Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Salam dan Selamat Sejahtera

Warga Kuantan yang saya kasihi

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala ucapan tahniah dan kata-kata rangsangan untuk saya kepada semua pembaca laman blog saya (mohon memahami kelemahan sekira tidak menjawab kesemua respon-respon yang telah diutarakan, ya).   Ia sungguh bermakna bagi saya.   Saya akan berusaha sebaik mungkin dalam rangka memastikan rakyat Kuantan mendapat hak mereka daripada kerajaan yang sedia memerintah.

Saya memerlukan kerjasama dan sokongan yang berterusan daripada Rakyat Kuantan.   Segala cadangan/pandangan/input dari rakyat adalah penting dan berharga bagi saya.   Konsep kebersamaan ini – Dari Rakyat kepada Rakyat dan untuk Rakyat adalah paling utama untuk dihayati kerana kita semua adalah bertangunjawab memastikan kesejahteraan rakyat di Kuantan, seperti yang diingini, akan tercapai.

Langkah-langkah yang akan diambil terlebih dahulu perlu pengauditan yang rapi terhadap apa yang telah dan tidak dilaksanakan oleh Kerajaan BN di Kuantan. Proses  pengauditan yang rapi ini akan menjadi singkat sekiranya sekelian rakyat, khususnya yang bertugas dalam jentera kerajaan memberikan input dan kerjasama yang cekap, lengkap dan berkesan dalam memenuhi tuntutan pengauditan yang rapi.

Saya akan meneruskan perjumpaan-perjumpaan saya dengan rakyat bagi mengetahui permasalahan mereka.   Di setiap perjumpaan tersebut, rakyat seolah-olah tidak pernah didengari selama ini – semoga fenomena ini akan berubah dalam masa yang sesingkat mungkin juga.

Bersedialah untuk membantu saya pada bila-bila masa untuk kepentingan rakyat jelata.   Saya memerlukannya.

Reformasi !

March 26, 2008 - Posted by | Politics

4 Comments »

  1. sekadar ingin bertanya.
    adakah telah dihubungi saudari NURHIDAYATUL AMIRAH yang kerap kali menulis comment di blog ini bg meminta bantuan pihak puan mengenai masalah keluarga nya yang sudah 5 tahun tidak bersekolah…?
    saya cuma musykil kerana ada satu dr comment ( 23 march ) berbunyi ini kali ketiga saya meminta bantuan dr pihak puan…
    saya cuma ingin memaklumkan kepada pihak puan atau pun admin blog ini, kerana mungkin tidak perasan dgn kehadiran comment dr saudari NURHIDAYATUL AMIRAH.

    tiada makhluk yang sempurna melainkan yang Maha Pencipta

    Comment by shakira | March 26, 2008

  2. Terima kasih, shakira di atas ingatan ini.
    Beliau dan keluarga beliau telahpun dihubungi oleh sukarelawan Pusat Khidmat KeADILan Kuantan.

    Comment by Fuziah Salleh | March 26, 2008

  3. i want to make a complaint.however i didn’t receive any feedback from sir after two days i sent my email.

    Comment by jocelyn soon | March 27, 2008

  4. Dear jocelyn soon
    Please forgive the delay, I have a very tight sechedule and just returned Kuantan just now. Please call our Pusat Khidmat KeADILan Kuantan for urgent matters: 019-2602838 (Baini). The keADILan team concerned will look into all cases and will act accordingly. Please bear some more delay before I get to my emails,k.

    Comment by Fuziah Salleh | March 27, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: