Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

At the Parliament Today 28 April 2008

Officially now an MP

Photobucket

Please click the link below (Rahmah had kindly did it for me). A gray strip will appear. Press the play button.Please give some time for it to upload and press the play button again.

Rakaman audio – Fuziah Salleh Angkat Sumpah, 28 APRIL 2008

April 28, 2008 Posted by | Politics | 17 Comments

Hubungan dua hala antara rakyat dan pemimpin

Hubungan sedemkian perlu bagi mewujudkan satu suasana untuk memperoleh yang terbaik untuk rakyat sendiri.

Rakyat yang berpengalaman dan arif mengenai bidang mereka masing-masing harus tampil menyumbang idea, pendapat, pemikiran dan pelbagai bentuk sumbangan lain untuk kebaikan rakyat jelata, khususnya dalam mencari jalan-jalan penyelesaian bagi mereka. Pengemblengan sumber kekuatan rakyat amatlah diperlukan dalam menjayakan agenda perubahan masyarakat.

Dalam konteks Parlimen Kuantan, perkara itu saya harap boleh berlaku segera dan menjadi budaya dalam hubungan saya sebagai Ahli Parlimen Kuantan dengan rakyat Kuantan.

Photobucket
Saya bersama ahli-ahli Majlis Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh di St Thomas Church semalam, 26 April 2007.

Photobucket

Photobucket Photobucket
Bersama seorang remaja yang telah mejadi lumpuh sejak umur 10 tahun. Dia kini 17 tahun.
Kelumpuhan berlaku selepas cuba mendapat rawatan di sebuah hospital di Kuantan akibat suatu penyakit yang lain.

Photobucket
Dengan penduduk di Tanah Putih Baru
Photobucket Photobucket

April 27, 2008 Posted by | Politics | 4 Comments

Meninjau nelayan di Tg Api

Saya telah menemui sekumpulan penduduk nelayan di situ petang semalam, Jumaat 25 April. Saya telah mendengar beberapa kesulitan dan permasalahan yang mereka hadapi untuk sekian lama sebagai penduduk di situ dan sebagai nelayan yang saban hari bersabung nyawa di laut mencari nafkah.

Photobucket
Para nelayan dan keluarga mereka yang bersama saya petang itu.

Photobucket
Keadaan tempat tinggal penduduk nelayan di Kg Tg Api.

Photobucket
Ini adalah jambatan utama di Kg Tg Api. Kanak-kanak juga menggunakannya untuk ke sekolah dan pulang ke rumah setiap hari. Ia dipenuhi oleh banyak papan-papan yang telah tanggal dan membahayakan pengguna jambatan tersebut, lebih-lebih lagi di malam hari apabila lobang-lobang di atas jambatan itu tidak kelihatan di mata kasar sama sekali. Para penduduk telah mengadu kepada Tok Empat yang tidak menunjukkan inisiatif untuk memperbaiki keadaan keselamatan jambatan di kampung itu.

Photobucket Photobucket

Photobucket

April 26, 2008 Posted by | Politics | Leave a comment

Kepada pembaca yang budiman
Izinkan saya berkongsi kisah sdr Rani sekeluarga yang rumahnya kebakaran sebelum Pilihanraya lepas
Saya telah bantu apa yang termampu saya pada ketika itu dan juga dengan kepercayaan bahawa ADUN akan membantu seperti yang dijanjikan, saya agak terlepas pandang akan kes ini sehingga kini.
Minggu lepas saya ke ubai untuk jumpa penduduk kampung. Mereka bercerita tentang rumah sdr Rani yang masih tidak ada perubahan setelah beberapa bulan berlalu.
Rasa hati saya yang belas, teringatkan anak-anak beliau yang masih kecil (4 orang) menggerakkan saya untuk menulis disini. Teringat oleh saya bagaimana anak-anak tersebut menangis dengan begitu sayu tatkala melihat buku sekolah mereka hangus dalam api yang marak ketika itu.
Gambar-gambar rumah dan anak2 beliau disertakan disini
Besarlah harapan saya sekiranya ada para dermawan yang dapat membantu. mungkin dengan sumbangan wang ringgat, barang-barang binaan, perkakas rumah dan sebagainya supaya keluarga ini dapat kembali hidup seperti keluarga yang normal ( mereka kini menumpang di rumah ibu sdr Rani yang juga daif kehidupannya)
Sila hubungi saya segera sekiranya saudara ingin sama-sama bantu menguruskan pembangunan semula rumah keluarga tersebut
Terima Kasih
Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan

April 25, 2008 Posted by | Politics | 6 Comments

Allahyarham Rustam A. Sani: Mencanai Minda

Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Rustam Sani.

Takziah kepada seisi keluarga beliau, semuga dianugerah kesabaran dalam menghadapi ketiadaan beliau disisi.

April 24, 2008 Posted by | Politics | Leave a comment

Bersama penduduk di beberapa tempat di Kuantan

Mingu lepas, saya telah bertemu penduduk di beberapa kawasan lagi, menerima aduan dan permasalahan mereka. Ada juga yang memberi cadangan dan memohon khidmat nasihat dalam meningkatkan taraf hidup rakyat di kawasan masing-masing.

Di Tg Api mendengar dari para pemuda yang hadir:
Photobucket

Di Tg Lumpur bersama warga emas:
Photobucket

Photobucket

Ziarah Pn Zaiton yg koma sudah dua tahun akibat stroke:
Photobucket

Di Kempadang, mengenai keperluan tanah para penduduk:
Photobucket

Di Kg Sg Karang Darat, laluan jambatan yang daif & merbahaya, digunakan sentiasa oleh kanak-kanak sekolah di kampung itu:
Photobucket

Photobucket

Bersama joggers di Taman Gelora:
Photobucket

Menziarahi keluarga Allahyarham Nur Fadhilah binti Amri, pelajar SMK Gudang Rasau yang maut dalam kemalangan di KM 9 Jalan Gambang 18 April lalu:
Photobucket Photobucket

Menerima Borang Ahli KeADILan di Bentong, dari pimpinan KeADILan Bahagian.Kelihatan juga dua dari kanan ialah YB Choong, ADUN Tras(DAP) dan bekas calon Bilut, Bentong, Tam Tai Sun:
Photobucket

April 21, 2008 Posted by | Politics | 1 Comment

KESELAMATAN PELAJAR MESTI DI UTAMAKAN

PhotobucketParti Keadilan Bahagian Kuantan A137, Tingkat 2, Jalan Beserah 25300 Kuantan Pahang Tel: 09-5137970

Edaran untuk Media

20 April 2008

oleh Rozaini binti Mohd Rosli

KESELAMATAN PELAJAR MESTI DI UTAMAKAN

Dua kejadian kemalangan dalam bulan April ini telah membabitkan tiga orang pelajar sekolah di mana salah seorang dari mereka telah maut dan dua lagi di kejarkan ke wad ICU untuk rawatan rapi.

Kejadian yang pertama berlaku pada awal April lalu berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Ching (https://fuziahsalleh2.wordpress.com/2008/04/10/malang-yang-berbau/). Seorang pelajar Tahun Lima telah terjatuh ke dalam longkang besar (yang tidak ditutupi) dan koma seketika. Sehingga kini dia masih mengalami bengkak di tepi kanan kepalanya dan belum dibenarkan kembali ke sekolah.

Kejadian kedua, berlaku pada 18hb April lalu, telah mengakibatkan kematian seorang penuntut Sekolah Menengah Gudang Rasau di KM 9 Jalan Gambang, dan seorang lagi cedera parah. Keduanya telah cuba untuk melintas jalanraya yang sibuk, yang berdekatan dengan sekolah mereka.

Ahli Parlimen Kuantan, Pn Hjh Fuziah Salleh berpendapat bahawa keselamatan anak-anak pelajar sekolah patutlah diutamakan. Beliau menekankan bahwa situasi di mana kemalangan boleh dijangka berlaku pada bila-bila masa perlu diperbetulkan segera. ”Dua kes kemalangan baru-baru ini, memperlihatkan betapa perlunya disegerakan infrastrutur yang efektif bagi menjamin keselamatan para pelajar …Saya ingin menggesa pihak berwajib segera membina jejantas atau tempat melintas yang selamat dan longkang-longkang besar ditutup dengan sempurna…”

Menurut beliau lagi, kelengahan menyediakan prasarana untuk keselamatan pengguna jalanraya akan menjadi penyebab utama mengakibatkan lebih banyak kecederaan dan nyawa terkorban di masa akan datang.

__________________________________________________________________________________________________

Sila hubungi Rozaini Binti Mohd Rosli (Tel.: 019-8502757, email: rozainiebbm@yahoo.com )

untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut

Gambar-Gambar di Tempat Kejadian Kemalangan di Sek.Men. Gadang Rasah:

Photobucket

Sekolah Men. Keb. Gadang rasah di Batu Enam Jalan Gambang

Photobucket

Tiada zebra crossing atau jejantas untuk keselamatan pelajar melintas jalan.

Photobucket

Kenderaan yang melanggar Allahyarham Nur Fadhilah (pelajar yang maut) telah juga melanggar sebatang pokok yang tumbang ke atas seorang pemandu motosikal. Mujur beliau cedera ringan sahaja.

April 20, 2008 Posted by | Politics | 7 Comments

Then End of Yesternite

How Himpunan 14 ended.

April 15, 2008 Posted by | Politics | Leave a comment

Anwar: We have numbers to topple gov’t

Malaysiakini.com
Apr 15, 08 12:12am
Opposition leader Anwar Ibrahim last night said he has the support of enough defectors from the ruling coalition to seize power, although he will not act until he has a bigger majority.

anwar ibrahim april 14 kg baru event 150408 08“Yes, we have enough MPs to topple the government,” he told reporters after a rally to celebrate the end of his ban from politics, which was broken up by police.

“We are saying here for the first time that we are ready (to rule the country),” he said. “But we will only enter when the majority is comfortable.

“When we take over we want to initiate the move. Do we want to be a government with a two- or five-seat majority?”

anwar ibrahim april 14 kg baru event 150408 11The Pakatan Rakyat opposition alliance claimed more than a third of parliamentary seats and five states from the Barisan Nasional coalition in stunning March general elections.

Anwar has said that government lawmakers from Sabah and Sarawakhave approached him about switching sides, but so far none have declared their intentions publicly.

Meanwhile, Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi is floundering amid mounting calls to resign and take responsibility for the election results, which were the worst in the coalition’s half-century history.

“The situation in Malaysia is uncertain at the moment, people don’t know when the prime minister is going and who will succeed him, so we will respond to this,” Anwar said.

anwar ibrahim april 14 kg baru event 150408 01He said that rather than seizing government, the opposition’s priorities are to consolidate its gains and work with Sabah and Sarawak lawmakers “who agree with our new Malaysian agenda.”

“The priority now is to administer the Pakatan Rakyat states as incorruptible and financially transparent, fulfil our promises to the people and give meaning and essence to participatory democracy.”

Minor scuffles

Earlier, his speech to some 20,000 supporters was halted by police who shut down the rally celebrating the end of his political ban, a decade after he was sacked as deputy premier and hit with sex and corruption allegations.

anwar ibrahim april 14 kg baru event 150408 07“The police chief has asked us to stop so we are stopping, but remain peaceful because soon we will be running this country,” Anwar told the crowd.

Witnesses said there were some scuffles between police and supporters as the crowd dispersed.

Political gatherings are strictly controlled in Malaysia, and police had threatened to break up the event, held at a private club in central Kuala Lumpur, because they said it was illegal.

About 300 officers including riot police, backed up with water cannon trucks, formed a heavy security presence, but the event went ahead on schedule and Anwar spoke for an hour before the authorities intervened.

anwar ibrahim april 14 kg baru event 150408 12Once seen as the heir apparent to long-time leader Mahathir Mohamad, Anwar spent six years in jail before storming back to prominence in the March elections.

The sex conviction against him was later dropped but the corruption count prevented him from standing for public office until Tuesday.

Anwar had been expected to re-enter parliament quickly through a by-election in one of the seats held by his Keadilan party, and to challenge Prime Minister Abdullah in a symbolic no-confidence vote soon after.

But in light of the stunning and unexpected gains, he has said he is in no hurry to act and will instead focus on building up the opposition.

April 15, 2008 Posted by | Politics | Leave a comment

Live from Kelab Sulaiman, Kg Baru

8.00pm

Beribu rakyat sedang memasuki perkarangan Kelab Sulaiman, Kg Baru.

8.18pm

Orang ramai berpusu-pusu menghala ke lokasi Himpunan Rakyat. Kelihatan ramai para anggota polis. Suasana penuh harapan dari setiap rakyat yang sedang hadir amatlah mengharukan. Mereka sekeliannya menantikan saat-saat kebebasan pemimpin yang mereka kasihi, Anwar Ibrahim, bebas dari belenggu sekatan politik; agar beliau segera kembali memimpin rakyat dan negara untuk kepentingan rakyat seluruhnya.

8.40

Ahli-Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN sedang mengambil tempat duduk mereka di “pentas” yg disediakan; menanti ketibaan DSAI

8.55

Hampir 20000 rakyat telah membanjiri kawasan perhimpunan. Ribuan lagi sedang berjalan kaki dari berbagai arah untuk sampai ke lokasi perhimpunan kerana tiada lagi tempat berdekatan untuk letak kenderaan. Hadirin terpaksa berjalan lebih 500 meter ke Kelab Sulaiman. Pentas telah dipenuhi oleh para wakil rakyat dan pimpinan MPT. Masing-masing menunggu dengan penuh debaran dan semangat reformasi…

9.05

Tra-trak FRU dilihat menunggu di jalanraya dan lorong untuk memasuki perkarangan Kelab Sulaiman. Begitu ramai polis bertugas malam ini.

9.07

DSAI telah tiba!

9.08

Lagu NegaraKu dan Lagu parti sebelum acara selanjutnya…

Fuziah Salleh: Wow, I’ve never sang lagu Negaraku + lagu parti dengan semangat macam ni!

9.10

Badrul Amin membaca doa dan kumpulan silat gayung memberi cenderamata kpd DSAI.

9.15

Tan Sri Khalid sedang berucap.

9.38

DSAI sedang berucap.

Tepukan gemuruhnya…

Anwar menegaskan tentang Pakatan rakyat sebagai Kerajaan Menanti.

Seterusnya:

http://www.tvpas.com/

Polis telah mengganggu DSAI berucap…

Polis telah menghentikan bicaranya dan mengarah perhimpunan bersurai…

April 14, 2008 Posted by | Politics | 18 Comments