Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Menghalau hantu di Kg Pasu, Pahang

Dengan ajakan dari Tuan Hj Suhaimi Said, Ketua Bahagian Kuala Krau, dengan rela dan penuh semangat, para penduduk Orang Asli di Kg Pasu telah menghalau “hantu-hantu” Umno dengan laungan reformasi!

Kg Pasu, Pahang

31 Mac 2008

Saya telah bertemu dengan penduduk Orang Asli di Kg Pasu, Pahang petang tadi. Ia bertujuan mendekatkan hubungan dan mendengar sebarang aduan dan cadangan bagi pihak Orang Asli di situ dan kawasan-kawasan berdekatan agar saya dan wakil-wakil rakyat Barisan Rakyat di Pahang dapat mengemukakan isu-isu berkaitan di dalam sesi-sesi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen nanti.

 

Tuan Hj Suhami Said Ketua Bahagian Kuala Krau, Wak Rabidin, Setiausaha Perhubungan Negeri Pahang merangkap Ketua Bahagian Rompin telah turut hadir dalam malis pertemuan tersebut.

Lebih kurang 200 orang telah hadir.

Rakyat Orang Asli tempatan telah mengemukakan aduan mengenai ketiadaan usaha pihak kerajaan mengakui hak mereka terhadap tanah adat dan pemilikan resmi Orang Asli terhadap penerokaan asal tanah-tanah di situ; kebanyakan Orang Asli tidak mendapat geran tanah di Kg Pasu dan di tempat-tempat lain di Pahang.

Rakyat Kg Pasu juga mengeluh bahwa tahap ekonomi yang lemah telah tidak membawa pembangunan yang hakiki kepada orang Asli selama 50 tahun Umno-BN memerintah. Dengan bantuan Tuan Hj Suhami Said Ketua Bahagian Kuala Krau dan ADUN-ADUN Barisan Rakyat di negeri Pahang, kami akan merangka strategi dalam mengemukan soalan-soalan di sesi-sesi Dewan Undangan negeri dan Parlimen bagi membela nasib Orang Asli, khususnya di Pahang. Di antara perkara yang akan diberi perhatian ialah penelitian terhadap perjanjian pentadbiran kerajaan negeri Pahang dengan Orang Asli mengenai penggunaan tanah-tanah yang sepatutnya menjadi milik Orang Asli yang telah diterokai oleh pihak-pihak berkenaan untuk ladang-ladang kelapa sawit dan lain-lainnya. Rakyat Orang Asli telah mengadu bahwa tiada usaha yang bersunguh-sungguh di pihak kerjaaan Umno-BN untuk membantu Orang Asli secara menyeluruh. Apakah fungsi sebenar Lembaga Kemajuan Orang Asli agaknya? Kerana taraf hidup rakyat Orang Asli tidak banyak berubah sejak dahulu.

Sebahagian anak-anak Orang Asli telah tidak bersekolah kerana tidak mampu membayar yuran persekolahan yang tinggi dan pelbagai kerana keadaan ekonomi yang rendah.

 

Orang Asli kini meletakkan harapan kepada Parti Keadilan Rakyat dan Barisan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim untuk melakukan reformasi dan sudah bersedia untuk melaksanakan perubahan dan tidak tertipu lagi dengan janji-janji Umno-BN yang berusia 50 tahun itu lagi.

 

Photobucket

Sebahagian penduduk Orang Asli yang hadir

Photobucket

Photobucket
Gambar-gambar menunjukkan saya diberi cenderahati pertanian oleh orang Asli di Kg Pasu

April 1, 2008 - Posted by | Politics

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: