Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Suatu post mortem ringkas

Pada 25 Mei lalu, saya telah bertemu pengunjung Pasar Pagi Kg Jawa. Ada satu perkara menarik yang saya dapat lihat sebaik sahaja saya sampai disitu, iaitu tapak pasar tersebut telah diturap semula. Terima Kasih kepada MPK kerana telah bertindak dengan segera. Aduan bahawa tapak tersebut berlubang, tidak rata dan berlopak-lopak dengan air yang menyusahkan para peniaga, merupakan aduan yang terlalu kerap saya dengari sebelum ini dan juga sewaktu berkempen.
Photobucket

Photobucket
Maka aduan ini merupakan antara yang paling awal saya ajukan kepada pihak MPK selepas saya memenangi kerusi Parlimen Kuantan. Saya terus mengajukan untuk MPK ambil tindakan berkenaaan hal ini.

Namun, apabila saya berjalan mengelillingi tapak pasar, saya berjumpa dengan peniaga di tapak bernombor 39, 40, 41 dan 42 yang mengadu bahawa kualiti turapan tidak bagus ataupun tidak rata yang menyebabkan air terus bertakung disitu apabila hujan lebat. Mereka memberitahu bahawa mereka telah melaporkan perkara itu kepada ADUN Teruntum, namun, masih belum ada apa-apa tindakan.
Photobucket Photobucket
Nampak gayanya, kena juga saya masuk campur sekali lagi… Alangkah baiknya pihak yang berkhidmat kepada rakyat melakukan tugas dan kewajiban secara dedikasi dan tidak setakat melepas batuk ditangga!

May 28, 2008 - Posted by | Politics

1 Comment »

  1. Tahniah YB,

    Namun beberapa berkara yang ingin saya bangkitkan secara peribadi berkenaan MPK…

    1) Saya tidak pasti sama MPK masih lagi menjadi panduan kepada PBT yang lain atau pun tidak lagi.

    2) Dahulu, kira-kira 10-15 tahun yang lalu Kuantan amat terkenal dengan kebersihan dan kecantikan bandarnya serta pengurusan yang cekap. Namun kini adakah Kuantan masih lagi mengekalkan status tersebut.

    3) Pandangan saya, pembangunan di Kuantan perlu seimbang tidak hanya kepada menaiktarafkan infrastruktur semata-mata tetapi aspek kebersihan serta kerohanian perlu juga dititikberatkan. Walaupun saya tidak tinggal di Kuantan, namun saya mengikuti program-program di bandar ini.

    4) Kuantan sebenarnya sudah layak untuk digelar Bandaraya. tetapi mengapa masih mengekalkan status perbandaran?

    Apa-apa pun saya berterima kasih kepada YB kerana sentiasa menceritakan perkembangan terkini kepada rakyat.
    Teruskan khidmat YB..

    Comment by izzo | May 28, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: