Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Presiden KeADILan: Perutusan Hari KeADILan

4 April 2008

 

Perutusan Hari Keadilan

4hb April merupakan hari ulangtahun penubuhan Parti Keadilan Nasional yang ditubuhkan pada tahun 1999. Meskipun sudah hampir satu dekad namun sejarah penubuhannya masih segar dalam ingatan; kebangkitan gelombang rakyat.
 

Menuntut keadilan merupakan asas kebangkitan rakyat pada ketika itu dan ia menjadi landasan perjuangan Parti Keadilan Nasional. Parti ini begitu signifikan kerana ia satu-satunya parti yang memperjuangkan semua kaum dan memberi gambaran sebenar komposisi penduduk di Malaysia.
 
Parti Keadilan Nasional menjadi wadah perjuangan rakyat dalam usaha menyambung semangat pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu lantaran Barisan Nasional dilihat begitu terpalit dengan penyalahgunaan kuasa dan skandal rasuah, kronisme dan nepotisme.
 
Setelah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia pada 20hb Ogos 2003 dan membentuk Parti Keadilan Rakyat parti ini terus kekal releven di persada politik tanahair.

 

Parti yang berasaskan aspirasi, doa dan janji rakyat untuk menuntut perubahan akhirnya berjaya membentuk satu pakatan ampuh ketika PRU12 yang lalu bersama DAP dan PAS. Kejayaan pakatan menafikan majoriti 2/3 kerajaan BN merupakan kejayaan hasil dari doa dan iltizam rakyat sejak tahun 1999.

 

Sesungguhnya kejayaan ini telah memberi keyakinan kepada kita untuk meneruskan apa yang telah dimulakan sejak 9 tahun yang lalu.
 
Hari ini dengan nama Parti Keadilan Rakyat akan kita teruskan perjuangan ini; Membujur Lalu Melintang Patah.
 
 
Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat

April 5, 2008 - Posted by | Politics

1 Comment »

  1. Natijah paling mengesankan apabila kekuatan nilai keadilan bersama kebenaran upaya memfungsikan warga keseluruhannya tanpa perbezaan agama dan budaya untuk menghargai etika akhlak amanah kejujuran yang melambangkan keintegritian tinggi sifat ummah yang diperkasakan oleh kualiti pemimpin.

    Tidak sabar untuk menzahirkan kemuliaan wanita sebagai pemimpin yang juga isteri pemimpin dari tanah air yang berupaya mengketengahkan perlaksanaan syariat ke atas dirinya yang sedikit pun tidak menjejaskan atau menyumbangkan sengsara ke atas polisi dan dasar sesebuah negara lainnya.

    Bersama Pakatan Rakyat diharapkan disegerakan pemimpin wanita merealitikan mereka saling membantu melunasi keadilan untuk dihormati dan menyahut kesedaran yang diperlukan oleh warga yang terabai hak dan kemerdekaannya untuk turut sama memfungsikan diri sebagai warga yang sah untuk mendaulatkan maruah negara mereka sendiri secara aman,bebas dan berintegriti.
    Sudah pasti wujud perbezaan kualiti yang perlu dizahirkan oleh Pakatan Rakyat kerana sudah wujud dua keadaan apabila membicarakan Malaysia, pemimpin Pakatan Rakyat atau pemimpin Barisan Nasional.

    Perebutan sumber-sumber alam yang menimbulkan krisis keadilan pemimpin dunia diharapkan tidak menjadi ciri perwatakan pemimpin Pakatan Rakyat demi kewibawaan yang memerlukan ketrampilan yang lebih telus berprinsip bertanggungjawab dan beriman.

    Comment by thanaif | April 5, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: