Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Dari Parlimen hari ini

Laporan oleh Rozaini:

11.45pm. Khairy J. sedang berucap.

12.00 pm Khairy J. terus berucap dan Dewan Rakyat menjadi terlalu kecoh kerana beliau tidak membenarkan sebarang bentuk penjelasan dan pertanyaan tentang pertuduhan dan perkara-perkara yang beliau timbulkan.

Sebentar lagi Pn Fuzah Salleh akan berucap.

Tetapi kekecohan belum reda.

Akhirnya Khairy berhenti kira-kira jam 12.24pm.

Pn Fuziah Salleh masih menunggu gilirannya. Sedang berucap ialah Ahli Parlimen Kalabakan(BN).

YB Kalabakan telah menyuarakan suara hati rakyat Sabah bahawa Kerajaan BN telah menganaktirikan rakyat Sabah. Peruntukan-peruntukan berbilion-bilion telah tidak sampai kepada rakyat.

Tsunami Politik, kata beliau, akan sampai ke Sabah jika keadilan kepada rakyat tidak dilaksanakan.

Mendesak mengendali masalah pendatang asing di Sabah – jangan masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Kelengkapan polis di Sabah tiada. Di Sabah polis mesti guna 4-wheel drive bukan proton Saga yang telah usang.

Beliau menegetengahkan pandangan Datuk Haris Salleh yang telah memohon dalam akhbar agar Kerajaan BN menyelesaikan isu pendatang haram segera kerana ditakuti bahawa nanti Sabah mungkin diminta untuk tidak lagi berada dalam kerajaan Persekutuan Malaysia kerana ramainya bilangan pendatang asing.

Beliau menimbulkan bahawa ada 7 menteri penting datangnya dari satu negeri. Dan ada negeri yang kalah dapat 4 kementerian yang penting.

Rakyat Sabah ingin diambil serius oleh Kerajaan Persekutuan BN. Jika tidak, tsunami politik akan berlaku di Sabah.

Jika permasalahan rakyat tidak diselesaikan, nanti rakyat akan menyelesaikan kita (menunjuk kepada Ahli-Ahli Parlimen BN).

Permohonan rakyat Sabah : 20% royalti minyak patut diberi bukan hanya 5 % seperti sekarang.

12.57pm

Ucapan Pn Fuziah Salleh selepas ini jam 2.30pm.

May 12, 2008 - Posted by | Politics

3 Comments »

  1. Ayuh puan bantulah membalas tomohan jahat SIL

    Comment by hafiz | May 12, 2008

  2. saya setuju dgn saranan Datuk Harris salleh mangenai isu pendatang asing di sabah yang tak terkawal,tak lama lagi kita seperti berada di negara orang..

    Comment by junaid bin yusup | May 13, 2008

  3. Baguslah, dengan adanya MP yang mengutrakan hal ini di dalam parlimen, moga2 kerajaan bukak mata dan prihatin tentang kebajikan orang sabah sarawak. Apa bezanya “semenanjung” dgn “sabah sarawak”? Mana ada apa2!?? Bukankah kita semua MALAYSIA. Tapi apa pun janganlah ghairah membuat janji2 manis yang tidak boleh ditunaikan. Sudah serik saya mendengar janji2 manis, buat masa ni geram betul dengan MB selangor baru! Jangan lah begitu… Rakyat juga yang susah akhirnya.

    Comment by pipitart | May 13, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: