Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Polis mesra rakyat

Dalam keghairahan menyambut rombongan acara Le Tour de Langkawi 2008, seorang wanita Cina telah mendakwa telah berlaku pencerobohan ke kawasan milik beliau di Jalan Besar, bandar Kuantan. Wanita tersebut memiliki sebuah kedai perabut, di depannya adalah kawasan letak kereta bagi pelanggan-pelanggan beliau.

Polis Trafik telah tiba-tiba datang dan menghalau kereta-kereta yang sudah terletak dalam kawasan letak kereta kedai tersebut dan mengasari secara lisan terhadap wanita Tionghua itu apabila memprotes arahan polis trafik.   Polis trafik itu menghendaki kenderaan-kenderaan berkaitan acara Le Tour de Langkawi 2008 pula di tempatkan di situ.

Secara umumnya sesebuah kawasan milik persendirian tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali dengan kebenaran pemiliknya. Jauh sekali untuk semberono mengarah apa-apa menurut kehendak individu yang bukan pemilik harta tersebut.

Sikap anggota polis, khususnya angota polis Kuantan yang kurang mengambil berat hak orangramai amatlah membimbangkan. Polis adalah tempat rakyat mengadu kesusahan mereka dan mendapat perlindungan. Polis adalah teman masyarakat, bersama-sama memikir dan menjamin keselamatan anggota masyarakat. Anggota polis adalah diharapkan agar menjadi contoh kepada masyarakat dalam perkara-perkara menghormati hak orang lain dan hak rakyat. Bagaimana rakyat akan berasa selamat sekiranya anggota-anggota polis tidak berakhlak sedemikian. Di samping itu, para anggota polis perlulah mengendalikan sebarang situasi bersama masyarakat dengan tegas dan bersopan, jauh dari sikap mengasari dan mengugut mereka.

Jadikanlah polis mesra rakyat sebagai realiti yang boleh menjadi kebanggaan rakyat!

February 16, 2008 - Posted by | Politics

1 Comment »

  1. ari sabtu lepas saya pun kena halau dari jalan raya (orang bayar roadtax jugak lah) oleh seorang polis trafik dengan kasar…. semata mata nak kasi laluan kepada kira kira 100 anggota trafik yang jaga litua.

    berlagak botoi… nak aje doa biar terbalik motor

    Comment by SeaBass | February 18, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: