Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Kenyataan Media: Adnan Yaakob perdaya Melayu Pahang

Kenyataan Media

20 Mei 2008

Saya menyokong penuh kenyataan oleh Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Saudara Shamsul Iskandar bin Mohd Akin, pada 17 Mei 2008, mengenai pembabitan Menteri Besar Pahang, Adnan bin Yaakob dalam skandal penjualan tanah-tanah Melayu di Ulit, Maran, Pahang.

Surat dari Umno Bahagian Paya Besar kepada Presiden Umno, Abdullah bin Ahmad Badawi yang bertarikh 5hb Mei 2008, rekod Jabatan Tanah mengenai pemilikan tanah-tanah yang terbabit dan rekod dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa Adnan Yaakob telah menyalah gunakan kuasanya sebagai seorang Menteri Besar dengan menggadaikan hak-hak orang Melayu dalam pemilikan tanah di Pahang. Menurut surat kepada Presiden Umno itu, tanah seluas 30000 ekar telah dijual kepada dua syarikat milik kaum tionghua bernilai RM600 juta.

Adnan Yaakob telah memperdayakan rakyat Melayu Pahang. Transaksi yang tidak bertanggungjawab seumpama ini disaluti risiko yang tinggi dalam menimbulkan suasana syak wasngka di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini secara berterusan.

Di kala sebahagian rakyat Pahang sedang menghadapi pelbagai kesusahan dan tanpa memiliki keperluan asas seperti tanah dan perumahan, gelagat rakus dan gelojoh Menteri Besar Pahang ini, menjadikan rakyat, khususnya orang Melayu, berasa tidak dilindungi, dan tidak berasa selamat di bawah pemerintahan kerajaan Umno-BN Pahang yang diterajui oleh Adnan Yaakob.

Seruan rakyat agar Adnan Yaakob, yang juga menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang, disiasat dan diambil tindakan disiplin amatlah menepati gesaan dihapuskan gejala salahguna kuasa, penyelewengan atau rasuah dalam amalan pentadbiran urusan rakyat jelata.

Fuziah Salleh

Ahli Parlimen Kuantan

Ketua Bahagian KeADILan Kuantan

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kenyataan media di atas, sila hubungi:

Pn Rozaini binti Mohd Rosli, 019-8502757, rozainiebbm@yahoo.com

May 21, 2008 - Posted by | Politics

10 Comments »

  1. Saya menyokong penuh perkara ini disiasat oleh pihak Polis atau BPR sekiranya ia benar-benar berlaku. Harap YB dapat bertindak mengikut prosedur sewajarnya

    Comment by izzo | May 21, 2008

  2. Laporan polis sudah pun di buat oleh Ketua AMK Malaysia, Sdr Shamsul Iskandar di Kuantan pada hari Sabtu 17 Mei 2008. Saya juga telah meneliti bukti-bukti hitam putih, sebelum saya cukup yakin untuk membuat kenyataan tersebut
    Maka saya menggesa pihak Polis melaksanakan tugas secara profesional ‘without fear or favour’

    Comment by Fuziah Salleh | May 21, 2008

  3. Itu yg didedahkan.. bagaimana pula di tempat2 lain…

    Comment by ito | May 21, 2008

  4. Puan Fuziah,
    Adakah penasihat PKR tidak pernah melakukan korupsi semasa dia berkuasa dana sejauh mana keyakinan puan terhadapnya? Dan sejauh mana kepercayaan puan bahawa dia tidak akan melakukan korupsi jika dia berjaya mendapatkan kuasa kelak?

    Comment by Maslinah | May 22, 2008

  5. Maslinah,

    Banyak sangat `jika’. Sebab tu melayu tak maju. Buah jika dengan buah kalau banyak sangat ditanam. Kalau DSAI korup, PROVE IT… Jangan banyak sangat jika. Wake up…… Tahun 2008 ni. Bukan zaman Hang Tuah melayu oii… Ikut bodoh je…. Korek lagi PKR… Keep it up…. Well Done….

    Comment by matador | May 22, 2008

  6. Isu yang wajar diketengahkan dari laporan di atas adalah adakah fungsi keadilan Mahkamah dan Kehakiman menepati tujuan kewujudan Perlembagaan yang menguatkuasakan undang-undang ke atas setiap negara dan adakah pengadilan akan benar-benar bebas untuk tidak dipengaruhi oleh kepentingan politik.

    Sekiranya bukti lengkap dan tuntutan tanggungjawab amanah petugas dari pihak Polis BPR dan Mahkamah dilaksanakan demi Kepercayaan kepada Tuhan, biar siapa pun pesalahnya pasti tidak wajar diabaikan begitu sahaja.
    Kita memerlukan marhaen dan penguasa meletakkan hak dan kewajiban di tempat utama dan YB-YB PR berkebolehan untuk menyedarkan marhaen makna dan perbezaan di antara undang-undang awam dan persendirian kerana hal ehwal di dalam negeri adalah tanggungjawab bersama untuk diketahui proses perlaksanaan dan bagaimana ia memelihara dan meningkatkan taraf hidup warga miskin yang tidak memiliki harta selain pemilikan tanah dan sekiranya mereka kehilangan harta ini bagaimanakah bentuk pampasan dan ganti rugi diberikan kepada mereka.
    Sayugia ia tidak dipandang remeh jika mahukan negara maju lalu warganya juga wajar turut maju menghadami hak-hak yang menjadi milik mereka untuk dipertahankan dan dibela.

    Comment by thanaif | May 23, 2008

  7. UMNO. DEB dan Melayu.

    Orang Melayu sepatutnya berbangga dan berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional dan UMNO kerana DEB bukan hanya memberanakkan jutawan dan hartawan Melayu tetapi DEB dengan jayanya telah meneran sehingga terberanak Celakawan Melayu.

    Datuk Nazir Tun Razak mendapatkan tempat ke-40 sebagai antara individu terkaya Malaysia dalam senarai 40 senarai terkaya Forbes Asia dengan nilai bersih AS$100 juta.

    Nazir adalah adik kepada Datuk Seri Najib yang pada pandangan ramai terkait dengan kes pembunuhan seorang wanita rakyat Mongolia.

    Kawan-kawan akrab Tun Mahathir bekas presiden UMNO, Tan Sri Robert Kuok, Lim Goh Tong, Ananda Krishnan, Tan Sri Vincent Tan adalah antara manusia terkaya yang turut tersenarai sejak bertahun lamanya.

    Forbes Asia mungkin terlepas pandang untuk menyenaraikan Shah dan Hidan, De dan Ris, Lil anak Kob yang juga termasuk dalam senarai jutawan, hartawan dan celakawan Melayu.

    Seorang lagi anak entah hantu mana ni yang siap ada kilang buat duit sepatutnya berada dalam senarai Celakawan Melayu di tangga teratas.

    Forbes Asia juga tidak perasan jembalang yang juga Celakawan Melayu campuran ini juga jutawan walaupun dari hasil rompakan.

    http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

    Comment by kerajaan rakyat | May 23, 2008

  8. matador,
    sebab ini tahun 2008 lah saya dengan terbukanya bertanya kepada Puan Fuziah adakah Anwar tidak pernah semasa beliau ditampuk kuasa? Jika pernah, cakap saja pernah. Jika tidak saja cakap tidak pernah. Dan oleh kerana Anwar adalah penasihat dimana parti puan bernaung, saya ingin bertanya sejauh mana kepercayaan/keyakinan puan fuziah terhadapnya. Dapat faham tak saudara matador? Tak faham takpe, lagipun saya tanya puan Fuziah.

    matador, anda terlalu risau dengan perkataan ‘jika’ saya. Saya terpanggil untuk menyuarakan ini kerana ketika Anwar didalam BN, begitu banyak dakwaan dan tuduhan bahawa Anwar korup oleh PAS dan DAP dimana pada ketika itu Anwar merupakan masih Timbalan Perdana Menteri. Jika anda tidak yakin boleh pergi dapatkan di laporan persidangan Parlimen pada ketika itu di ‘hansard’.Tetapi pada hari Anwar sendiri boleh berbaik-baik dengan pihak yang mengaikan beliau dengan pelbagai kes korupsi?

    Saya juga ingin dapatkah beliau menjawab berikutan pengakuan oleh Datuk Abdul Murad bin Khalid yang mendedahkan aktiviti beliau. Sila baca pengakuan rasmi tersebut DISINI

    Dan bagaimanapula penglibatan beliau dengan Arus Murni Sdn. Bhd. Adakah beliau ada menyatakannya kepada PKR sendiri?

    Comment by Mas | May 24, 2008

  9. Sdr Maslinah,
    Saya dulu dari kalangan Islamik NGO-sumbangan saya dalam membangunkan masyarakat ialah melalui wadah NGO, sebagai ‘Partners in Nation Building’. Saya hanya mahukan mewariskan masa depan negara yang terbaik untuk anak-anak dan cucu-cucu saya, dan saya akan lakukan yang terbaik semampu saya

    Kemudian saya beralih pula dengan melibatkan diri saya didalam politik, semata-mata diatas keyakinan bahawa untuk membawa perubahan yang benar-benar konkrit dalam negara ini, mestilah melalui cara berada didalam barisan hadapan proses demokrasi, iaitu melalui wadah politik. Dimasa yang sama saya juga bertekad dan komited dalam memastikan bahawa wadah politik yang saya terlibat dapat membawa saya kearah kejayaan di dunia dan akhirat. Sekiranya tidak, saya khuatir bahawa saya akan mensia-siakan masa hidup saya.

    Tentang Anwar Ibrahim, tidak perlulah saya menjadi tukang guarantee tingkah laku sesorang dimasa hadapan. Juga saya rasa tidak wajar menghukum seseorang diatas sejarahnya. Saya hanya mahu mencapai yang maaruf dan caranya mestilah juga maaruf.

    Cukuplah sekiranya saya katakan bahawa I’m still here due to a conviction bahawa kita boleh membawa perubahan keatas negara yang tercinta melalui wadah ini dan juga melalui meletakkan kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim sebagai orang yang akan memimpin perubahan tersebut. This is our best bet for now, memandangkan keadaan dalam negara kini.

    In the meantime, kita doakan segala usaha kita di berkati Allah dan semoga kita diberi petunjuk dan hidayah didalam setiap tindak tanduk kita. Saya juga sentiasa berdoa semoga Allah redha……..

    Comment by Fuziah Salleh | May 26, 2008

  10. Assalamualaikum YB…
    saya amat menyokong lapaoran demi laporan dibuat terhadap pemimpin Melayu yang kononnya membantu Melayu ini. Hakikatnya mereka hanya bersandiwara…merekalah perosak Melayu, merekalah pemimpin Melayu penipu.
    Tahniah di atas kemenangan YB, kami sentiasa di belakang YB dalam membaiki kembali masa depan politik Malaysia.

    Comment by rizal | May 26, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: