Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Kenaikan Harga Minyak Menyiksa Rakyat

CETUSAN MINDA
Kenaikan Harga Minyak Menyiksa Rakyat
6 Jun 2008
Saban waktu, semakin banyak panggilan telefon dan email yang saya terima berkenaan kenaikan harga minyak ini.
Yang paling saya terharu ialah apabila ada rakyat Kuantan berkata yang mereka ‘termangu’ macam orang bodoh, tak tahu nak buat apa, sebab kenaikan harga minyak ini memang akan meninggalkan kesan mendalam di dalam banyak aspek kehidupan orang ramai. Ada juga yang berkata sudah takut keluar malam kerana kadar jenayah dianggarkan akan meningkat dek kerana kesempitan hidup yang akan dilalui dengan kenaikan harga minyak dan seterusnya kenaikan harga barang nanti.
Sebenarnya, walaupun harga minyak sedunia naik, harga minyak dalam negara ini masih boleh dikawal. Ianya boleh dilakukan sekiranya ada pemikiran yang mendahulukan kepentingan rakyat dipihak kerajaan pemerintah .
Di antara perkara yang ingin saya tegaskan.:-
1. Negara kita adalah pengeksport minyak di mana kualiti minyak yang kita eksport adalah berkualiti tinggi, dan negara kita membuat keuntungan dari penjualan minyak yang mahal harganya di peringkat dunia kini. Kita import pula minyak yang kurang kualiti untuk kegunaan seharian rakyat Malaysia. Tentu sekali keuntungan melebihi dari aktiviti eksport kita, berbanding dengan nilai import minyak kita.
2. Sebahagian dari duit keuntungan Petronas (80 billion tahun lepas) boleh digunakan untuk menampung kos harga minyak yang dijual kepada rakyat. Jangan banding dengan Singapura. Tindakan Kerajaan membanding dengan Singapura sengaja menyelewengkan pemikiran rakyat, kerana Singapura bukan negara pengeksport minyak. Mereka hanya import, dan sebab itu mereka terpaksa terima bulat-bulat kenaikan harga minyak sedunia.
2. Kerajaan juga boleh menggunakan cara ‘tiered subsidy‘ mengikut keperluan rakyat. Maksudnya yang guna sedikit dapat harga murah, dan harga meningkat apabila lebih banyak digunakan. Boleh diletakkan meter khas pada pam-pam minyak yang dapat digunakan untuk ‘monitor‘ kegunaan seseorang pengguna, dan adjust mengikut tier Dengan cara ini setiap rakyat akan dapat subsidi di waktu dia membeli. Sekarang ini subsidi tidak bermakna kerana rakyat kena keluarkan duit beli minyak. Kemudian bila perbaharui cukai jalan baru dapat rebate. Masa nak beli minyak untuk kegunaan harian itulah yang paling susah.
3. Kerajaan juga boleh menambah baikan sistem pengangkutan awam. Di Kuantan contohnya sistem pengangkutan awam kita terlalu menyedihkan. Negara barat seperti UK dan EU, harga minyak juga mahal akan tetapi rakyat tidak merungut kerana lebih ramai yang menggunakan kemudahan awam dari kenderaan sendiri. Kemudahan pengangkutan awam ditahap excellent disana. Maka peritnya harga minyak naik tidak terasa.
Pakatan Rakyat setakat ini hanya boleh bercakap kerana kita belum lagi dalam keadaan di mana kita dapat melaksanakan dasar-dasar kita di peringkat Federal.
Hari ini rakyat tertipu lagi. Kami hanya akan dapat membuktikan segala yang dikata apabila Kerajaan Pusat diurus tadbir oleh Pakatan Rakyat. Selagi rakyat tidak beri kami peluang, selagi itu rakyat akan terus begini. Saya kira dalam keadaan macam mana pun, rakyat tidak rugi apa-apa dengan memberi kami peluang dalam Pilihanraya akan datang. It’s bad enough as it is. I cannot imagine, anything worse than this….
Let us compare Malaysian oil price with OIL PRODUCING countries:

UAE – RM1.19/litre
Eygpt – RM1.03/litre
Bahrain – RM0.87/litre
Qatar – RM0.68/litre
Kuwait – RM0.67/litre
Saudi Arabia – RM0.38/litre
Iran – RM0.35/litre
Nigeria – RM0.32/litre
Turkmenistan – RM0.25/litre
Venezuela – RM0.16/litre
MALAYSIA – RM2.70/litre

June 6, 2008 - Posted by | Politics

26 Comments »

  1. saya rasa lebih baik pihak PR terlebih dahulu turun padang dan turut membantu dalam mengutarakan usul untuk menyelesaikan masalah ini. ini akan lebih membantu rakyat. walaupun masih belum menguasai kerajaan pusat, pihak PR masih boleh mambantu dan ini mencerminkan keikhlasan pihak PR dalam membantu rakyat. saya rasa hanya dengan cakap dan janji yang akan melaksanakan pelbagai dasar tanpa apa2 cara dicadangkan untuk menangani masalah ini dengan harapan akan mendapat lebih undi adalah tidak cukup. semua itu perlu dibuktikan dengan harapan keadaan akan menjadi lebih baik. inilah masanya untuk melakukan itu semua kerana ramai rakyat malaysia yang terdesak sekarang dan memerlukan semua bantuan tersebut. harap segala janji dapat dibuktikan dengan lebih cepat dan tunjukkan yang pihak PR benar2 prihatin dan ikhlas untuk membantu rakyat dan bukan sekadar ingin untuk meraih undi

    Comment by izzatdin | June 6, 2008

  2. Betul lah K. Fuziah!

    And then the closure of many major roads in Kuantan also aggravates the problem.
    Dah la minyak naik harga, kita kena drive further than usual because MPK gi tutup certain roads.

    Since subsidi minyak dah dikurangkan, why don’t the govt reduce tax on sale of cars eh? If we don’t have to pay too much to the finance monthly, then the price increase won’t be that bad! Could U take this point up at Parliament? Sekarang ni, kalau kita beli kereta harga RM117,000 more than RM50,000 is the tax alone, kan? Kalau boleh di lowerkan tax ni, or better still abolish aje, tak lah teruk sangat kita pengguna-pengguna jalan raya nih!

    Just my two cents worth la….

    Comment by Jehan | June 6, 2008

  3. I cannot read the news for these past two days, sumpah seranah, tujuh keturunan pun belum tentu lepas Macam ni ke cucu ulamak? Buat malu je. Malangnya, keputusan ini diumumkan selepas parlimen abis bersidang, and selepas tarikh tutup hantar soalan. Kalau tak, dah tentu kena tiau. Nampak sgt dia tunggu sampai semua opportunity dah tutup.

    Geram pun ada. Marah sesangat lah. Bandingkan dgn Singapura, gaji mereka berapa? Bandingkan dgn Thailand, kereta mereka berapa? Apa punya menteri ni.

    Comment by riv | June 7, 2008

  4. palah lebih baik kau letak jawatan.bagi orang yang pandai menggurus dananegara.kau pandaiberniaga dengan rakyat.kau tak tahubarapakah pedihnya setelah kau menaikan harga minyak.benci paklaaaaaaaaaaaaaaa,porah…..kau tak dan anak anak buah kautak pak dapat subsidikerajaan rakayt darimana /? kau akan dapat neraka nanti………………………………

    Comment by bencipaklah | June 7, 2008

  5. Puan YB,
    Sikap memonopoli di dalam perdagangan jelas menyekat kebebasan dan keadilan di medan perniagaan.
    Persaingan yang dinafikan hak untuk penyertaannya secara sihat, menzahirkan kerakusan untuk ditetapkan harga sesuka rasa buat yang memonopolinya.

    Warga perlu tahu bahawa minyak mentah sebelum diproses adalah murah tetapi apabila ia mulai diproses oleh pelabur/korporat nilai harga menjadi tinggi dan di antara ke dua ini jelas siapa yang mengambil dan menyimpan keuntungan.Tanggungjawab mendidik tidak hanya secara formal bahkan dituntut setiap masa memandangkan banyak radas upaya digunakan untuk membantu penerusan maklumat berinformasi.
    Cuma diharapkan PR mengambil kira harga perkhidmatan yang warga ‘dipaksakan’ untuk melunaskannya dengan mengambil kira dengan jumlah pendapatan yang ada setelah ditolak caruman,loan peribadi,cukai (kecuali yang membayar zakat) juga baki itu pula digunakan untuk bil-bil semasa dan tol-tol selain tempat meletakkan kenderaan.

    Adalah masa yang tepat untuk PR menyedari harapan besar warga agar kepimpinan diaturkan kelancarannya untuk diambil alih demi kestabilan negara dan apa yang telah berlaku amat mengecewakan kami sekeluarga lantaran yang terjejas kehidupannya adalah warga pertengahan dan bawahan.

    Comment by teja | June 7, 2008

  6. kalau berkaitan dengan minyak, saya tak hendak meletakkan harapan kepada pihak PR. Seperti kita semua tahu PR tidak boleh melakukan apa-apa tindakan selagi peringkat Pusat adalah BN. Apa yang PR mampu lakukan hanya memberi cadangan kepada rakyat supaya menukar kerajaan dalam pilihanraya atau memberi teguran dan ingatkan kepada kerajaan, walaupun kita tahu kerajaan akan membakul sampahkan terguran dari PR

    Comment by Hasrulnizam | June 9, 2008

  7. Saudara/i sekelian,
    Cuba lihat dengan teliti monthly budget anda. Berapa % untuk minyak & berapa % untuk intstallment kereta? Mudahnya point saya begini, average Malaysian boleh pakai Vios. RM 84K di semenanjung & RM 59K di langkawi (sila rujuk website toyota malaysia). Beza installment disini ialah lebih kurang RM1000 vs RM690. Jadi jika kerajaan benar2 jujur, perlu segera hapuskan cukai kenderaan supaya rakyat dapat atasi beban kenaikan petrol & Diesel. Kenderaan di Malaysia adalah antara paling mahal di dunia!!! YB Fuziah mesti ketengahkan perkara ni!!! By the way, syabas to YB Fuziah… sebutir permata di tengah2 lumpur.

    Comment by Dyhana | June 10, 2008

  8. Puan,
    Idea ‘tiered subsidy’ puan memang bunyinya menarik. Tetapi mungkin menarik bagi mereka yang ghairah marahkan kerajaan berikutan harga minyak yang telah naik secara mendadak. Masalah akan timbul berkaitan implementasi seperti meletakkan meter khas disetiap pam. Ini bermakna kita perlu mengkaji sejauh mana ia sesuai dengan keadaan semasa dan kos-kos yang terbabit dimana saya pasti ia bukanlah jumlah yang sedikit. Siapa pula yang hendak bayar kos-kos ini? Pakatan Rakyat?

    Memang perit semasa membayar harga minyak. Tiada siapa yang suka membayar lebih, malahan kalau boleh mahu ia ‘free’. Tetapi persoalannya sampai bila kita mahu terus bergantung kepada subsidi?

    Bagi saya, wang subsidi itu jauh lebih afdal jika ia dibelanjakan ke sektor kesihatan dan pendidikan dan ya, pengangkutan awam agar ia kualitinya dipertingkat dan dalam pada masa yang sama ia murah untuk rakyat. Ini jauh lebih penting bagi rakyat Malaysia terutama sekali yang miskin dan sederhana. Kenapa mesti belanjakan kepada minyak yang rata-ratanya orang yang berkerjaya dan berpendapatan sahaja mampu membeli kereta.

    Mungkin kata Dyhana, rakyat Malaysia average terutama Melayu di Kuantan mungkin mampu memiliki Vios (atau berangan-angan nak memiliki Vios). Tetapi perlukan beli Vios jika ada kereta yang lebih murah? Saya sendiri sebenarnya mampu membayar ansuran kereta sehingga RM1200 sebulan. Tetapi saya tidak melihat ia satu keperluan, kerana saya memilih untuk membeli kereta Perodua dengan ansuran yang lebih murah, saya sudah banyak berjimat.

    Nah, disini saya lebih untung berbanding orang lain yang bergaji sama seperti saya tetapi gemar membeli kereta yg mungkin hebat sedikit. Oleh itu, apabila harga minyak dinaikkan ataupun subsidi dipotong terus saya tidak akan begitu merasakan tamparannya atau termangu seperti orang lain.

    Mungkin buat masa ini PR hanya boleh bercakap dan memberi idea kerana belum lagi dalam keadaan dapat melaksanakan dasar-dasar di peringkat Federal. Tetapi 5 negeri sudah ada di tangan. Buktikan terlebih dahulu di negeri2 ini. Selangor sendiri belum satu pun melaksanakan janji manifestonya. Tetapi perkara yang tidak disebut dalam kempen sudah diluluskan awal2 lagi.

    Comment by Maslinah | June 10, 2008

  9. plss down the minyak priceee

    Comment by saru | June 10, 2008

  10. Rakyat perlu bangkit dan tumpaskan UMNO dan kerajaan BN yang zalim dan bersikap seperti BINATANG ini.
    Ingatlah wahai rakyat Malaysia, MELAYU khususnya, bangsa dan rakyat yang hanya menuruti dan membiarkan kezaliman dilakukan terhadap kita adalah bangsa yang dayus dan manusia dayus tidak akan mencium bau Syurga.

    Ayuh Bangsaku, adalah kewajipan kita untuk bangkit dan tentang kerajaan UMNO dan BN habis-habisan kerana kezaliman dan kerakusan mereka sendiri.

    Kita tidak perlu takut kepada ancaman pemimpin UMNO atau polis yang telah terbukti dijadikan seperti lembu dicucuk hidung oleh UMNO.
    INGATLAH BANGSA MELAYU:

    UMNO DAN BN MESTI DITENTANG.
    MEREKA BERSIKAP SEPERTI BINATANG.
    MEREKA ROMPAK YANG KITA TATANG.
    TINGGALKAN KITA KERING KONTANG.

    http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

    Comment by kerajaan.rakyat | June 10, 2008

  11. Askm YB
    skrg rata2 org berckp dan brcerita pasal kenaikan harga minyak.byk idea yg bernas dikemukakan didlm ini.saya ingin menarik perhatian kpd satu komen drpd sdri maslinah.Mungkin sdri adalah bujang atau mempunyai keluarga yang kecil.mungkin sdri mempunyai 1-2 org anak.cuba sdri bygkan sebuah keluarga yang besar terutamanya yang mempunyai anak 4-5 orang adakah kereta kancil selesa untuk dinaiki?
    sdri YB Fuziah,
    apakah peranan dan program PR dikuantan dlm menangani isu kenaikan harga minyak?adakah dgn YB brckp dpt menurunkan harga minyak?apakah perancangan yang PR telah dan akan aturkanbagi membantu keluarga miskin di kwsn YB sndiri.
    kita semua sedia maklum Yb pernah belajar di UK selama beberapa tahun dulu,menceritakan tentang negara orang tidak menjamin harga minyak akan diturunkan.
    cadangan saya YB berkerjalah untuk membantu golongan miskin agar nasib mereka semua terbela dan jgnlah menjadi hebat di gelanggang saja.
    sehingga ke hari ini saya tidak nampak pun ahli atau AJK bhg kuantan turun padang bagi membantu nasib golongan miskin.
    saya pernah lihat sdra hatta,alang dan karim mengambil pendapat dan sokongan drpd org ramai belum menjamin golongan miskin terbela.rangkalah satu program dan buktikan yang YB boleh membantu dan membela warga kuantan bukannya bercakap sahaja.

    Comment by akubdkphg | June 11, 2008

  12. Kalau macam nilah gayanya, rakyat malaysia akan bertambah bnyak paras kemiskinan. Pendapatan rendah, barang keperluan asasi mahal nak mampus.

    Comment by Hasrulnizam | June 11, 2008

  13. Salam
    Sdr akubdkphg,

    Sdr bercakap seolah-olah sdr tidak faham atau sengaja tidak mahu faham bahawa Kerajaan Pemerintah diMalaysia ialah BN dan Kerajaan Pemerintah di Pahang juga adalah BN. Maksud pemerintah ialah mereka diberi kuasa untuk menggunakan baget yang di peruntukkan Pusat dan Negeri disamping di beri kuasa melaksanakan apa-apa dasar yang di tentukan.

    Secara langsung Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak diberi kuasa untuk menentukan & melaksanakan Dasar, di Pusat mahupun Pahang.

    Walau pun demikian, buat masa ini, sebelum kita diberikan mandat memerintah, saya meletakkan tanggungjawab bagi diri saya untuk memastikan bahawa rakyat di Kuantan khususnya mendapat hak mereka melalui cara saya memberikan tekanan kepada pihak pemerintah.

    Saya telah cuba sedaya upaya di dalam ruang lingkup skop yang saya diberikan mandat. Setakat ini saya rasa pencapaian di Kuantan adalah amat-amat memberangsangkan. Contohnya walaupun saya tidak dapat melaksanakan dasar membasmi kemiskinan, saya telah memperjuangkan nasib mereka dengan cara meletakkan tekanan kepada pihak pemerintah supaya mereka mendapat hak mereka. Disatu ketika di Kuantan, ada banyak aduan tentang penerima bantuan JKM yang tidak menerima bantuan secara konsisten atau ‘skip payment’. Sekarang ini diatas usaha dan tekanan saya, JKM telah memastikan bahawa bayaran dibuat secara konsisten setiap bulan sebelum 5 hb setiap bulan. Malah YB Menteri sendiri yang membuat pengakuan didalam Parlimen apabila saya bertanya. Saya akan terus memberi tekanan dan memantau……..

    Hujung bulan ini kad laporan 100 hari saya akan saya keluarkan dan akan di paparkan disini untuk tatapan umum. Sementara itu, saya harap sdr dapat bersikap terbuka

    Terima Kasih
    Fuziah Salleh

    Comment by Fuziah Salleh | June 11, 2008

  14. Sdri Maslinah,
    Saya cuma memberikan 3 cadangan yang boleh dilaksanakan sekiranya kita memerintah. Setiap cadangan tentu sekali akan mengambil kira pandangan rakyat juga dan perlu perincian lebih lanjut.

    Dalam ‘tiered subsidy’, pihak pengendali stesyen minyak boleh dipertanggungjawabkan untuk meter tersebut. Disatu ketika apabila Kerajaan membuat keputusan untuk menggunakan kad credit untuk membayar di pam-pam minyak, ianya telah dapat dilaksanakan oleh pengendali stesyen minyak. Kita cuma perlu Modifikasikan sedikit card reader yang digunakan sekarang, untuk tujuan tiered subsidy ini. Seorang pakar IT juga telah memberi pandangan pakarnya kepada saya bahawa ianya tidak sukar dilakukan. Wallahua’lam.

    Comment by Fuziah Salleh | June 11, 2008

  15. Ya ALLAH engkau pendekkanlah umur dan berikanlah pembalasan yang setimpal terhadap pemimpin-peminpin kami yang zalim dan engkau berikanlah kepada kami kekuatan untuk mengharungi kehidupan yang penuh dengan dugaan dan rintangan bagi mendapatkan rezeki yang halal dan diberkati.

    Comment by turbosounds | June 12, 2008

  16. yb fuziah
    di harap yb teruskan perjuangan ,mmg banyak rintangan dan ujian dalam mengharungi liku2 perjuangan ini…mudah2ah allah SWT memberi ganjaran kepada yb dengan keikhlasan yb menegakan kan keadilan.

    2. Berkenaan hrga minyak ni, thailand yg bukan pengeluar minyak kadar harga nya rm3 lebih sahaja…bagaimanalah ye kalau msia ni tiada hasil minyak agak2 nya mau rm 10 seliter…punah ekonomi negara ditadbir olih umno/bn. mana pergi hasil sawit kita..mana pergi hasil2 lain yg melimpah ruah di malaysia ni….kita hanya perlu beri makan pada 27 juta rakyat shj..bukan 270 juta….memang aprak sungguh ye mereka ni…wassalam

    Comment by fauzi ibrahim | June 14, 2008

  17. YB Fuziah, lama tak nampak u di Petaling Jaya. Drop by for chat when you are in town from Parliament later this month. Kirim salam saya kpd suami. Pak Din di Pejabat DSAI.

    Comment by dinobeano | June 14, 2008

  18. Saudara akubdkphg, nak cakap tu memang senang. Nak bagi comment memang senang. Cuba buat tengok. Awak kata YB Kuantan tak ada inisiatif menolong orang miskin, awak tidur ke sebelum ni? Majlis Pelancaran Skim Takaful yang memberi 150 orang susah pada beberapa bulan yang lepas tu ada baca dalam surat khabar? saya salah seorang daripada mereka yang terlibat secara langsung dalam program ni. Kalau tak caya, sila jemput datang ke ofis di Jalan Beserah, keratan akhbar terpampang di dinding ofis, kalau nak saya bacakan pun boleh. Awak kata tak nampak ahli pkr kuantan turun padang tolong orang miskin, yerlah tu tak nampak. Nak nampak macam mana kalau awak tu duduk belakang monitor komputer aja. Cuba keluar rumah sikit. Kalau takleh nampak lagi kita buat kerja, sila telefon saya. 0169309535. Saya akan bawak awak sekali masa kita buat kerja tuh. ingat saudara nak hentam membuta tuli tu memang senang, apa pulak tindakan awak sendiri untuk tolong golongan susah?

    World Peace. Talk with no action is easy brother.

    Comment by Dennis AMK Kuantan | June 16, 2008

  19. Salam Pak Din,
    Saya sibuk ulang alik Kuantan – KL.
    Disamping berusaha sedaya upaya saya untuk mengimbangi secara terbaik segala tugas dan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Kuantan, Ketua Bahagian PKR Kuantan, Ketua Biro Latihan Pusat, Ajk Biro Politik Parti di Peringkat Nasional, Persiapan Perbahasan dan Kajian untuk sesi Parlimen, Isteri, Ibu kepada 6 orang anak, dan juga grandma kepada 3 orang cucu yang ketika ini kena ‘chicken pox’……………………..

    Kekadang saya rasa Superwoman pun mungkin akan rasa penat dalam keadaan begini🙂 Inikan pulak saya manusia biasa. Akan tetapi bukankah Allah telah menjanjikan bahawa yang akan di nilai ialah usaha seseorang itu? That keeps me going..!

    Walau apa pun, I hope kita jumpa nanti. Saya suka mendengar pandangan Pak Din yang ‘menyegarkan minda’

    Fuziah Salleh

    Comment by Fuziah Salleh | June 17, 2008

  20. Sdr Fauzi,
    Komen sdr memang menyuntik semangat..
    Biasa la, susah nak puaskan hati semua manusia……

    Kekadang ada juga saya terfikir mungkin ada usaha secara terancang untuk kacau blog-blog pemimpin oleh pihak-pihak tertentu!

    Allahua’lam
    W’Salam
    Kak Fuziah

    Comment by Fuziah Salleh | June 17, 2008

  21. Turbosounds,
    Saya belum pernah dengar Islam mengajar umatnya mendoakan manusia lain supaya dipendekkan umur. Adalah lebih baik kamu berdoa supaya diberi kekuatan untuk mengharungi mencari rezeki dan mengharungi dugaan hidup, ditunjukkan ke jalan yang benar, diberi hidayah agar tidak tersalah membela orang-orang atau pemimpin yang tidak benar atau zalim. Sesungguhnya, Rasulullah s.a.w. bersabda;

    Jangan kalian mencela penguasa kalian, jangan kalian menipu dan membencinya. Bertakwa dan bersabarlah kepada Allah, sesungguhnya perkaranya dekat. (Hadis Riwayat Baihaqi dalam Syu’abul Iman 6/69, Ibnu Abi Ashim dalam as-Sunnah 2/488, Tahqiq DR.Basim Jawabirah dan beliau menghasankannya)

    Pn Fuziah,
    Saya setuju dengan puan, memang susah nak puaskan hati manusia. Bila kita jadi pemimpin, memang sukar nak puaskan hati setiap rakyat. Lebih tunggi tahap pemimpin, maka lebih sukar untuk memuaskan hati setiap rakyat dan lebih besar juga jumlah manusia yang mungkin tidak suka atau tidak setuju dengan kita. Sudah lumrah manusia.

    Wallahualam.

    Comment by Maslinah | June 19, 2008

  22. assalamualaikum…
    saya tertarik untuk komen ttg pengangkutan awam d sebabkan oleh sumber yg mmg bleh d percayai.Saya ingin menggunakan ayat mudah…Baru2 ini MPK ada meminta peruntukan lebih kurang 20 juta untuk d gunakan bg menambahbaikan pengankutan awam d sekitar bandar kuantan, malangnya hanya peruntukan 8 juta d luluskan untuk membuat ‘bus stop’.jadi logik akal mereka terpaksa meneruskan juga projek ‘bus stop’.bayangkan….dengan ‘modal’ 8 juta, warga kuantan akan menikmati ‘bus stop’ baru dengan kekurangan bas….hehehe kelakarla pulak…sapa yg nak tunggu bas????kambing….lembu???

    Comment by x umno_jr | June 20, 2008

  23. x umno_jr
    Wassalam
    Sekirannya maklumat yang sdr berikan adalah benar, maka jelas ianya satu keputusan yang amat-amat tidak wajar. Bas Stand tanpa bas memang jelas salah prioriti dan merupakan pembaziran duit rakyat.

    Mungkin juga ianya hanya untuk memberi keuntungan kepada pihak kontraktor yang membina bas stand tersebut?

    Boleh sdr dapatkan maklumat lanjut? siapa agaknya kontrakotr yang diberikan projek ini?

    Saya hanya fikirkan rakyat dan bagaimana mereka akan berterusan mengalami kesusahan tanpa kemudahan pengangkutanm awam yang baik di Kuantan. Saya juga bayangkan berapa banyak rumah PPRT @rumah murah yang boleh dibina dengan duit 8 juta. Ini merupakan prioriti yang amat penting di Kuantan kerana terlalu banyak setinggan yang perlu dipindahkan.

    Setinggan di belakang Giant, tg lumpur, di tangjung api semuanya tidak boleh dipindahkan kerana rumah murah dkt tanjung lumpur, Kg Permatang Gaharu, semuanya tidak diluluskan CF. oleh itu tidak boleh masuk api & air, Sekali lagi kita bertanya apa dah jadik? Kenapa duit rakyat di bazirkan dengan beri projek kepada kontraktor yang tidak menepati spesifikasi sehingga CF pun tak boleh lulus?

    Yang Berkhidmat
    Fuziah Salleh

    Comment by Fuziah Salleh | June 20, 2008

  24. salam….
    Alhamduliallah,ada juga YB yangbmasih mahu mendengar keluhan rakyat.buat masa ni setahu saya pihak berwajib pasih lagi belum menentukan mana2 kontraktor.cuma peruntukan sebenarnya 20 juta(untuk pengangkutan awam yang lengkap-bas dan ‘bus stop’-)tidak dluluskan oleh kerajaan pusat tetapi hanya 8 juta diluluskan untuk membuat ‘bus stop’ kegunaan mungkin kambing dan lembu kerana kekurangan bas.pihak berwajib terpaksa meneruskan juga kerana peruntukan sudah ada walaupn tidak cukup.

    Berkenaan dengan mengurangkan masalah setinggan, pendapat saya sebagai orang awam…..kalaupn dapat dibuat contohnya 100 buah rumah setinggan,mungkin untuk yang benar2 layak hanya diberi kepada 35-40 buah keluarga dan selebihnya faham2lah sendiri.Perkara ini melibatkan nawaitu seseorang….pegawai,penolong pegawai,cc,kerani mahupun despatch…dalam kerajaan.Rabut sama hitam tapi hati lain2.Terlalu banyak penyelewengan….yang kadang2 amat menakutkan saya untuk generasi akan datang….

    Comment by x umno_jr | June 20, 2008

  25. salam…
    lupa untuk tambah….moga2 denga posting saya yang lepas akan membuka mata pihak berwajib untuk bertanggungjawab dan mencari mekanisme untuk menambahbaikkan sistem pengangkutan awam yang pada pendapat saya amat buruk.tiada syarikat ‘standard’ dengan pelbagai2 jenis syarikat ala2 ‘kampung’ untuk warga luar bandar contohnya bas dr tg lumpur, beserah, cerating ,sungai lembing dll…pendapat saya kalau mutu perkhidmatan, ketepatan,kekerapan dan terutamanya keselesaan menjadi keutamaan,warga kuantan yang dari tg lumpur untuk ke gebeng, warga beserah untuk ke bandar mahupn warga sg lembing untuk ke indera mahkota ti dak akan teragak2 untuk menggunakan perkhidmatan ini.Menggunakan bas sebagai alternatif untuk mengurangkan beban sara hidup berikutan kenaikan harga minyak tidak akan hanya digunakan oleh warga bawahan d supermarket, tetapi pertengahan ‘upper’ dan ‘lower’ warga kerajaan dan juga swasta.

    Comment by x umno_jr | June 20, 2008

  26. Salam sejahtera…

    Dalam membincangkan kenaikan harga minyak.. saya minta maaf krn masih kabur atas perkara asas iaitu.. minyak yang yang masuk kedalam tangki kereta kita itu sebenarnya dari negara mana..? siapa pengimport.. adakah masing2 petronas,shell dll yang mengimport ? import dari negara pengeluar minyak tapi negara mana..? Arab, iraq.. iran..atau Kuwait..? dibawa ke Malaysia dengan apa.. kapal ke.. kalau kapal pelabuhannya kat mana… disimpan di loji yang besar tapi di mana .. adakah minyak syell ,petronas, esso, mobil, caltex asalnya dari loji yang sama…atau loji masing2.. kenapakah lain stesyen lain pula warna.. masa bila pula ditambah warna…
    atau minyak dari bumi kita sendiri.. yg kualiti tinggi dijual.. termasuk LNG.. yg kualiti rendah tu lah yang dijual dalam negeri..

    Minta penjelasan sesiapa yang mengetahui perjalanan sebenar perkara ini perjelaskan..

    T kasih

    Comment by NakTAHU | July 10, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: