Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Kenyataan Media 4 Jun 2008

KAJIAN LALU LINTAS MPK JEJAS PERNIAGAAN

& KESESAKAN LALU LINTAS BERPUNCA DARI KEDUDUKAN PASAR RAYA BESAR DI TENGAH BANDAR

Kuantan, 4 Jun 2008: Pusat Khidmat KeADILan Kuantan menerima  terlalu banyak aduan berkenaan penutupan jalan yang dilaksanakan oleh MPK, walaupun hanya selepas dua hari MPK menjalankan kajian lalu lintas tersebut. Antara aduan paling ketara ialah dari kalangan peniaga yang mengadu bahawa perniagaan mereka telah terjejas sebanyak 50% disebabkan penutupan jalan tersebut. Aduan yang kedua banyak ialah dari kalangan orang ramai yang mengadu bahawa waktu mereka di perjalanan yang biasanya mengambil masa 5 minit sekarang bertambah kepada 30 minit, disebabkan oleh keadaan jalan ditutup. Kalangan pengadu juga mengunjurkan bahawa keadaan akan bertambah teruk apabila sesi sekolah bermula minggu depan.

MPK menjelaskan bahawa kajian ini akan mengambil masa 1 bulan. Menurut MPK kajian ini perlu disebabkan keadaan kesesakan lalu lintas yang semakin mendesak kebelakangan ini.

Saya ingin menegaskan bahawa MPK harus bersikap prihatin rakyat dan meletakkan kepentingan peniaga kecil dan keselesaan orang ramai sebagai keutamaan. Kualiti hidup orang ramai di Kuantan jangan sekali-kali dijadikan gadaian atas nama pembangunan.

Pada hemat saya, kesesakan lalu lintas di Kuantan di waktu puncak (peak hours) dan di hujung minggu adalah berpunca dari kedudukan banyaknya pasar-pasar raya besar yang berada di persekitaran tengah bandar.(ditambah dengan lagi satu pasaraya baru-baru ini). ‘Hypermarket‘ atau Pasar Raya Besar seharusnya ditempatkan di kawasan sisir bandar atau dekat dengan ‘bypass‘. Keadaan ini akan  memudahkan akses pembeli ke Pasar Raya tersebut serta di masa yang sama tidak menganggu gugat peniaga-peniaga kecil yang lain serta orang ramai yang berurusan di dalam bandar. Malah konsep hypermarket memang seharusnya di kawasan sisir bandar.

Sudah tiba masanya pihak MPK membuktikan bahawa ia mempunyai kredibiliti dan tulang belakang tanpa dikawal oleh tangan-tangan tersembunyi. MPK mesti membuat keputusan  yang terbaik untuk orang ramai dengan membuat pendirian tegas terhadap mengalihkan kewujudan Pasar Raya Besar di tengah bandar tanpa mengira bulu. Kepentingan orang-orang besar sekiranya ada, haruslah dapat ditangani dan diuruskan secara profesional.

Rakyat menantikan MPK untuk membuat keputusan berani ini demi kepentingan orang ramai. Cukuplah dengan cara pengurusan yang lama dan bermulalah untuk menyelesaikan masalah dari puncanya. address the problems at it’s roots‘!

Hjh Fuziah Salleh

Ahli Parlimen Kuantan

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan kenyataan media di atas, sila hubungi

Puan Rozaini binti Mohd Rosli, Koordinator Media, tel.: 019-8502757

email: rozainiebbm@yahoo com

June 4, 2008 - Posted by | Politics

7 Comments »

  1. Saya sendiri pun mengalami kesulitan berikutan penutupan jalan oleh MPK. Seharusnya MPK cuba mencari penyelesaian lain yang tidak membebankan orang ramai. Harap juga MPK meletakkan lampu pada halangan jalan yang ditutup supaya tidak menyukarkan orang ramai pada waktu malam.

    Comment by Hasrulnizam | June 4, 2008

  2. YB Hjh,
    I strongly agree with you on your article as above on the recent testing and closing of traffic lights junction along jln beserah, namely air putih junction and lim hoe lek junction. I personally had called up MPK, bahagian perancangan Jln raya to voice my complaint and also c.c. a copy of my email to your goodself.
    Many of the local residents in this part of kuantan are facing problem coming out from their home to go to town or office . This trial run by MPK should stop immediately as instead of helping to ease traffic flow(maybe for a minority group), it had inconvenienced and caused hardship to the majority.
    We have received feedbacks from our friends before that it is a blessing to stay in kuantan as there are no traffic jams but now, i think it is different.
    During peak time and holiday season , a bit of traffic jam in town is normal and tolerable, compared to bigger city like KL or Penang.
    As such, I hope YB Hjh would champion for our taxpayers’ rights to tackle this problem with the relevant party and not implement this change in order to avoid a rebellion later on.
    Thank you

    Melinda

    Comment by Melinda Chew | June 4, 2008

  3. We would not hesitat to bring this matter to the higher authorities or Minister if the local council or government do not heed our outcry and complaints.

    Comment by Melinda Chew | June 4, 2008

  4. Dear YB,
    this trial run of blocking the traffice flow in jalan beserah is ridiculous and we hope the local residents of kuantan are not treated like guinea pigs as the fancies of the local council and MB.
    this should stop to avoid this mass traffic jam which we have not seen before.
    pls help us to forward our complaints to mpk as they have mentioned that there were no complaints, what kind of lie is that as all the ppl i come across are shaking their heads and very angry.
    thank you

    yong

    Comment by TTH Yong | June 4, 2008

  5. Dear All,
    I emphatise with all of you. In fact I too had a taste of it, on the monday it started.
    I’ve also forwarded my statement to MPK.
    I’m giving them time to respond . If by the end of tomorrow they still continue with the exercise, we’re going to push for more drastic measures.

    In the meantime please be patient……..

    Comment by Fuziah Salleh | June 4, 2008

  6. Any disatisfaction or complaints. Please do contact our Pusat Khidmat or if you all can’t contact the office, do come directly to me. I have taken down complaints from Jalan Gambut. We received around 20 so far. Im more than glad and have plenty of time to write down complaints and snap some pictures. I will be going to semambu and air putih area soon to take down complaints from all of you. Hopefully those with disatisfaction can come forward in groups. We must voice our thoughts to these people! do contact me personally for any enquiries, 0169202222. Dennis

    Angkatanmudakeadilanktn.wordpress.com

    Comment by Angkatan Muda Keadilan | June 5, 2008

  7. Harap MPK faham kehendak penduduk Kuantan sendiri dalam hal ini. Janganlah buat sesuatu keputusan atau percubaan itu kerana syok sendiri, akhirnya orang ramai juga yang mengalami kesukaran.

    Comment by Hasrulnizam | June 5, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: