Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Kenyataan Media: Respon kepada “Mayat Bayi Terapung di Kuantan”

28 Mei 2008

Berita pertemuan mayat bayi terapung berdekatan jeti Padang Lalang amat menganggu ketenteraman fikiran saya. Tentu sekali ada cerita yang menggugat perasan dan mencabar rasional pemikiran manusia biasa disebalik kisah pembuangan bayi itu ke laut. Tambahan pula memandangkan ada kemungkinan bahawa bayi itu sudahpun mati sebelum dibuang, turut menganggu perasaan saya.

Saya menyeru kepada seluruh rakyat Kuantan untuk bekerjasama dan tampil ke hadapan di dalam memberikan maklumat yang dapat membantu di dalam siasatan berkenaan kes ini. Namun, saya pohon rakyat Kuantan supaya tidak terlalu cepat menghukum. Sekiranya ibu kepada bayi malang ini ditemui, perkara utama yang diperlukan oleh beliau ialah bantuan dan pertolongan profesional. Tentunya ibu kepada bayi ini berada di dalam kecelaruan pemikiran perasaan dan tekanan jiwa yang amat sangat. Tiada ibu yang di dalam pemikiran waras yang sanggup berbuat sesuatu yang menyakiti bayinya walaupun dengan membiarkan gigitan nyamuk. Saya cukup empati dan simpati kepada wanita tersebut.

Saya berharap pihak polis diberi kerjasama oleh semua pihak yang mewakili penduduk dan masyarakat Kuantan supaya mereka dapat menjalankan tugas mereka sebaik mungkin dan kekal di tahap profesionalisme yang tinggi di dalam menyelesaikan kes ini. Saya juga menggesa suapaya semua pihak mewakili ‘civil societies’ di Kuantan dapat memberikan fokus dan kerjasama di dalam usaha-usaha mencegah peristiwa seperti ini dari berlaku di masa yang akan datang. Satu insiden sebegini sudah cukup mencemar keharmonian dan kualiti hidup rakyat Kuantan.

Hjh Fuziah Salleh

Ahli Parlimen Kuantan

————————————————————————————-

Photobucket

Sinar Pahang 26 Mei 2008

——————————————————————–

Mayat bayi ditemui terapung

KUANTAN 26 Mei – Mayat bayi lelaki yang masih mempunyai tali pusat ditemui terapung berhampiran jeti Padang Lalang, Tanjung Lumpur dekat sini, pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Kamarudin Kutik berkata, bayi itu ditemui empat nelayan yang ketika itu berada di jeti tersebut kira-kira pukul 11.30 pagi.

Menurutnya, sepasukan polis yang tiba 10 minit kemudian segera membawa mayat bayi malang itu ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Katanya, siasatan awal mendapati terdapat kesan-kesan lebam pada badan dan bayi itu dipercayai telah mati sebelum dibuang ke laut dalam tempoh 24 jam lalu.

”Polis sedang mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab melalui maklumat daripada klinik-klinik di daerah ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kamaruddin menambah, sukar untuk menentukan dari mana mayat bayi itu dihanyutkan kerana ia ditemui dalam keadaan air laut pasang.

”Mungkin ia dihanyutkan dari tempat ditemui atau dibawa dari hulu ke kuala kerana semalam air surut,” jelasnya.

Sementara itu, seorang daripada nelayan itu, Shahrul Azizi, 27, berkata, pada mulanya, dia bersama tiga lagi rakannya menyangkakan objek yang terapung berhampiran jeti itu adalah patung.

Namun katanya, setelah dilihat dari dekat baru disedari ia adalah mayat bayi lelaki yang masih memiliki tali pusat.

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0527&pub=utusan_malaysia&sec=jenayah&pg=je_02.htm&arc=hive

Photobucket

Sinar Pahang 26 Mei 2008

May 28, 2008 - Posted by | Politics

1 Comment »

  1. Tolong sedarkan masyarakat Kuantan, khasnya kaum Melayu-Islam supaya cari dan tutup terus tempat persundalan yang banyak disekitar bandar Kuantan.

    Terbukti sudah adanya flat-flat yang bercampur baur jantan-betina, kononnya tidur dibilik masing-masing. Bila perkara sebegini tidak mampu hendak ditangani, natijahnya seperi buang bayi ini lah…

    YB, saya percaya anda mampu memulakan langkah pertama. Disarankan seperti sebarkan risalah kepada masjid-masjid. Demi kebaikan semua, PKR & PAS harus diajak berganding bahu. Apakah komen YB?

    Comment by khalid al-walid | June 9, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: