Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Kenyataan Media: Respon kepada “Mayat Bayi Terapung di Kuantan”

28 Mei 2008

Berita pertemuan mayat bayi terapung berdekatan jeti Padang Lalang amat menganggu ketenteraman fikiran saya. Tentu sekali ada cerita yang menggugat perasan dan mencabar rasional pemikiran manusia biasa disebalik kisah pembuangan bayi itu ke laut. Tambahan pula memandangkan ada kemungkinan bahawa bayi itu sudahpun mati sebelum dibuang, turut menganggu perasaan saya.

Saya menyeru kepada seluruh rakyat Kuantan untuk bekerjasama dan tampil ke hadapan di dalam memberikan maklumat yang dapat membantu di dalam siasatan berkenaan kes ini. Namun, saya pohon rakyat Kuantan supaya tidak terlalu cepat menghukum. Sekiranya ibu kepada bayi malang ini ditemui, perkara utama yang diperlukan oleh beliau ialah bantuan dan pertolongan profesional. Tentunya ibu kepada bayi ini berada di dalam kecelaruan pemikiran perasaan dan tekanan jiwa yang amat sangat. Tiada ibu yang di dalam pemikiran waras yang sanggup berbuat sesuatu yang menyakiti bayinya walaupun dengan membiarkan gigitan nyamuk. Saya cukup empati dan simpati kepada wanita tersebut.

Saya berharap pihak polis diberi kerjasama oleh semua pihak yang mewakili penduduk dan masyarakat Kuantan supaya mereka dapat menjalankan tugas mereka sebaik mungkin dan kekal di tahap profesionalisme yang tinggi di dalam menyelesaikan kes ini. Saya juga menggesa suapaya semua pihak mewakili ‘civil societies’ di Kuantan dapat memberikan fokus dan kerjasama di dalam usaha-usaha mencegah peristiwa seperti ini dari berlaku di masa yang akan datang. Satu insiden sebegini sudah cukup mencemar keharmonian dan kualiti hidup rakyat Kuantan.

Hjh Fuziah Salleh

Ahli Parlimen Kuantan

————————————————————————————-

Photobucket

Sinar Pahang 26 Mei 2008

——————————————————————–

Mayat bayi ditemui terapung

KUANTAN 26 Mei – Mayat bayi lelaki yang masih mempunyai tali pusat ditemui terapung berhampiran jeti Padang Lalang, Tanjung Lumpur dekat sini, pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Kamarudin Kutik berkata, bayi itu ditemui empat nelayan yang ketika itu berada di jeti tersebut kira-kira pukul 11.30 pagi.

Menurutnya, sepasukan polis yang tiba 10 minit kemudian segera membawa mayat bayi malang itu ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Katanya, siasatan awal mendapati terdapat kesan-kesan lebam pada badan dan bayi itu dipercayai telah mati sebelum dibuang ke laut dalam tempoh 24 jam lalu.

”Polis sedang mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab melalui maklumat daripada klinik-klinik di daerah ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kamaruddin menambah, sukar untuk menentukan dari mana mayat bayi itu dihanyutkan kerana ia ditemui dalam keadaan air laut pasang.

”Mungkin ia dihanyutkan dari tempat ditemui atau dibawa dari hulu ke kuala kerana semalam air surut,” jelasnya.

Sementara itu, seorang daripada nelayan itu, Shahrul Azizi, 27, berkata, pada mulanya, dia bersama tiga lagi rakannya menyangkakan objek yang terapung berhampiran jeti itu adalah patung.

Namun katanya, setelah dilihat dari dekat baru disedari ia adalah mayat bayi lelaki yang masih memiliki tali pusat.

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0527&pub=utusan_malaysia&sec=jenayah&pg=je_02.htm&arc=hive

Photobucket

Sinar Pahang 26 Mei 2008

May 28, 2008 Posted by | Politics | 1 Comment

LIVE:Belah Bahagian sekarang

Kiraan undi bagi perbelanjaan RM16.810 bilion akan berlngsung sebentar lagi. 11.48am

Ini merupakan perbelanjaan terbesar di antara permintaan dalam Akta Perbekalan Tambahan (2007) 2008.

Usul Belah Bahagian diminta oleh Pakatan Rakyat.

BN telah serta-merta mengerah semua Ahli Parlimen masuk untuk mengundi.11.53am

Sebelum usul oleh Pakatan Rakyat ini, ramai Ahli-Ahli Parlimen BN “melepak” di luar Dewan.11.55am

Sekarang ada usul dari YB Ipoh Timur agar sesiapa yg mempunyai kepentingan kewangan dalam RM16.810 bilion tidak boleh mengundi. 11.56am tetapi telah ditolak oleh Pengerusi. Ah, YB Pekan baru saja masuk Dewan.11.57am Pengerusi telah tutup pengundian.

Ada undi hantu juga dalam Parlimen?11.59am

12.02pm keputusan: 92 setuju dgn belanjwan. 60 tidak bersetuju. 1 tak mengundi. Dgn ini permohonan kewangan tersebut diluluskan.

laporan oleh Rozaini Mohd Rosli

May 28, 2008 Posted by | Politics | Leave a comment

Suatu post mortem ringkas

Pada 25 Mei lalu, saya telah bertemu pengunjung Pasar Pagi Kg Jawa. Ada satu perkara menarik yang saya dapat lihat sebaik sahaja saya sampai disitu, iaitu tapak pasar tersebut telah diturap semula. Terima Kasih kepada MPK kerana telah bertindak dengan segera. Aduan bahawa tapak tersebut berlubang, tidak rata dan berlopak-lopak dengan air yang menyusahkan para peniaga, merupakan aduan yang terlalu kerap saya dengari sebelum ini dan juga sewaktu berkempen.
Photobucket

Photobucket
Maka aduan ini merupakan antara yang paling awal saya ajukan kepada pihak MPK selepas saya memenangi kerusi Parlimen Kuantan. Saya terus mengajukan untuk MPK ambil tindakan berkenaaan hal ini.

Namun, apabila saya berjalan mengelillingi tapak pasar, saya berjumpa dengan peniaga di tapak bernombor 39, 40, 41 dan 42 yang mengadu bahawa kualiti turapan tidak bagus ataupun tidak rata yang menyebabkan air terus bertakung disitu apabila hujan lebat. Mereka memberitahu bahawa mereka telah melaporkan perkara itu kepada ADUN Teruntum, namun, masih belum ada apa-apa tindakan.
Photobucket Photobucket
Nampak gayanya, kena juga saya masuk campur sekali lagi… Alangkah baiknya pihak yang berkhidmat kepada rakyat melakukan tugas dan kewajiban secara dedikasi dan tidak setakat melepas batuk ditangga!

May 28, 2008 Posted by | Politics | 1 Comment