Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

KENYATAAN MEDIA: DOLAK DALIK ISU DAKWAT KEKAL

PERDANA MENTERI DAN PENGERUSI SPR WAJIB BERTANGGUNGJAWAB

Parlimen, 27 Mei 2008:

Perdana Menteri telah menjawab soalan lisan saya secara bertulis berkenaan apakah yang akan dilakukan kepada dakwat hitam yang telah dibeli untuk kegunaan pilihanraya umum ke-12.

Jawapan beliau adalah seperti berikut (sila lihat lampiran):

Tuan Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dakwat kekal yang dibeli oleh SPR masih disimpan di stor SPR. Pada masa ini, ada dua pihak yang berminat untuk membeli dakwat kekal tersebut. Perbincangan sedang dijalankan oleh Urus Setia SPR dan SPR menjangkakan Kerajaan tidak akan mengalami kerugian mengenai perkara ini.

Jawapan yang diberikan merupakan jawapan yang terlalu dangkal bagi seorang Perdana Menteri. Ianya mempamerkan sikap yang terlalu ambil mudah terhadap permasalahan negara dan pembaziran wang rakyat.

Di saat ini, Dewan Rakyat sedang berbahas mengenai perbekalan tambahan bernilai lebih RM17.5 bilion yang dipohon oleh kerajaan. Ia boleh diisyaratkan sebagai pengurusan kewangan yang kurang berhemah apabila sebahagian besarnya digunakan untuk kos operasi pentadbiran kerajaan. Di kala ramai rakyat memerlukan setiap sen untuk meneruskan kehidupan mereka, kerajaan tanpa segan silu membelanjakan wang tanpa perkiraan yang wajar seperti yang berlaku dalam insiden SPR membatalkan pengunaan dakwat kekal dalam pilihanraya ke-12. SPR menggunakan alasan akan berlaku kacau bilau menurut bukti yang diterima dari pihak polis yang kemudiannya disangkal pula oleh Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar dalam Parlimen tiga minggu lalu sebagai khabar angin sahaja. Jelas kelihatan wujudnya unsur kepentingan politik dalam episod berkaitan dakwat kekal ini dengan pembaziran wang rakyat yang ketara.

Saya dimaklumkan bahawa dakwat kekal mempunyai jangka hayat sehingga enam bulan dan jika ianya telah dibeli dua bulan sebelum pilihanraya, (makluman umum ialah dakwat dibeli pada bulan Januari), maka implikasinya ialah hanya tinggal sebulan lagi sebelum tarikh lupusnya.

Sekiranya Perdana Menteri mengatakan ada yang berminat menjadi pembeli, maka disini, Kerajaan dituntut bersikap telus dalam transaksi pembeliannya. Pembuktian kewujudannya (physical evidence) perlu dikemukakan kepada audit yang bertanggungjawab. Begitu juga nanti ketika proses penjualannya, perlu juga telus dan rakyat dibenarkan melihat segala bukti dan dokumen penjualan.

Kerajaan Malaysia menerusi SPR telah boros, membazirkan wang rakyat dan berlaku tidak bertanggungjawab apabila telah membeli 48000 botol dakwat kekal dari India dengan membelanjakan sejumlah wang RM2.4 juta tanpa niat yang serius untuk menggunakannya dalam Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu.

Kerajaan Umno-BN yang dipimpin oleh Perdana Menteri diperingatkan untuk bertanggungjawab sepenuhnya tanpa berdolak dalik menegnai insiden dakwat kekal ini. Kerajaan juga dituntut untuk bersikap telus dan berintegriti.

SPR pula telah diperalatkan oleh pihak BN dan terbukti tidak bebas. Pengerusi SPR juga telah besekongkol dengan BN untuk mengelabu mata rakyat dengan lakonan membeli dakwat kekal yang kemudiannya tidak digunakan. Saya menggesa Pengerusi SPR meletakkan jawatannya dengan serta-merta demi kepentingan rakyat.

Hajah Fuziah Salleh

Ahli Parliamen Kuantan

Ketua Bahagian KeADILan Kuantan

27 Mei 2008

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan kenyataan media di atas, sila hubungi

Puan Rozaini binti Mohd Rosli, 019-8502757 email: rozainiebbm@yahoo com

Photobucket Photobucket

May 27, 2008 - Posted by | Politics

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: