Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Salam dan Selamat Sejahtera

Warga Kuantan yang saya kasihi

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala ucapan tahniah dan kata-kata rangsangan untuk saya kepada semua pembaca laman blog saya (mohon memahami kelemahan sekira tidak menjawab kesemua respon-respon yang telah diutarakan, ya).   Ia sungguh bermakna bagi saya.   Saya akan berusaha sebaik mungkin dalam rangka memastikan rakyat Kuantan mendapat hak mereka daripada kerajaan yang sedia memerintah.

Saya memerlukan kerjasama dan sokongan yang berterusan daripada Rakyat Kuantan.   Segala cadangan/pandangan/input dari rakyat adalah penting dan berharga bagi saya.   Konsep kebersamaan ini – Dari Rakyat kepada Rakyat dan untuk Rakyat adalah paling utama untuk dihayati kerana kita semua adalah bertangunjawab memastikan kesejahteraan rakyat di Kuantan, seperti yang diingini, akan tercapai.

Langkah-langkah yang akan diambil terlebih dahulu perlu pengauditan yang rapi terhadap apa yang telah dan tidak dilaksanakan oleh Kerajaan BN di Kuantan. Proses  pengauditan yang rapi ini akan menjadi singkat sekiranya sekelian rakyat, khususnya yang bertugas dalam jentera kerajaan memberikan input dan kerjasama yang cekap, lengkap dan berkesan dalam memenuhi tuntutan pengauditan yang rapi.

Saya akan meneruskan perjumpaan-perjumpaan saya dengan rakyat bagi mengetahui permasalahan mereka.   Di setiap perjumpaan tersebut, rakyat seolah-olah tidak pernah didengari selama ini – semoga fenomena ini akan berubah dalam masa yang sesingkat mungkin juga.

Bersedialah untuk membantu saya pada bila-bila masa untuk kepentingan rakyat jelata.   Saya memerlukannya.

Reformasi !

March 26, 2008 Posted by | Politics | 4 Comments