakat Orang Asli?..

    Renung dan pikir la….
    Oaran lian bpleh Orang lagi Asli Boleh…
    DARI SISWA…

    Comment by zam | October 28, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: