Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

MPK mesti sentiasa profesional dan empowered

Saya telah mengemukakan soalan(1) untuk jawapan lisan pada hari ini, Selasa 13 Mei 2008.
Oleh kerana kesuntukan masa bagi jawapan lisan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memberi jawapan secara bertulis seperti berikut:

”Tuan Yang DiPertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setiap kemudahan awam di bawah penyelenggaraan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah terbuka untuk kegunaan semua pihak dan ini termasuk kepada Ahli Parlimen. Ia sejajar dengan hasrat Kerajaan supaya setiap kemudahan yang telah disediakan dapat digunakan secara optima untuk faedah rakyat. Ahli Parlimen boleh memohon kepada PBT yang berkenaan untuk menggunakan kemudahan tersebut. Walau bagaimanapun, sekiranya pengunaan kemudahan awam tersebut adalah bagi tujuan perjumpaan ataupun perhimpunan yang melibatkan aktiviti penyampaian ceramah, maka pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu dihubungi bagi menentukan sama ada permit perlu dipeolehi ataupun tidak.

Kementerian Perumahan
Dan kerajaan Tempatan
Mei 2008”

Dengan itu, penolakan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) tanpa sebab bagi permohonan untuk menggunakan Padang Seri Kemunting pada 22 Mac 2008 dan 10 Mei 2008 permohonan untuk menggunakan kawasan lapang letak kereta di Taman Kerang, Jalan Mahkota, Kuantan adalah melanggar prinsip-prinsip penggunaan kemudahan awam yang diutarakan oleh Menteri berkenaan.

Ia mempamerkan bahawa MPK telah bersikap tidak profesional. Juga dikhuatiri kewujudan tangan-tangan yang tersembunyi dalam mengendalikan urusan yang berkaitan pihak Pakatan Rakyat.

Pentadbiran yang dikawal oleh tangan-tangan yang tersembunyi tentu sekali akan hilang wibawanya sebagai institusi yang memberi khidmat kepada rakyat jelata.

Demi kemaslahatan rakyat dan demi menghormati prinsip-prinsip demokrasi, saya mengajak MPK untuk kembali ke landasan yang betul dalam urus tadbir Kuantan.Juga supaya MPK dapat memberdayakan diri (empowered) serta bertindak bebas tanpa prejudis dalam memberi khdmat kepada rakyat mahupun wakil rakyat di masa hadapan.

Hajah Fuziah Salleh
Ahli Parlimen
Kuantan
13 Mei 2008

————————————————————————————-
(1) YB Puan Fuziah binti Salleh (Kuantan) minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan sama ada seorang Ahli Parlimen boleh menggunakan kemudahan awam seperti dewan dan padang (di bawah penyelenggaraan PBT) untuk kegunaan bertemu rakyat.

May 13, 2008 - Posted by | Politics

4 Comments »

  1. Kepada yang berkenaan. Jangan cari fasal. Nah ambik satu fasal!!! Nanti tak fasal-fasal, beralah jua. Dari tunggu nanti nanti, eloklah beralah dari sekarang.
    Fit to Fight, YB!

    Comment by khalid al-walid | May 15, 2008

  2. Saya merasakan masih ada segelintir manusia yang bersifat dendam terhadap kemenangan yang dicapai oleh PR. SIkap ini menunjukkan yang kita masih mempunyai mentaliti dunia ketiga. Dengan prasarana kelas dunia, pemikiran sempit ini perlu dibuang.

    Lawan tetap Lawan

    Comment by Izul | May 15, 2008

  3. agaknya nak kena tukar nama ke Majlis Perbandaran Keadilan baru dorang faham….susahla dengan orang bodoh sombong ni….18 ribu lebih rakyat Kuantan pilih Kak Gee sebagai Ahli Parlimen dan setiap pengundi tu juga bayar cukai2 yang buat bayar gaji pegawai2 MPK tu…tak reti gak lagi?….hidup jangan sombong nanti rugi kemudian hari….harap Kak Gee lebih tegas dalam soal ni

    Comment by Pi Kir Ar | May 22, 2008

  4. Saya betul-betul tak puas hati dengan MPK. Semalam kedai makan kakak ipar saya di Jaya Gading didatangi penguatkuasa MPK. Mereka memarahi kakak ipar kerana meletakkan meja tambahan di hadapan kedai dengan alasan menganggu lalulintas. Akan tetapi MPK ni tak faham ke bahawa meja yang disediakan bagi setiap kedai cumalah satu biji meja panjang yang cuma boleh memuatkan 6 orang sahaja? Dahlah tu cuma kakak ipar saya sahaja yang diambil tindakan. Kedai sebelah tak dikenakan apa-apa, mentang-mentanglah kakitangan MPK selalu pergi makan ke kedai sebelah. Macam ni ke cara kerja MPK? Buat sakit hati jeee

    Comment by Hasrulnizam | May 28, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: