Seven Secrets of Sucess
Saya Terima 7 secrets of success ini dari sahabat saya.
Ingin saya kongsi dengan pembaca blog saya ini.
Semoga dapat memberi inspirasi kepada semua setiap hari
TUNTUTAN GAJI MINIMA HARUS DI DENGAR
Saya bersama Datin Seri Wan Azizah sewaktu beliau menerima Memorendum dari Presiden MTUC, Syed Shahir bin Syed Mohamud tadi.
MEMO itu di tujukan kepada Perdana Menteri, dimana antara isi MEMO tersebut merujuk kepada tuntutan MTUC berkenaan isu Gaji Minima yang di tuntut sebanyak RM900 sebulan dan elaun Kos Sara Hidup sebanyak RM300. Perkara ini masih belum mendapat maklum balas oleh Perdana Menteri semenjak dibawa ke perhatian beliau oleh MTUC sejak daripada 18hb Jun 2007 lagi.
Saya berpendapat bahawa isu ini amatlah penting memandangkan kos kehidupan yang meningkat kini. Harga barang makanan melambung tinggi sementara harga beras kini bertambah berlipat kali ganda. Semua ini menambahkan kesempitan hidup rakyat biasa. Bagaimanakah satu-satu keluarga itu mahu meneruskan kehidupan dengan selesa apabila pendapatan isi keluarga begitu rendah sekali. Bagaimanakah pula anak-anak boleh belajar dengan tenteram sekiranya mereka hidup dalam kesempitan dan keadaan rumah yang tidak selesa ?
Semua rakyat berhak untuk kehidupan selesa dengan menikmati taraf hidup yang munasabah.
Pihak MTUC juga menjelaskan bahawa penambahan gaji ini akan dibayar oleh pihak majikan dan bukannya oleh pihak Kerajaan.
Lagipun pihak Kerajaan juga telah melaksanakan kenaikan gaji keatas pekerja-pekerja sektor awam pada bulan Jun 2007.
Maka saya berpendirian bahawa tidak ada sebab munasabah kenapa Perdana Menteri tidak dapat memberi maklum balas dan isu gaji minima ini wajib mendapat perhatian pihak berwajib secepat mungkin.
Dari Rakyat, Kepada Rakyat, Untuk Rakyat