Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Pictures of the past days…

Gambar-gambar menunjukkan musyawarah, persediaan dan gotong-royong di kalangan ahli, penyokong dan rakyat dalam menjayakan Majlis Perjumpaan Kesyukuran Rakyat di Kuantan.   Saya terharu dengan semangat dan keakraban yang dipamerkan oleh petugas dalam memenuhi tugasan dan memastikan kelancaran program tersebut.

Kehadiran ribuan rakyat, walaupun lokasi majlis telah dipindahkan ke tempat yang terpencil, menandakan kesediaan rakyat untuk bersama-sama dalam menongkah arus perubahan di Pahang dan mencontohi kerajaan di Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Perak dan Kelantan.   Kesabaran yang mendalam dan kebersamaan yang jitu adalah pra-syarat impian itu menjadi realiti di Pahang.

Rakyat kini sudah mula merasakan bahawa mereka sendirilah yang sebenarnya menjadi agen perubahan yang utama bagi menentukan kerajaan yang benar-benar menepati citiarasa rakyat.

Saya berdoa agar rakyat, khususnya rakyat Kuantan, senantiasa memerhati dan memberi nasihat yang baik agar  setiap pemimpin berada di landasan yang benar dan betul.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

March 24, 2008 - Posted by | Politics

7 Comments »

  1. Harap lepas ni mp ktn akan lebih menumpukan perhatian yg lebih tentang permasalahan sebenar rakyat di ktn…jgn terlalu byk menghabiskan waktu dgn program2 sambutan sebegini. Di selangor yg telah BA memerintah pun rakyatnya dah tegur bila pimpinan duk asyik dgn majlis2 sambutan aje. ingat…rakyat tengah memerhati…yg dtg masa majlis makan2 tu memng sah2 org2@penyokong BA, tp yg memenangkan kita adalah ‘RAKYAT’.

    Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan harap2lah sangat secepat yg mungkin dikendalikan dgn cara yg terbaik. Ada aduan bila warga kuantan dtg nak menjenguk2, ada pertelingkahan yg ‘terbuka’ di kalangan penggerak@pemuda sesama mereka. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku di depan mata kepala warga kuantan yg telah memberi kepercyaan kepada PKR@BA. Yg lebih merisaukan ialah bila ada yg memberitahu, pemuda yg ‘besar kepala’ tu sebenarnya ada ‘kaitan rapat’ dgn pimpinan PKR ktn.

    Saya amat2 berharap agar perkara ini disiasat dan diambil tindakan segera demi menjaga imej parti.

    Sekian.

    Comment by SahabatMesra | March 24, 2008

  2. Tahniah buat YB Kak Gee…. kita dah berjaya dan ini masanya untuk agenda perubahan…biar disekat dan dinafikan hak namun rakyat telah tunjukkan siapa yang berhak di Parlimen Kuantan….

    Comment by pikir Ar | March 24, 2008

  3. Dear SahabatMesra
    We have commented on the same response from you at http://justice4allkuantan.wordpress.com (di bawah tajuk Kerajaan Menanti Barisan Rakyat = PAS-KeADILan-DAP
    Sila lawati blogsite tu, ya.

    Comment by jfakuantan | March 25, 2008

  4. assalammualaikum w.b.t…y.a.b fuziah salleh(kak jee),tahniah!!!atas kemenangan anda,dan kami sokong anda dari belakang,kami selalu menyokong anda…kami drpd belia kg. tengah

    Comment by yan | March 25, 2008

  5. YB Fuziah,

    Tahniah diatas kemenangan, semoga impak ini akan menggapai kami di Sabah kemudian.

    Jalumin B Samin
    Ketua Bahagian PKR Kota Belud. Sabah.

    Comment by Jalumin B Samin | March 26, 2008

  6. assalamualaikum pn Fuziah.
    saya ingin mengingatkan kepada puan.mungkin puan terlupa @ sibuk,sila baca comment yg dihantar oleh Saudari Nurhidayatul Amirah.Selesaikan segera maslah beliau 3 keluarga.
    sekian ,terima kasih.

    Comment by budak adil | March 26, 2008

  7. Wasm wrt wbt
    budak adil
    Saya difahamkan bahawa Saudari Nurhidayatul telahpun dihubungi oleh sukarelawan Pusat Khidmat KeADILan Kuantan.

    Comment by Fuziah Salleh | March 27, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: