Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Kepada Pembaca Blog & Sdri Maslinah Khususnya

Terima Kasih di atas semua ucapan tahniah serta juga diatas pandangan Sdri Maslinah.
Saya juga berkongsi harapan, iaitu supaya BN dapat bekerjasama dengan Pakatan Rakyat demi kebaikan rakyat.
Namun ada beberapa Faktor Kritikal yang akan memenentukan kejayaan tersebut;
1. Buat permulaan pihak BN perlu pastikan bahawa Kerajaan BN peringkat Pusat berlaku adil kepada semua ahli-ahli parlimen dengan memberi peruntukan sama rata tanpa diskriminasi untuk pembangunan kawasan setiap ahli parlimen. Selama ini ahli parlimen pembangkang tidak pernah menerima satu sen pun untuk pembangunan kawasan mereka. Rakyat yang telah memilih wakil rakyat mereka melalui proses demokrasi dijadikan mangsa di atas pilihan mereka itu. Ini bercanggah sama sekali dengan prinsip demokrasi berparlimen dan harus berubah. Saya juga telah membawa soalan berkaitan kepada Perdana Menteri di Parlimen, dan soalan tersebut telah dijadual untuk dijawab dalam masa dua minggu ini.
Harapan saya supaya setiap ahli parlimen akan mendapat peruntukan wajar untuk membantu mereka merancang projek-projek pembangunan di kawasan masing-masing, tidak kiralah mereka dari parti mana sekalipun.
2. Agensi-Agensi Kerajaan juga harus beri kerjasama kepada wakil rakyat pilihan rakyat dan ‘engage’ dalam komunikasi dua hala di dalam hal-hal bagi menyelesaikan masalah rakyat. Pihak Kerajaan dan Agensi-Agensi Kerajaan juga harus bersikap terbuka di atas segala saranan yang dibawa kepada mereka ; di samping memberi segala kerjasama di dalam hal-hal penyelesaian masalah rakyat. Sehubungan dengan hal ini adalah amat tidak profesional sekiranya pihak kerajaan tempatan menolak penggunaan kemudahan awam oleh seorang ahli parlimen pembangkang, dalam konteks wakil rakyat ingin bertemu rakyat, sedangkan rakyat merupakan pembayar cukai dan berhak menggunakan kemudahan awam.
3. Saluran maklumat yang tepat dan terkini juga perlu disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan dari pihak kerajaan mahupun agensi kerajaan supaya mereka dapat mengambil tindakan yang tepat dan wajar perihal tindakan yang berkaitan dengan rakyat
Saya akui bahawa saya memang tidak henti-henti berjumpa dengan pelbagai kelompok masyarakat, penduduk-penduduk kampung, persatuan-persatuan dan juga NGO sejak dari hari pertama saya menang. Malah saya pastikan secara sedar bahawa saya bertemu spektrum masayarakat yang pelbagai setiap kali saya turun padang. Ini semua dalam rangka saya mewujudkan komunikasi dua hala dengan pelbagai lapisan penduduk dan pengundi Kuantan, mengenali mereka, memahami masalah mereka dan juga menyelami perasaan mereka, serta mendengar keluhan di sebalik keperitan hidup mereka. Maklumat yang ditemui dengan dialog dua hala ini tentu sekali akan membantu saya untuk membawa agenda pembaikan untuk penduduk Kuantan, serta juga menyalurkan maklumat tepat tentang tindakan yang saya mahu lihat dilaksanakan oleh pelbagai agensi kelak.
Cara saya ini tentu sekali didapati asing kepada penduduk Kuantan memandangkan wakil rakyat sebelum ini lain caranya. Mungkin juga ada segolongan rakyat juga yang telah begitu lama terlalu tebiasa dengan cara BN…..
Walaubagaimanapun, Terima Kasih saya ucapkan diatas teguran.. Harapnya ia dengan hasrat untuk membina
Laporan Prestasi 100 hari akan di sediakan nanti. Nantikannya, ya, dan harapan agar sdr dan sdri yang budiman tidak terlalu cepat membuat penilaian.

May 2, 2008 - Posted by | Politics

13 Comments »

  1. YB Fuziah,

    Usah cepat mengeloh kerana anda adalah Sri Kandi kami masyarakat Kuantan!

    Kita sendiri tentukan mereka menurut perintah kita, andai kata tidak, nah buka lah langkah seorang Sri Kandi. Kita mulakan dengan sepak terajang politik. Kalau diibaratkan bersolat, anda lah IMAMnya dan kami-kami ini semua sebagai makmum.

    Setelah dikenal pasti, saya kira, puaka-puaka ini mesti di”sekolah”kan dulu. Kalau mereka masih berdegil, kita sesah politik kat mereka. Perkara akademik seperti “Critical Faktor” tu bagus jugak, tapi kita pakai gitu-gitu aje sudahlah, tapi “action” mau lebih🙂 Dan tolong masukkan tindakkan agerasif ini dalam repot kad 100 hari anda itu.

    Ayuh kawan-kawan, mari kita sama-sama ayunkan langkah sulung kita. Dan siapakah mangsa kita yang nak kita ngapkan YB?

    Comment by khalid al-walid | May 2, 2008

  2. Dalam membuat tindakan kita kena realistik…lebih2 lg dlm politik. Percaturannya perlu licik tp jgn sampai melanggar etika. Saya setuju dgn khalid al-walid, “action mau lebih!”. Terlalu byk berteori dan mencipta gimik kdg2 membuatkan kita tersasul bunga silat….lebih malang tersungkur di gelanggang lawan?

    Di sinilah suku-sakat keliling-penasihat (kalu pm-budak tingkat 4) memainkan peranan penting. Saranan saya agar YB pilihlah masyarakat setempat-ahli PKR yg benar2 faham dan maklum tentang masalah rakyat di kuantan ni. Maaf saya terpaksa komen di blog ini, pengamatan saya sblm ini mendapati ‘tembakan’ YB tidak berapa tepat ke sasaran. Adakah YB juga dikelilingi budak tingkat-4? Hrp2 tidak.

    Mungkin ada beberapa perkara yg berlaku tidak sampai kpd YB, di sinilah peranan rkyat setempat amat penting…penasihat kadang2 menyampaikan apa yg muluk2 saja. Apa pun saya juga spt khalid al-walid..masih menunggu repot kad 100 dr YB dibentngkan di blog ini.

    Comment by SahabatMesra | May 2, 2008

  3. Sdr Khalid,
    Terima Kasih di atas respond sdr. teruskan memberi respond dan sokongan

    Fuziah

    Comment by Fuziah Salleh | May 2, 2008

  4. Sahabat Mesra
    Saya bercadang bentang soalan bersama-sama dengan jawapan dari parlimen nanti. Setiap hari berpuluh-puluh soalan disenaraikan akan tetapi pada hari pertama hanya 3 soalan sahaja dijawap secara lisan dalam masa satu setengah jam. Yang lain-lain akan mendapat jawapan secar bertulis.

    Berkenaan golongan yang sdr katakan, saya sedia maklum……. terima kasih. Harapnya dapat lah terus membuat tinjauan dalam kawasan kuantan

    Comment by Fuziah Salleh | May 2, 2008

  5. Sahabat mesra,
    DSAI juga role model saya,
    dia ada blackberry, itu rahsia dia dapat menulis ke blog didalam kereta
    Nantikan bila saya ada baget ya

    Comment by Fuziah Salleh | May 2, 2008

  6. saudari fuziah,

    diharap dapat membantu harapan rakyat untuk menyatukan dan mengembalikan kestabilan politik di malaysia. Bukannya memecah-belahkan lagi, diharap semua melupakan perbezaan masing2 dan bekerjasama dengan aman antara part tanpa mengira pakatan rakyat atau barisan.

    amin.

    Comment by pipitart | May 2, 2008

  7. Terima kasih atas perhatian anda. Saya akui terlalu awal untuk kita menilai prestasi seseorang wakil rakyat. Saya sendiri pun belum menilai prestasi wakil rakyat yang terkini. Masih terlalu awal untuk dinilai sebagai baik ataupun sebaliknya. Ini kerana saya memegang prinsip bahawa manusia yang diberi kuasa akan terdedah untuk menyalahgunakan kuasa atau korup. Saya bukan kata semua. Tapi saya anggap itu hakikat dan juga risikonya.

    Saya juga tidaklah menganggap diri saya terbiasa dengan cara BN. Saya merasakan selesa dengan cara BN. Ini kerana apabila saya berada dalam komuniti yang diterajui oleh BN atau mereka yang bersifat terbuka, semua orang diterima. Hingga program komuniti sama ada rukun tetangga atau dimasjid pun tidak ada unsur politik. Semua orang meraikan dan berkongsi kemeriahan komuniti.

    Sedangkan, apabila saya berada dalam komuniti mereka-mereka yang menentang BN, mereka menjadikan komuniti itu terbahagi dua dan berbeza! Pprogram yang dianjurkan lebih menjuruskan sesama mereka, terlalu banyak ceramah politik, terlalu banyak simbol politik hingga tiap-tiap malam ceramah dimasjid pun pasal politik. Saya tidak selesa. Saya hormat ideologi mereka, tapi kenapa mereka tidak hormat mereka yang berlainan ideologi malahan menunjuk-nunjuk pula?

    Anda mungkin merasakan Faktor Kritikal yang anda senaraikan mungkin akan menyukarkan kerjasama dgn BN. Tapi itulah tanggungjawab anda yang memerlukan anda kerja keras sedikit.

    Jujur saya katakan, saya tidak menerima bulat-bulat apa yang disebarkan didalam media utama mahupun alternatif. Saya bukan golongan muda yang mudah dipengaruhi oleh tulisan yang keluar dari internet kerana permainan politik itu complicated.Sebab itulah saya terpanggil menyatakan pendapat saya kepada anda. Bukan untuk menilai atau menuduh tetapi untuk menyalurkan pandangan dari salah seorang rakyat Kuantan.

    Comment by Maslinah | May 2, 2008

  8. “Jujur saya katakan, saya tidak menerima bulat-bulat apa yang disebarkan didalam media utama mahupun alternatif. Saya bukan golongan muda yang mudah dipengaruhi oleh tulisan yang keluar dari internet kerana permainan politik itu complicated.”

    Alangkah bermakna jika semua insan di malaysia mempunyai pemikiran seperti maslinah. Majoriti pembaca blog dan berita dari internet terlalu ghairah menerima info yang pedas, panas dan kontroversi. Semuanya ditelan bulat2, walhal disokong pula tanpa usul periksa. Tidak! Permainan politik ada di mana2, lebih2 lagi di era canggih internet zaman kini. Sedarlah.

    Comment by pipitart | May 2, 2008

  9. Saya juga bersetuju dgn maslinah atas perkara tidak perlu ada diskriminasi bahana ideologi politik yg berbeza dan mentelaah tiap butir informasi media perdana atau media alternatif sebelum dicerna. Cuma satu persoalannya yg tidak dpt saya hindar bermain di minda…siapa yg tarik balik royalti minyak terengganu smasa ditadbir PAS? Siapa yg membatalkan mou berkaitan industri pelancongan dgn kerajaan negri yg diterajui PR baru2 ini? Mengapa yayasan pahang meletakkan syarat hanya wakil rakyat dr Bn saja yg boleh memberi sokongan pd tiap borang bantuan yg perlu diisi?

    Adakah ini gambaran sihat yg seperti dkatakan hidup dlm komuniti BN yg bersikap terbuka? Mengapa bendera UMNO@BN dbenarkan oleh MPK dgantung di tiap2 tiang lampu di bandar kuantan sedngkan bendera parti dr pakatan rakyat tidak dibenarkan walhal izin telah dminta, prosdur telah dipatuhi dan soal bayaran rasanya tiada masalah! Terkini apabila program YB Fuziah di padang kemunting dipindahkan ke tempat lain…krn apa? Terbuka sikap atau tertutup minda? Temuduga utk pinjaman yayasan tekun pun perlu hafal no ahli umno? Adakah biaya yayasan tekun diseluk dr kantung umno?

    Saya juga bersikap kritikal pd tiap perkara yg salah lihat perlu ditegur tetapi ianya tidak akan memesongkan akal dan jiwa menegur walau si pelaku berkuasa atau marhaen.

    Atas fakta ini..bukakan minda seketika…adakah teori adanya kesepakatan antara YB Fuziah MP Kuantan dgn Bn boleh terlaksna tanpa ranjau? Yg penting…siapa yg membuat ranjau itulah tunas yg pelu kita cabut akarnya…yg mungkin dah terlalu lama telah berakar umbi.

    Comment by SahabatMesra | May 3, 2008

  10. Maslinah, pipitart & sahabat mesra
    saya harap kalian terus dengan sikap terbuka kalian….
    The future of this country depends on an open attitude like yours, asalkan ianya bersifat membina…

    Saya berpegang kepada prinsip bahawa musuh kita tidak sentiasa salah dan rakan kita tidak sentiasa betul. Yang penting kita dapat menilai seseorang diatas tindakan dia, dan bukan semata-mata diatas dasar kelompok atau ideologi parti yang dipegang olehnya.
    dan Jangan pula kita bersikap prejudis keatas seseorang semata-mata kerana dia pernah menyakiti kita.
    Yang hak dan yang bathil, akan terserlah jua….

    Comment by Fuziah Salleh | May 3, 2008

  11. Is that the BEST all you can do YB?

    Comment by khalid al-walid | May 4, 2008

  12. Tentu sekali that’s not everything..
    Cuma sikap begitu yang saya pegang untuk memastikan kerja saya terus berkesan dan forward looking
    saya perlu focus, dan tidak mudah distracted dengan side issues ….

    Comment by Fuziah Salleh | May 4, 2008

  13. kak gee, kalau susah sangat nak dapatkan kebenaran buat apa2 program, cari tanah2 luas besar padang futsal pun jadik lah… mesti ada kalangan penyokong pakatan yg ada tanah2 terbiar, boleh la guna utk apa2 acara such as majlis ..

    Comment by rakyat | May 7, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: