Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Kepada pembaca yang budiman
Izinkan saya berkongsi kisah sdr Rani sekeluarga yang rumahnya kebakaran sebelum Pilihanraya lepas
Saya telah bantu apa yang termampu saya pada ketika itu dan juga dengan kepercayaan bahawa ADUN akan membantu seperti yang dijanjikan, saya agak terlepas pandang akan kes ini sehingga kini.
Minggu lepas saya ke ubai untuk jumpa penduduk kampung. Mereka bercerita tentang rumah sdr Rani yang masih tidak ada perubahan setelah beberapa bulan berlalu.
Rasa hati saya yang belas, teringatkan anak-anak beliau yang masih kecil (4 orang) menggerakkan saya untuk menulis disini. Teringat oleh saya bagaimana anak-anak tersebut menangis dengan begitu sayu tatkala melihat buku sekolah mereka hangus dalam api yang marak ketika itu.
Gambar-gambar rumah dan anak2 beliau disertakan disini
Besarlah harapan saya sekiranya ada para dermawan yang dapat membantu. mungkin dengan sumbangan wang ringgat, barang-barang binaan, perkakas rumah dan sebagainya supaya keluarga ini dapat kembali hidup seperti keluarga yang normal ( mereka kini menumpang di rumah ibu sdr Rani yang juga daif kehidupannya)
Sila hubungi saya segera sekiranya saudara ingin sama-sama bantu menguruskan pembangunan semula rumah keluarga tersebut
Terima Kasih
Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan

April 25, 2008 - Posted by | Politics

6 Comments »

  1. Aslkm,
    Saya harap di saat pihak PR sering disekat dengan berbagai – bagai sekatan, semoga anda dapat terus tabah dalam menangani masalah rakyat di Kuantan.
    Syabas buat anda ! Semoga selepas ini pihak PR dapat menawan Pahang pula. Insyaallah….

    Comment by kamil | April 25, 2008

  2. Puan telah membawa budaya memprinsipkan tanggungjawab berkebajikan di dalam masyarakat yang menuntut kesaksamaan hak-hak perwakilan yang terakta di dalam perlembagaan memberikan perkhidmatan kepada warga tanpa bersikap kecuali atas sifat warga sebagai rakyat yang perlu dibela dipelihara dan ditunaikan hak-hak mereka untuk menikmati keluhuran undang-undang.

    Wajar juga marhaen mengetahui apakah maksud yang terkandung didalam Kumpulan Wang Luar Jangka dan bagaimanakah boleh ia disalurkan bagi membiayai perbelanjaan untuk warga yang berhadapan dengan bencana?
    Adakah Parlimen benar-benar telus andainya wujud pengkhianatan oleh kuasa Menteri untuk ditaksirkan audit-audit keewangan pada peringkat ADUN dan Parlimen bagaimana keewangan disalurkan menerusi penyata keewangan tahunan.

    Adakah relevan kumpulan sokongan kerajaan Pakatan Rakyat yang memilki kelulusan syariah dan usuluddin di bawah Jabatan Mufti berfungsi sebagai pembantu penguatkuasa demi mengukuhkan prinsip adil benar yang digariskan yakni ” yang halal itu nyata dan yang haram itu juga nyata perkara yang terletak di antara ke duanya adalah perkara yang samar yang tidak upaya diketahui oleh kebanyakan orang awam. Oleh itu kesediaan untuk menghindari perkara yang samar itu membuatkan kita mampu membersihkan dan meletakkan penghormatan kepada agama dan perumpamaan buat mereka yang melakukan perkara haram adalah pengembala yang mengembala ternakan menghampiri lengkungan sempadan yang memberi kemungkinan untuk ia memasuki batas sempadan yang wujud.”

    Kita menanti contoh untuk diteladani.

    Comment by haniff | April 25, 2008

  3. Salam YB…
    Tahniah diatas keyakinan rakyat memilih YB sebagai pemimpin Parlimen Kuantan. Ada beberapa issue yg saya harap boleh dibincangkan dgn lebih lanjut:
    1. Wang Zakat –> maklumat yg ada pada saya menunjukkan Pusat Pungutan Zakat hanya bertanggungjawab memungut zakat dan Pejabat Menteri Besar yang menguruskan dana tersebut. Dlm beberapa tahun yg lepas laporan akhbar menunjukkan adanya wang zakat yg belum terpakai bernilai jutaan ringgit. Saya berpendapat wang zakat adalah hak org yang wajib menerimanya ( 8 asnab) dan tidak boleh diniagakan atau disimpan dalam Fix Deposit untuk mendapat keuntungan. Secara tidak langsung, inilah caranya ekonomi kita boleh berkembang bila org miskin membelanjakan wang itu. Di kawasan taman saya, ada beberapa keluarga yang dhaif dan memerlukan bantuan segera tetapi surat yg kami hantar bagi pihak mereka kepada pihak berwajib masih sepi, jawapan mereka “kami hanya memungut zakat sahaja”. Saya berpendapat wang zakat wajib di liberisasikan dan diurus oleh one stop agency spt “Dana Zakat Negara” dimana kesemua duit diagihkan mengikut peraturan yang betul tanpa ada seorang pun yg terkecuali. Kalau ini boleh berlaku, kita tidak perlu “BERSAMAMU”.

    2. Bandar Kuantan —> Untuk menambah daya appeal pada pelancong, saya mencadangkan supaya bangunan di bandar Kuantan di cat semula dan di beri pelepasan cukai kepada peniaga yg mengambil inisiatif sendiri memakmurkan pemis mereka. Pokok-pokok plastik mesti diganti dengan pokok-pokok yang asli.

    3. Alam sekitar —> YB sedia maklum, Bukit Pelindung dan kawasan sekitarnya semakin hari semakin botak dan di bina dgn bangunan. Mintak jasa baik supaya pembinaan di kawasan bukit dan kaki bukit tidak dibenarkan. Jadikan ini sebagai satu policy dlm pelan pembangunan negara. Kalau tak silap selepas Highland Tower case, Sdr Anwar ada membawa usul ini ke Parlimen, tapi saya tidak tahu the outcome….

    Sekian.
    Wassallam.

    Comment by Nazir | April 28, 2008

  4. YB, tanniah.
    Nok cadang se jer mender, buleh dok kalu buat satu badan seperti yayasan Keadilan, sebagai badan NGO dibwh organisasi Keadilan hok buleh pungut derma, kumpul dan salurkan kepada mereka yang memerlukan.Mcm yayasan tok kenali tuh hok husam musa wat di kelantan tuh.Buleh gok kumpul makanan, buku2 latihan (banyak per budak2 lepas SPM buang buku biler habis peperiksaan, leh kumpul then distribute) pakaian dll keperluan. Banyok benda lain hok buleh buat kalau ada pitih YB, se lagi nok cadang, adakan gotong royong ngan penduduk setempat (walaupun remeh temeh, tp percayalah akan dihargai). Sebahagian dari Kiter tau kekangan YB selaku MP pembangkang, tp adakah kebanyakan org kampung tau akan hal tuh, kekgi dia kata “mari sajer jer, tp dok wat mender pun”…YB leh gok gabung ngan YB. Azan,InsyaAllah, PRU akan datang YB dok jadi sejarah.

    Comment by adil de socialist | April 28, 2008

  5. Puan,
    Kalau nk sumbang pakaian terpakai, buku, alatulis dll untk pusat khidmat puan camana caranya. Satu lagi napa susah nk dapat suara keadilan di Kuantan?
    wak hamad

    Comment by wak hamad | April 29, 2008

  6. Semua sumbangan amat-amat dialau-alukan dan boleh di hantar ke Pusat Khidmat KeADILan Kuantan bertempat di alamat A137 Tingkat 1 Jalan Beserah, Kuantan
    No untuk dihubungi ialah 09-5137970 (BAINI-Penyelaras Pusat Khidmat)

    Untuk Suara KeADILan boleh juga bertanya di Pejabat (Pn Rozaini- Koordinator Media)

    Comment by Fuziah Salleh | May 2, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: