Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Terkini: Anwar akan keluar sebentar lagi dari Kedutaan Turki

Petang tadi Pejabat Ketua Pembangkang telah memohon secara rasmi bagi DSAI untuk bertemu PM.

Setelah diberi jaminan keselamatan oleh Menteri Dalam Negeri dan Menteri Luar, DSAI akan keluar sebentar lagi dari Kedutaan tersebut.

oleh Rozaini

June 30, 2008 Posted by | Politics | 10 Comments

Suara Masyarakat Sivil di Parlimen dalam solidariti

SELAMATKAN MALAYSIA – KEADILAN UNTUK ANWAR!

Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket Photobucket

June 30, 2008 Posted by | Politics | 1 Comment

Live dari Parlimen

Pakatan Rakyat walkout from Parlimen!

Membantah perlanggaran peraturan mesyuarat bahawa giliran sebenar berucap ialah Ketua Pembangkang, bukannya Yang Berhormat Pekan, TPM.

Photobucket Photobucket

Photobucket

Laporan oleh Rozaini

June 30, 2008 Posted by | Politics | 6 Comments

Live dari Parlimen

10.49am Baru sebentar tadi yang Berhormat Puchong telah digantung dari persidangan selama dua hari. Beliau telah dianggap menyatakan isu-isu yang tidak berkaitan dengan soalan yang dikemukakan. Yang Berhormat Puchong telah tidak bersetuju dengan anggapan tersebut.

Insiden di atas, boleh didapati secara verbatim di laman web Parlimen, di bawah “Penyata Rasmi 30 Jun 2008” nanti.

June 30, 2008 Posted by | Politics | Leave a comment

Live dari Kedutaan Turki di Kuala Lumpur 29 Jun 2008

5.33pm Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika ini berada di Kedutaan Turki di Kuala Lumpur bagi melindungi diri beliau. Seramai 500 orang sedang mengerumi di luar perkarangan Kedutaan tersebut.

Kira-kira 20 orang anggota polis sedang berligar di luar pagar Kedutaan bersama beberapa orang FRU.

Pihak media tempatan dan antarabangsa juga sedang membuat liputan mengenai situasi yang mendebarkan ini.

5.37pm Dato Seri Anwar Ibrahim akan terus berada di dalam Kawasan Kedutaan Turki. Rakyat akan bersurai sebentar lagi.

Esok satu hari yang baru, belum ada kepastian.

Dengan hati yang cukup berat bagi Rakyat melangkah pulang, mengalihkan pandangan dari Kedutaan Turki dengan iringan doa agar segalanya selamat dan pemimpin yang mereka kasihi berada dalam keadaan selamat jua.

Laporan oleh Leo

June 29, 2008 Posted by | Politics | 17 Comments

Kenyataan Media Anwar Ibrahim, 29 Jun 2008

KENYATAAN MEDIA

Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal pagi ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99. Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.

Rakan-rakanku rakyat Malaysia- kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian.

ANWAR IBRAHIM

*

The police report lodged against me earlier today is a complete fabrication. I believe we are witnessing a repeat of the methods used against me in 1998 when false allegations were made under duress. This is clearly a desperate attempt by the Barisan Nasional regime to arrest the movement of the Malaysian people towards freedom, democracy and justice.

The report has been organized by interested parties to attack me in retaliation for evidence I have recently obtained implicating IGP Musa Hassan and the AG Gani Patail in misconduct including fabrication of evidence in the cases launched against me in 1998-1999. This vile attack will not prevent me from releasing this dossier to the public.

I urge the Malaysian people to stand against the repressive forces that will be unleashed by the government in the coming days and weeks. We expect the media, the judiciary and the police force to all come under the direct and unchecked control of the executive.

My fellow Malaysians Рwe took a bold step forward on March 8th towards a new dawn for freedom and justice for all of our citizens. This people’s movement for change must go on with all of our strength and conviction.

ANWAR IBRAHIM
29 JUN 2008

June 29, 2008 Posted by | Politics | 1 Comment

PKR fears Anwar an assassination target

Malaysiakini.com
Jun 29, 08 3:13pm

PKR today said party de facto
MCPX
leader Anwar Ibrahim has received threats to his life and is currently holed up at the Turkish embassy in Kuala Lumpur.

wan azizah pc on anwar sodomy saiful bukhari azlan allegations 290608 03According to PKR deputy president Dr Syed Husin Ali, the latest move to implicate Anwar in a sodomy charge lodged by a former party volunteer signaled a more serious effort by certain quarters to silence him for good.

He said that Anwar has been targeted not just for political assassination but has also received credible threats to his life.

“We (in PKR), and I myself, have received information that this is part of an attempt not only to assassinate him politically, but if possible, to kill him physically,” Syed Husin told a packed press conference at the Quality Hotel in Shah Alam.

wan azizah pc on anwar sodomy saiful bukhari azlan allegations 290608 01Among those present at the press conference is Anwar’s wife, PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail.

And at a later press conference, party vice-president Azmin Ali revealed that Anwar was presently holed up in the Turkish embassy for the sake of his safety.

“He has been there since 6am. No one can visit him except for his wife and children,” said Azmin.

He said that Anwar would be at the embassy indefinitely.

Anwar’s promise to change government

Meanwhile, Syed Husin said that the party has taken all necessary steps to ensure that Anwar is safe.

He said that the assassination attempt on Anwar could also be as a result of the possible change of government as alluded by Anwar in recent months.

wan azizah pc on anwar sodomy saiful bukhari azlan allegations 290608 05The shocking announcement comes on the heels of a police report lodged yesterday against Anwar by an aide, 23-year old Mohd Saiful Bukhari Azlan, for sodomy that was allegedly committed at a luxury condomonium in Damansara.

Responding to this yesterday, Anwar said the accusation against him was the result of “interested parties” to attack him in retaliation for his possession of evidence that allegedly implicates two top government officers.

He said he had evidence that Inspector-General of Police Musa Hassan and Attorney-General Abdul Gani Patail were involved in misconduct, including fabrication of evidence in the cases launched against him after his sacking from the government in 1998.

[Full report to follow]

June 29, 2008 Posted by | Politics | Leave a comment

Aide alleges sodomy: Report lodged

MALAYSIAKINI reports:

A police report has been lodged against PKR MCPX de facto leader Anwar Ibrahim for allegedly sodomosing one of his aides – the second time that such an accusation had been made in over 10 years.

The report was lodged by the 23-year-old victim at the Jalan Travers police station at 6pm.

June 29, 2008 Posted by | Politics | 4 Comments

Kehadiran kereta polis cemaskan penyokong Anwar

Malaysiaini.com
Jun 29, 08 9:27am

Para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di di Hotel Quality Shah Alam ‘cemas seketika’ seketika pagi ini apabila dua buah kereta peronda polis muncul di depan pintu utama hotel tersebut kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

Begitu juga dengan para wartawan yang telah berkampung di hotel tersebut sejak semalam, terus bergegar merakamkan foto dua buah kereta peronda tersebut.

anwar police carBagaimanapun, keadaan tenang semula apabila kereta peronda tersebut beredar dari situ kira-kira semula 10 minit kemudiannya.

Sebelum itu, seorang pegawai PKR kelihatan bercakap dengan anggota polis tersebut.

Ketika ditemui Malaysiakini kemudiannya, beliau berkata, anggota polis berkenaan memberitahu ada pihak yang menghubungi polis mengatakan ramai orang berkumpul di hotel tersebut.

Jadi mereka datang untuk menyiasat. Selepas dimaklumkan bahawa PKR mengadakan seminar sejak semalam, maka mereka beredar dari situ.

Sejak semalam, timbul desas-desus yang menyatakan bahawa ketua umum PKR itu akan ditahan ekoran satu laporan polis yang dibuat terhadapnya semalam.

Laporan tersebut dibuat oleh pembantu khas Anwar – Saiful Bukhari Azlan – yang mendakwa dia telah diliwat oleh bekas timbalan perdana menteri tersebut.

PKR mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu khas Anwar semalam dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Parti itu menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.

Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan dalam laporan tersebut dan mendakwanya ianya merupakan satu rekaan semata-mata.

Sebaliknya, beliau berkata, laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk “menyerangnya” sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salahlaku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999.

Anwar dijangka membuat laporan polis berhubung bukti-bukti yang diperolehinya itu hari ini.

Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan perkara itu tetapi tidak diketahui bila dan di mana laporan itu akan dibuat.

Bercakap kepada pemberita pagi tadi, Wan Azizah berkata, Saiful merupakan seorang sukarelawan yang tampil membantu PKR, sewaktu pilihanraya umum.

Ekoran itu, katanya, mereka tidak membuat sebarang semakan latarbelakang Saiful.

Mengenai laporan tersebut, beliau berkata, ia bertujuan untuk mencemarkan masa depan politik Anwar.

Menurut Wan Azizah perkara yang sama berlaku sepertimana 10 tahun yang dulu.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa dan dituduh terbabit dalam perbuatan liwat.

Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman liwat dan membebaskan Anwar.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.

June 29, 2008 Posted by | Politics | 1 Comment

Anwar dakwa laporan polis satu tindak balas

Malaysiakini.com
Jun 29, 08 2:19am

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan polis yang dibuat terhadapnya yang mendakwa beliau telah meliwat seorang kakitanganya, adalah satu rekaan semata-mata.

Dalam satu kenyataannya awal pagi ini, Anwar percayai ia adalah ulangan daripada apa yang berlaku pada 1998 di mana dakwaan yang sama dilemparkan terhadapnya secara paksaan.

Anwar Quality Hotel 270608 press conference :
Katanya, ia jelas merupakan satu percubaan terdesak regim Barisan Nasional (BN) untuk menyekat pergerakan rakyat Malayaia ke arah kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat.

PKR telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu Anwar, Saiful Bukhari Azlan petang semalam dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Ia menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.

Menurut kenyataan itu lagi, Anwar berkata laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk “menyerangnya” sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salahlaku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999.

Bagaimanapun, tegas Anwar, perbuatan tersebut tidak akan menghalang beliau daripada mendedahkan perkara itu kepada orang ramai.

Tegakkan keadilan

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat Malaysia menentang kuasa tekanan dari pihak kerajaan dalam tempoh beberapa hari dan minggu-minggu yang akan datang.

Anwar berkata, pihaknya menjangka pihak media, badan kehakiman dan pasukan polis akan dikawal oleh pihak eksekutif.

anwar quality hotel 270608 crowdSebagai susulan kepada pilihanraya umum 8 Mac lalu, Anwar menegaskan bahawa rakyat mesti meningkatkan kekuatan dan kesungguhan ke arah mencapai kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat.

Sementara itu, semakin ramai penyokong Anwar kini berkumpul di Hotel Quality Shah Alam awal pagi ini ekoran satu laporan polis oleh seorang kakitangannya yang mendakwa dilihat oleh Ketua Umum PKR itu.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa atau terbabit dalam perbuatan liwat.

Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman tersebut dan membebaskan Anwar.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.

June 29, 2008 Posted by | Politics | Leave a comment