Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Kenyataan Media Ketua Pembangkang

BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT

No 110-3, Jln Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur

Telefon: 03-22723220, 03-22724220 Faks: 03-22721220

Website: www.keadilanrakyat.org Email: biropen@gmail.com

Kenyataan Media Ketua Pembangkang

Sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia (World Press Freedom Day)
3 Mei 2008

MEDIA BEBAS TUNTUTAN MASSA


Media merupakan sumber utama penyibaran maklumat dalam usaha membentuk sebuah negara bertamadun. Justeru kebebasan media adalah antara intipati penting bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Kepentingan peranan media yang bebas ini diakui sejagat apabila 3hb Mei diisytiharkan sebagai Hari Kebebasan Akhbar Sedunia. Satu badan kajian antarabangsa; Freedom House baru-baru ini meletakkan Malaysia pada tangga ke 141 daripada 195 negara yang dikaji dalam senarai kedudukan kebebasan akhbar. Ini bermakna Malaysia tergolong dalam kategori “negara yang tidak bebas” bersama dengan negara-negara di Benua Afrika seperti Cameron dan Libya.

Akibat dari sikap kerajaan yang mengongkong media perdana maka wujud ribuan pejuang-pejuang siber pada pilihanraya ke 12 yang lalu. Para pejuang siber telah mencorak iklim politik negara dengan membentuk Tsunami Politik lalu memberi tamparan hebat kepada kerajaan Barisan Nasional.


Perdana Menteri sendiri telah mengakui kehebatan pejuang siber ini malangnya beliau tidak pula mengambil iktibar daripadanya. Tindakan pihak berkuasa menyoal siasat salah seorang penulis blogger terkenal dan seorang kolumnis akhbar The Sun di ambang Hari Kebebasan Media Sedunia menunjukkan kerajaan masih gagal memahami tuntutan massa.

Kerajaan Barisan Nasional seharusnya maklum dengan arus globalisasi dan maklumat tanpa sempadan. Apatah lagi negara ini telah merdeka lebih setengah abad. Rakyat yang merdeka memerlukan minda yang merdeka untuk turut serta membangunkan negara dan menikmati arus pembangunan tersebut.

Justeru Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) menggesa kerajaan jangan lagi menongkah arus. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan harus dikaji semula agar sesuai dengan kehendak zaman. Akta Kebebasan Maklumat hendaklah digubal segera sebagai langkah awal mewujudkan pentadbiran yang telus dan penuh pertanggungjawaban.

Akhirnya, saya mewakili seluruh Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat mengucapkan terima kasih kepada semua wartawan, aktivis dan para pejuang siber yang tidak jemu-jemu berjuang menuntut kebebasan media. Saya harap usaha ini akan diteruskan bagi memastikan ruang demokrasi terus berkembang. Selamat Maju Jaya. (tamat)


Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ahli Parlimen Permatang Pauh

Ketua Pembangkang

Presiden Parti Keadilan Rakyat

May 3, 2008 - Posted by | Politics

3 Comments »

  1. Kerajaan BN, Dengar! Dengar! Dengar!

    Nasihat dari saya, BN tak perlu ambil pendekataan berkonflik dengan rakyat… pesen gaya dulu, kini dan selamanya gitu.

    Masa berubah seiringan minda rakyat sekarang pun dah turut berubah. Rakyat dah bukak mata bulat-bulat, dah dengar suara-suara alternatif dan sekarang sebagai penyudah kata rakyat “BN dah tak releven lagi”. Pergi jahanam sama BN!

    Comment by khalid al-walid | May 4, 2008

  2. Kau ingat duit bapa engkau
    Wahai penduduk Pulau Mutiara

    Kerajaan pusat batalkan projek mega
    Pertama kelewatan jambatan kedua
    Seterusnya monorail dan lebuhraya
    Azalina pula batal peruntukan RM40 juta
    Termasuk cable car Bukit Bendera
    Inilah “hukuman” dari Putrajaya
    Geng macam Dato Azhar cukup suka
    Dalam hati dia kata padan muka
    Ini dia mentaliti pemimpin hangpa
    Bodoh sombong busuk masam cuka
    Sour grapes orang puteh kata

    Oleh itu kawan-kawan semua
    Tahun ini kita bayar cukai kat negeri kita
    Tok sah bayar cukai kat kerajaan Putrajaya
    Sebab dia orang ingat itu duit depa
    Kita yang bayar gaji Pak Lah dan Azalina
    Ya kita pembayar cukai yang setia
    Tiap-tiap tahun tak pernah miss punya
    Oleh itu kita bayar kat PUZ sahaja
    Itupun kalau PUZ tukar kepala
    Kita tak mau macam Shabudin Yahya

    BN hukum orang Penang macam Kelantan
    Tapi tak apa tak lama lagi kita tukar kerajaan
    Anwar nanti naik Insyallah bulan sembilan
    33 ahli parlimen sudah ada dalam tangan
    Tunggu masa yang elok dan bersesuaian
    Anwar ambil alih daripada Kak Wan
    Tidak kalau pertama kali kita ada PM perempuan
    Not bad juga idea tu kawan-kawan
    DSAI boleh ambilalih BAKTI punya pucuk pimpinan

    Keris Silau

    Comment by RakyatTheBoss | May 4, 2008

  3. […] Kenyataan Media Ketua Pembangkang […]

    Pingback by Kenyataan Media Ketua Pembangkang « Din Merican: the Malaysian DJ Blogger | May 5, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: