Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Press Release 20 Mac 2008

Makluman Penukaran Tempat

Majlis Perjumpaan Kesyukuran Rakyat

Daripada: Padang Seri Kemunting

Kepada: SUNTIANA RESORT, Lot 2811, Kg Anak Air, Tg. Lumpur, Kuantan

Dimaklumkan juga bahawa Tarikh dan Masa Majlis adalah TIDAK Berubah

Tarikh: Sabtu 22 Mac 2008

Masa: 2.30 – 5.30 petang

Dalam proses perencanaan dan perlaksanaan Majlis Perjumpaan Kesyukuran Rakyat pada 22hb Mac 2008 nanti, Parti Keadilan Rakyat telah mendapat kelulusan awal dari Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengenai penggunaan lokasi di Padang Seri Kemunting Kuantan.

Walau bagaimanapun pihak MPK kemudian menghantar surat yang bercanggah yang menyatakan bahawa penggunaan Padang Seri kemunting tidak diluluskan tanpa sebarang alasan munasabah.

Urutan proses permohonan penggunaan Padang Seri Kemunting kepada MPK adalah seperti berikut:

12 Mac 2008

Surat permohonan kepada MPK untuk menggunakan Padang Seri Kemunting

13 Mac 2008

1. Kelulusan diterima dari MPK untuk menggunakan Padang Seri Kemunting

2. Pembayaran dibuat kepada MPK dengan Resit

18 Mac 2008

1. Surat dari MPK menyatakan bahawa permohonan tidak diluluskan

2. Komunikasi dengan YDP MPK, Dato’ Azizan bin Ahmad, yang tidak dapat memberi penjelasan mengenai percanggahan tersebut

19 Mac 2008

1. Surat diterima dari Polis berkenaan permit tidak diluluskan untuk majlis tersebut

2. Panggilan telefon dari YDP MPK, Dato’ Azizan bin Ahmad, dengan muktamad menyatkan bahawa penggunaan Padang Seri Kemunting untuk Majlis Perjumpaan Kesyukuran Rakyat tidak mendapat kelulusan

20 Mac 2008

Lokasi majlis tersebut ditukar kepada SUNTIANA RESORT, Kg Anak Air, Tg Lumpur

Hjh Fuziah Salleh

Ahli Parlimen Kuantan/Ketua Bahagian KeADILan Kuantan

March 20, 2008 - Posted by | Politics

8 Comments »

  1. Here is the latest blog created by my conscience …

    RAJA MONGREL @ http://rajamongrel.blogspot.com/
    Creating An Absolute Monarchy In Malaysia Based On Royal Supremacy

    Hear me confess: My Lies, My Plots, My Hypocrisy … Things that you can never find at my official site @ Malaysia-Today.net

    Yours truly,
    Raja Petra bin Raja Kamarudin (Now & Official)
    Emperor King Sultan Rajah Prophet Nabi Petra Kamarudin (In Progress)
    URL: http://rajamongrel.blogspot.com/

    Comment by Raja Mongrel | March 20, 2008

  2. Salam,

    Ini salah satu taktik kotor yg dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Adnan…. Bagaimana YDP MPK, Dato’ Azizan bin Ahmad, tidak dapat memberi penjelasan mengenai percanggahan tersebut. Semoga ianya tidak merencatkan semangat Puan Fuziah… Berita ini juga telah di terbitkan di dalam akhbar Utusan pada hari ini, tajuk, Ahli parlimen kelas kedua…🙂 semoga pendedahan ini dapat membuka mata rakyat…………

    Comment by wmshahir | March 21, 2008

  3. MPK tu memang la hampeh…Segelintir dalam tu rasa dia bagus sangat. Kat dalam tu banyk sangat kroni lebih teruk daripada UMNO lagi. Lebih2 lg S.U dia… Buat MPK tu mcm bapak dia punya kompeni ala2… mcm Toyol kt Sgor tu.Ah..or kt dlm mpk tu semuanya takut kt dia.. ah! dia bukn anak jati kuantan… asal dr Perak tp belagak gler… Aku dah tau kt mpk tu mcm2 ada..

    Comment by Anak Jati Kuantan. | March 21, 2008

  4. Saya benar-benar berharap dapat mengikuti lanjutan perkara ini dengan lebih dekat lagi. Insyallah, kami rakyat hanya perlu kepastian dari kedua-dua pihak supaya keadaan sebenar dapat diketahui. Ini penting bagi memastikan ketelusan kepimpinan ‘benar-benar’ diamalkan oleh sesiapa yang memerintah.

    Comment by anak perantau | March 21, 2008

  5. just seeing your blog from the DASHBOARD, hope you’re doing fine, there isn’t many women in politics,we should have more. greeting from jakarta🙂

    Comment by sikiky | March 22, 2008

  6. It’s so sickening to know that even our MPs are not given due respect. No wonder I passed P. Kemunting in the morning and found that there were no tents put up. I had intended togo to this gathering. I had to change my mind since I didn’t know what had happened. How disappointing.

    Comment by kuantanite | March 22, 2008

  7. Itulah mpk..menyampah dan memualkan..harap puan bersabar..dah la sistem kupon yang tah apa2..saman tak tentu hala..kadar saman yang x berpatutan..harap puan dapat mengambil perhatian tentang saman parking mpk ini..

    Comment by Hafeez | March 25, 2008

  8. Dear Pn Hajah Fauziah, Perhaps, you should check YDP and their related officer in charge of this matter. In the first place, YDP are appointed by the ruling party and the top priority cateria to qualify for this post it is MANDOTORY (minimum) to be an oridanary member of UMNO. Does that answear how these people operate on administration. Under Manage Never Organised.

    Comment by patinsufi | March 25, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: