Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Salam Perjuangan

Kepada semua pembaca blog saya:
Salam Perjuangan
Bulan mac berakhir kini dan saya melihat kehadapan,bulan april dengan tekad untuk laksanakan segala  kerja-kerja yang telah saya rancang sebelum Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Sesi Parlimen Kedua Belas  bermula pada 28 Mac 2008 ini dengan upacara angkat sumpah yang akan diikuti dengan sesi persidangan selama 16 hari
Jadual kerja yang telah saya rancang merangkumi konteks
1. Menyambung agenda Bertemu rakyat, melalui Pusat Khidmat Bergerak dan juga dialog dengan penduduk setempat. Ruang ini saya gunakan sebaiknya untuk mendengar aduan dan memahami masalah rakyat Kuantan. Daripada situ merancang pula pelan bertindak berkenaan bagaimana permasalahan mereka dapat di selesaikan sebaik mungkin
2. Bertemu dengan beberapa agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan dalam rangka usaha komunikasi dua hala serta juga untuk berbincang bagaimana agensi tersebut dapat mempertingkatkan usaha mereka membantu rakyat
3. Merencana Pelancaran SMART TAKAFUL untuk pengundi Kuantan dan menyenarai pendek penerima sijil anugerah SMART TAKAFUL
Dalam masa 21 hari saya bertugas, beratus-ratus aduan telah saya terima yang melibatkan pelbagai Agensi Kerajaan Negeri dan juga  Kerajaan Pusat. Kesemua  aduan ini sedang diklasifikasikan untuk di hantar dalam bentuk Memorendum kepada Agensi berkenaan nanti. Tidak kurang juga pengadu yang datang memgadu berkenaan hal atau masalah kewangan  (malah tidak ada hari berlalu tanpa ada sekurang-kurangnya 2 atau 3 kes seperti ini) Tidak ketinggalan juga yang berpusu-pusu ingin berjumpa minta sumbangan dan sponsorship. Terfikir juga oleh saya berkenaan kefahaman rakyat tentang peranan seorang wakil rakyat atau seorang Ahli Parlimen.  Dari pengamatan saya, amat ketara bahawa pengadu dalam kategori  ini 100 peratus adalah berketurunan Melayu. Saya amat simpati tentang masalah yang menimpa mereka, dan saya selalunya tak sampai hati melihatkan kesusahan yang dilalui mereka.Dengan itu, saya berusaha dan seboleh-boleh saya cuba bantu. Namun saya cuba sedaya upaya juga untuk memberikan pendidikan dan kefahaman kepada mereka bahawa khidmat terbaik yang saya boleh lakukan ialah membantu mereka mendapatkan Hak Mereka sebagai rakyat Malaysia. Bagi rakyat, yang hidup susah, selain dari membantu kewangan, saya juga ingin berusaha  membantu mereka untuk hidup berdikari.   Memberi pancing lebih bermakna kepada saya daripada berterusan memberi ikan kepada pengadu-pengadu yang  ditimpa kesusahan ini. Namun saya rasa bahawa perjalanan saya masih jauh.
Masyarakat lebih cenderong meminta bantuan segera yang hanya dapat membantu mereka buat beberapa hari sebelum mereka merasakan kesusahan dan kesempitan hidup semula. Mereka belum dapat memecahkan tembok dalam minda bahawa wakil rakyat bukan Jabatan Kebajikan Masyarakat.!  Terlintas juga di pemikiran saya…. TINGKAH LAKU MASYARAKAT YANG SEBEGINI TIDAK LAIN & TIDAK BUKAN IALAH KEROSAKAN  HASIL DARI PENDIDIKAN & BUDAYA UMNO YANG TELAH  MEROSAKKAN BANGSA SENDIRI.
Semoga Allah mengampunkan saya diatas pemikiran demikian, tetapi pemikiran yang pada mulanya hanya terlintas, makin diperkukuhkan hari demi hari. Tambahan pula terdapat beberapa usaha untuk menembusi saf mantap kepimpinan bahagian dengan meletakkan dalang-dalang yang buat kacau di dalam bahagian, dan juga di pejabat, serta juga di dalam blog, membuatkan saya semakin berwaspada terhadap serangan musuh politik yang tidak akan senang dengan keputusan dan pilihan rakyat Kuantan memilih saya sebagai Wakil mereka ke Parlimen. Semua kebenaran terserlah jua……. ..

April 2, 2008 - Posted by | Politics

1 Comment »

  1. Saya sekeluarga dari dulu hingga sekarang menyokong puan. Pemimpin beginilah yang kita cari. Saya doa kan puan tabah dan cekal kan hati dalam menjalan kan tugas puan.

    Comment by Sham Tg Lumpur | April 2, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: