Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

SEKALI LAGI MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN MENGHAMPAKAN KAMI

Pada Sabtu, 10 Mei ini jam 3 ptg, Parti KeADILan Rakyat Bahagian Kuantan akan mengadakan program ANUGERAH SIJIL TAKAFUL kepada warga pengundi Kuantan yang dipilih sebagai layak menerima perlindungan tersebut. Seramai lebih kurang 200 orang telah disenaraipendekkan selaku golongan penerima yang pertama.

Namun permohonan kami untuk menggunakan kemudahan tapak letak kereta di Taman Kerang, Jalan Mahkota untuk program tersebut telah ditolak.

Sekali lagi pihak pengurusan MPK telah menghampakan kami.

Di kala kami di Parlimen berbahas dan berhujah supaya tidak ada diskriminasi terhadap pembangkang oleh pihak Kerajaan, insiden ini amat mengecewakan.

Harapan kami supaya Agensi yang seharusnya berkhidmat kepada rakyat terus bersikap profesional tanpa sebarang diskriminasi.

Fuziah Salleh

Ahli Parlimen Kuantan

Merangkap Ketua Bahagian Kuantan

6hb Mei 2008

May 6, 2008 - Posted by | Politics

8 Comments »

  1. YB Fuziah.

    Fit For Fight!!!
    Go ahead proceed according to plan … these pencacai-pencacai mbk nie berotakkan kepala lutut (atau pakai otak kerang kot!!!)
    We need your strong courage YB, ayuh mari masyaratkat Kuantan semua bukak bunga silat masing-masing.
    Remember, you may become a Minister okay?

    Comment by khalid al-walid | May 6, 2008

  2. Thank You for your support Khalid…

    Comment by Fuziah Salleh | May 7, 2008

  3. Berjuang untuk menegakkan keadilan memerlukan kesabaran………..
    Walau apa pun kesulitan dan halangan didepan KEADILAN perlu ditegakkan……..
    Perjuangan untuk berdiri atas keadilan adalah tanggunjawab semua manusia……
    Bersabar lah YB…………
    Kalau tidak didunia, diakhirat jua lah…………..
    Hasil yang kita perjuangankan……..akan allah balas dengan balasan yang kekal abadi…….

    Berjuanglah dan terus berjuang untuk menegakkan keadilan YB………
    Rakyat sebenarnya sentiasa bersama mu…..

    wallahu a’lam.

    Comment by bijigetah | May 7, 2008

  4. YB Fuziah,
    tak apa, buat saja di mana-mana dan buktikan kita boleh malah lebih baik dari mereka. suatu hari nanti mereka akan merayu pada kita pula. teruskan kerja baik itu.

    Comment by ibn bakar | May 7, 2008

  5. Tak apa. Biar diorang amalkan sistem demokrasi ‘double standard’ mereka. Mereka takut. Takpe. Nak tukar kerajaan tak lama lagi. Bulan september tu. Lepas tukar kerajaan, orang orang atas kat MPK ni semua kita bagi diorang kerja kutip sampah pulak. Yang amik rasuah kita humban dalam penjara. Biar diorang tahu double standard tu macam mana. Kita bukan nak berdendam tetapi hukum KARMA tu penting dalam hidup. Bior depa raso baru tau cam mano rasonya.

    Lawan tetap lawan.

    Reject sekali dua takpe, kita lawan sampai dapat lagi. banyak lagi acara untuk kita!

    Comment by Manusia | May 8, 2008

  6. Saya amat-amat menghargai kata-kata semangat dari teman-teman semua. Tentunya ia menambah kekuatan dan juga mengukuhkan tekad saya untuk terus berjuang demi kebaikan rakyat.
    Program tersebut akan diteruskan…
    Tempat ditukar ke Anexxe dan kami dalam rangka persiapan akhir untuk penyerahan anugerah sijil tersebut.
    Doakan segalanya berjalan lancar ya…..

    Comment by Fuziah Salleh | May 8, 2008

  7. Assalamualaikum Pn.
    Sejak Pn datang berceramah ke Taman Dato’ Senu di Sentul – lama dulu, saya terus tertarik dengan pendekatan yg Pn utarakan.

    Teruskan usaha-usaha dalam kepayahan. Hasilnya tentu manis sekali.

    Comment by budak_batu | May 8, 2008

  8. Saya ada maklumat yang sangat penting utk PKR kemukakan dalam DUN Pahang yg diadakan pada 20-27 Mei 2008 di Wisma Sri Pahang.Saya percaya PKR boleh buat check and balance YB-YB dari BN….Sila contact saya cepat.

    Comment by Raja Radzuan | May 20, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: