Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Memorandum Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) kepada Ahli Parlimen

Saya bersama Nurul Izzah bertemu sekumpulan pemimpin mahasiswa negara…

Photobucket

Photobucket

8 May 2008
Statement of Support for Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA)

I applaud the efforts of Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) in championing for the abolition of the draconian University and University College Act (UUCA) 1971. I have met with representatives from GMMA and would like to state that I am in full support of their cause.

The Minister of Higher Education has noted on the 30th of April that a committee has been set up to study the UUCA thoroughly and that the UUCA Amendment Draft is in its final stages and will be debated in Parliament soon.

I hope that the amendments of the Act in this draft is not just political rhetoric, but is substantial and will return to students in Malaysia their fundamental rights

I will continue to support the cause of the GMMA and will continue to further the cause in Parliament.

Nurul Izzah Anwar, MP

8hb Mei 2008

Kenyataan Menyokong Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA)

Saya menyokong usaha-usaha Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) memperjuangkan pemansuhan Akta Universiti Kolej dan Universiti 1971 (AUKU) yang drakonian. Saya telah bertemu dengan wakil-wakil dari GMMA dan ingin menyatakan sokongan saya terhadap perjuangan GMMA.

Menteri Pengajian Tinggi telah memberi jawapan pada 30 April 2008 bahawa jawatankuasa telah didirikan untuk mengkaji AUKU dengan menyeluruh dan Deraf pindaan AUKU kini berada dalam di peringkat akhir dan akan di bentangkan dalam Parlimen tidak lama lagi.

Saya berharap pindaan kepada AUKU oleh Kerajaan bukan sahaja retorik politik tetapi akan mengembalikan hak-hak asasi mahasiswa.

Saya menyokong perjuangan GMMA dan juga meneruskan perjuangan ini di Parlimen.

Nurul Izzah Anwar, MP

May 8, 2008 - Posted by | Politics

13 Comments »

  1. Azmin ali’s DUN and parliamentary seat blog is:

    http://n19ba.4t.com/

    and not the old, unused: http://blog.azminali.com/

    Comment by Abdul | May 9, 2008

  2. It is good that they ammend the AUKU. This will enable the students to have a wider point of view in things, not only for politics, but they can also polish other skills as well.

    But saying that as well, the students too also have to be protected from extreme “outside hawks” who are planning to dictate to them what is right and wrong in terms of politics and spread all these agendas to other students in campus. Don’t let learning institutions be the breeding ground of hate. And judging from the political situation right now, it is a very fragile moment to implement this move.

    Comment by pipitart | May 9, 2008

  3. Bagus!! Inilah generasi yang kita harap-harapkan untuk memimpin Malaysia pada masa akan datang….

    Comment by bapakbudak | May 9, 2008

  4. Oh tidak..saya lebih suka ada AUKU. 6 tahun saya berada di universiti tempatan, saya tak tahan dengan perangai mereka-mereka yang memperjuangkan menentang AUKU. Diorang lorat. Saya masih ingat lagi, mereka yang menggelar diri sebagai pelajar kerohanian paling kuat berpolitik menggunakan platform ‘kerohanian’ ini. Kami pelajar yang biase-biase ni memang tension dengan diorg. Semua benda nak bangkang, semua benda berkumpul dan tunjuk perasaan dan semua benda nak tampal gambar ahli politik idola mereka tak hormat langsung pendirian orang lain.

    Saya masih ingat lagi, sebagai pelajar matrikulasi baru yang masih naive, dikumpul oleh mereka-mereka ini kononnya untuk pergi ke ceramah agama dan kami diwajibkan. Rupa-rupanya kami dibawa tanpa izin pengetua, dan lebih hebat lagi bukan untuk ceramah, tapi nak meramaikan tunjuk perasaan diorg terhadap pihak pentadbiran. Ketika itu mereka melabel pihak pentadbiran sebagai orang kerajaan.

    Mereka jugalah merusuh ketika kolej buat pertandiangan nyanyian, menyelongkar almari pelajar kononya nak cari pelajar Melayu yang simpan holy water dan memaksa pelajar (yang konon dianggap adik angkat) untuk mengucap dua kali mashahadah didepan mereka hanya kerana nak melihat kami masih boleh mengucap dan tidak murtad!

    Ada baiknya AUKU ni, sekurang-kurangnya pelajar-pelajar ni ada pemantauan dan sempadan. Kalau lepas bebas nanti akan melampau-lampau pula dan lupa tanggungjawab asal sebagai pelajar.

    Comment by Maslinah | May 9, 2008

  5. the amendment of AUKU will be the first step to improving the education system. however, one must be cautious as we live in sensitive times. i hope our leaders will know how to apply discretion within the context of our political instability.

    Comment by Clarisse Yap | May 9, 2008

  6. Saya berpendapat pandangan Maslinah tentang Auku agak tersasar. Sebenarnya Auku lah yg tidak menghormati pendirian mahasiswa yg berbeza pandangan dan pendapat dgn hanya perlu mengikut satu acuan pemikiran menghala ke arah melahirkan mahasiswa ala robot tanpa jiwa dan roh insan. Hanya robot!!! Belajar..belajar…jgn pedulikan org….jaga perut sendiri bila dah bekerja dgn jawatan dan gaji besar…..

    Menuntut ilmu memang tuntutan islam tetapi untuk menjadi seorang mukmin yg sejati perlu mengmbil kira maslahah umat.

    Berkenaan dgn Auku sebagai pemantauan dan sempadan utk mahasiswa dr lepas bebas? Saya rasa agak lucu! Lihat saja masalah sosial di kalangan mahasiswa skrg……saya tersenyum membaca tulisan sebegini…..jauh dari realiti….inilah yg saya maksudkan Auku melahirkan mahasiswa robot.

    Comment by SahabatMesra | May 10, 2008

  7. Saudara SahabatMesra,

    Anda ni kelakarlah. Sila baca komen saya betul2. Saya tak gemar bercerita perkara yang dibaca diinternet, atau yang diperkata oleh ahli politik atau media-media lain. Bagi saya cerita orang kedua tidak 100% boleh dipakai. Pendapat saya merupakan pengalaman saya dan ia bukan cerita yang disampaikan oleh orang lain.

    Jadi dalam erti kata lain, saudara setujulah dengan perkara-perkara yang pelajar ini lakukan? Adakah tidak salah membawa pelajar untuk berdemonstrasi tanpa kerelaan pelajar, diceroboh privasi dan mengganggu ketenteraman orang lain?

    Ya, sebagai mukmin yang sejati kita perlu mengambil kira maslahah umat. Tapi, mengganggu ketenteraman orang lain,menceroboh privasi orang lain, dan mempertikaikan iman orang lain itu adakah ia merupakan ciri-ciri mukmin yang sejati?

    Siapa kata mahasiswa yang belajar itu jadi robot? Ketika itu saya belajar, saya juga mempunyai pandangan saya tersendiri. Kawan-kawan seangkatan saya juga begitu. Kami tak perlu jadi seperti pelajar lain yang beria-ia ni. Saya belajar juga dan saya tak jadi robot pun?

    Diperingkat universiti, fakulti, kolej mahupun blok-blok kediaman ada pelbagai aktiviti yang boleh mencerna minda pelajar selain dari belajar. Malahan boleh saya katakan ia satu bentuk politik didalam universiti yang boleh mengasah daya kepimpinan pelajar tanpa dipengaruhi mana-mana platform politik diluar kampus.

    Ada pemilihan untuk menjadi AJK, Exco Kolej, pelbagai aktiviti rekriasi dan riadah, keusahawanan, kerohanian dan macam2 lagilah. Semua aktiviti seronok, bermanfaat dan melibatkan semua pelajar kecuali bila ada mamat atau minah yang menyelit pasal politik.

    Oh ya, AUKU tidak ada kaitan langsung dengan masalah sosial. Masalah sosial merupakan penyakit dalam mana-mana komuniti dan wujud dalam mana-mana zaman mahupun budaya. Semasa AUKU belum dikuatkuasakan, adakah pelajar universiti ketika itu semuanya begitu suci murni dan tidak ada langsung masalah sosial? Sebelum Islam wujud dan selepas kedatangan Islam adakah masyakat Islam bebas dari masalah sosial? Cuba fikirkan.

    Comment by Maslinah | May 10, 2008

  8. Sistem yang mencemarkan mutu dan kualiti nilai insan Puan Maslinah.
    Kita kini berkonfrantasi dengan sistem dan kaedah perlaksanaan yang tidak konsisten untuk dilihat nilai persamaan dan kebersamaan di dalam mengaktakan undang-undang atau akta-akta yang merealitikan bahawa wujud kelompok yang berada di atas undang-undang.
    Pelajar melihat ini sebagai sesuatu yang memerlukan alasan.
    Kita wajar mengasingkan perhimpunan dengan alasan mengapa perlu berhimpun.Lantaran demokrasi melahirkan kerajaan dan pembangkang yang asalnya dari satu masyarakat agak terkilan apabila hak-hak asasi pelajar kita dibeza-bezakan.Mereka wajar turut digalakkan untuk menyumbang idea dan amat dituntut untuk didengari saranan-saranan yang memperakui kematangan mereka dalam menghayati ilmu untuk berpengetahuan.
    Adalah berbeza mengorbankan kebebasan kita kepada Allah dengan terkorban oleh kebebasan yang dirampas…(tidak pernah masuk universiti pun)

    Sosial masyarakat memerlukan acuan akhlak dari akidah untuk berdiri utuh peradaban yang memuliakan sifat insan dan memelihara nilai-nilai kemanusiaan.AUKU menjadikan minda pelajar tidak kritis untuk aktif berkreatif berorganisasi lantaran perlu sering bersetuju dengan kerajaan sehingga kekhilafan sudah bersebati untuk diabaikan nilai moralnya.

    Comment by thanaif | May 10, 2008

  9. “AUKU menjadikan minda pelajar tidak kritis untuk aktif berkreatif berorganisasi lantaran perlu sering bersetuju dengan kerajaan sehingga kekhilafan sudah bersebati untuk diabaikan nilai moralnya”

    That’s funny. Anda mengguna ayat yang berbelit-belit dan langsung tidak mempertikaikan komen saya. Please read carefully and don’t skip even one word. Saya sudah katakan, aktiviti didalam universiti itu begitu banyak dan pelbagai dan seperti yang anda kata, ia mampu membina pemikiran pelajar yang kritis, membentuk pelajar berorganisasi secara kreatif dan berkesan, berdaya saing, membina sahsiah dan kerohanian, dan pelbagai lagi tanpa perlu pelajar ini melibatkan diri berdemonstrasi atau membawa mana-mana ideologi politik luar kampus.

    Tinggal lagi, pelajar mahu atau tidak melibatkan diri, mencari peluang seterusnya menjadikan ia medan menyumbang dan berkongsi idea, secara ilmiah atau lahiriah. Semua ini bukan satu sistem yang menyekat, ia merupakan satu bentuk hak istimewa pelajar untuk aktif dan menjana kemahiran mereka didalam kampus. Pelajar tidak dipaksa untuk sering bersetuju dengan kerajaan. Yang paling penting, pelajaran tetap didahulukan. Malulah sedikit, pelajar Melayu majoriti di universiti bukan semuanya berkualiti. Bayangkan yang SPM bahasa inggeris dapat P7 pun boleh lepas masuk matrikulasi. Sampai grad pun masih tak fasih lagi. Tu pun kerana kerajaan nak tolong orang Melayu. Cina yang mempunyai result lebih bagus pun belum tentu dapat.

    Kebebasan yang melibatkan mana-mana ideologi politik luar kampus itu memang merupakan hak masing-masing. Cuma sebagai pelajar hak itu bukan dirampas tetapi perlu ada had dan batasan. Amal makruf nahi mungkar itu merupakan satu had dan batasan umat Islam. Anda kata sistem yang mencemarkan mutu dan kualiti nilai insan. Tetapi anda lupa Islam itu sendiri adalah satu institusi agama, dan institusi agama itu merupakan satu sistem. Dalam erti kata lain, sistem bukan puncanya, tetapi insan itu sendiri.

    Comment by Maslinah | May 11, 2008

  10. Terima kasih atas penghujjahan yang sihat dan wajar dihindari untuk mempertikaikan perbezaan berpendirian.

    Bagaimanakah mahasiswa upaya memiliki hubungan dan kemudahan berkomunikasi?

    Apakah faktor yang melemah dan menumpulkan keberkesanan minda jika benar ilmu itu diyakini mengangkat peribadi insan?

    Pelajar sebenarnya berhadapan dengan kesan psikologi akibat pengawalan tidak berhikmah dan kegagalan pentadbir institusi pendidikan menghayati penggunaan radas multimedia menjadikan jangkauan lokasi dan sempadan semakin dekat dan kecil lantas penafian kebebasan untuk berfungsinya kecelikan minda andai bertemu penghalangan ia tanda kewujudan pemikiran yang jumud berkembangnya di dalam rantai belenggu yang dipintal erat oleh warisan penjajahan.

    Ketidakmunasabahan pengurus tadbir enggan menghormati hak mahasiswa untuk berperanan sebagai warga yang bertanggungjawab menggambarkan defensif oleh pasif untuk menyubur-kembangkan intelek minda yang bebas hanya sekadar membuktikan orientasi politik sempit perkauman milik kerajaan.

    Keglobalan ilmu perlu mengasah kejujuran dalam mengasingkan nilai yang memperbaharui sikap.Lantas kewibawaan yang memerlukan pengiktirafan universiti tertentu untuk mencirikan kualiti mutu warga sendiri terus tidak upaya diubah dan kekal menjadi tradisi meskipun sudah berabad-abad dan berbilion pelajar dilahirkan masih dunia dan masyarakatnya dibelenggu oleh tekanan-tekanan globlalisasi yang diplomasinya tidak benar-benar mahu diperbaharui.

    Kebenaran adalah untuk semua tanpa diprejudiskan keadilannya.Lantas kita harus berani menukar kepimpinan tanah air untuk mencemerlangkan semula potensi diri setiap warga dengan itu pembatalan AUKU adalah tepat pada masanya.

    Islam bukan institusi tetapi cara hidup yang kaedahnya berpandu kepada hukum-hukum yang perlu diinstitusikan di dalam setiap aspek kehidupan.

    Comment by thanaif | May 11, 2008

  11. old dogs never learn new tricks……

    Comment by SahabatMesra | May 13, 2008

  12. Saya gembira bahawa kita dapat berbicara dengan telus dan terbuka berkenaan hal ini

    Gerakan mansuhkan AUKU berpendirian bahawa AUKU menyekat kebebasan pelajar dan ini bercanggah dengan Hak Asasi Manusia. Atas dasar itulah kita sokong.

    Walaubagaimanapun didalam mana-mana sistem sekalipun, tentu sekali akan ada sekelompok manusia yang akan ‘abuse’ the sistem.

    Yang penting ialah kita mengajak kepada satu sistem nilai yang murni dimana sistem nilai ini akan melahirkan tingkahlaku yang murni juga.

    Tugas mencerna nilai ini merupakan cabaran yang amat besar kepada pemimpin ummah, dan harus dilakukan penat dan tanpa henti.

    In the meantime, there will still be peopla who abuse the system, and they will continue to do so….
    But do we deny their rights in the process,? Tentu sekali tidak….
    Rather, we have to continue to educate them

    Seharusnya neraca penilaian kita mesti berpandukan prinsip kebenaran dan keadilan dan dasar yang kita buat juga berpandukan prinsip yang sama.

    Niat semua yang berbicara disini adalah untuk membawa kebaikan berdasarkan pengalaman dan persepsi masing-masing.

    Semoga kita semua sentiasa ditautkan dengan ukhuwah dan teruslah memikir serta berbicara untuk kebaikan ummah.

    Comment by Fuziah Salleh | May 14, 2008

  13. salam..
    sy ingin menjadi sebahagian daripada ahli Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU ini,jd sy ingin bertanya bagaimanakah caranya..?
    untuk pengetahuan semua, sy juga adalah seorang mahasiswa IPTA.

    Comment by Muhammad Iqbal | May 21, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: