Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Kenyataan Media:Krisis Ekonomi Dunia

24 Januari 2008

Kenyataan Media

 

Krisis Ekonomi Dunia:

Malaysia perlukan kerajaan yang cekap bagi menghadapinya

 

 

Parti Keadilan Rakyat menggesa kerajaan mengambil sikap berhati-hati dan berhemah dalam menguruskan kewangan negara. Di kala dunia menghadapi ancaman kemelesetan ekonomi akibat krisis kewangan Amerika Syarikat, Malaysia seharusnya mengelakkan perbelanjaan-perbelanjaan tidak perlu dan meningkatkan simpanan sebagai persediaan menghadapinya.


Amerika Syarikat menghadapi krisis kewangan akibat perbelanjaan yang terlalu tinggi seperti kos besar yang ditanggung untuk membiayai pencerobohan ke atas Iraq dan Afghanistan, pembekalan senjata kepada Israel dan operasi risikan seluruh dunia. Akibat perbelanjaan-perbelanjaan tidak perlu dan kadar simpanan yang rendah di AS, negara itu kini terpaksa bergantung kepada simpanan negara asing.

 

Kadar simpanan rakyat AS yang terlalu rendah dan pergantungan kepada kredit telah menjerumuskan negara tersebut ke kancah masalah kewangan apabila institusi kewangan negara tersebut tidak dapat memperolehi kembali pinjaman yang disandarkan kepada aset hartanah.

 

Kadar simpanan yang rendah itu juga memaksa bank-bank utama seperti Citigroup dan Merill Lynch mendapatkan suntikan kewangan daripada dana-dana negara Asia seperti Singapura dan negara-negara Arab.

 

Kerajaan Malaysia perlu peka terhadap keperluan untuk berjimat kerana hanya itu yang akan menjadi benteng negara ini bagi menghadapi kesan lebih buruk dan kejutan seterusnya krisis ekonomi AS. Sepanjang empat tahun yang lalu, perbelanjaan kerajaan telah meningkat. Perolehan cukai dan hasil lain kerajaan tidak mampu untuk menampung perbelanjaan mengurus. Tanpa hasil Petronas, negara ini akan terpaksa menanggung hutang yang sangat besar semata-mata untuk terus beroperasi.

 

Antara sikap tidak bertanggungjawab kerajaan ialah dengan membelanjakan sejumlah besar wang rakyat untuk membuat persiapan dan majlis pelancaran koridor-koridor pembangunan. Perancangan dan majlis pelancaran itu menelan belanja sehingga RM50 juta – RM100 juta setiap satu. Meskipun kerajaan akan memberi alasan bahawa ia tidak dilaksanakan oleh kerajaan secara langsung, tetapi sebarang perbelanjaan oleh Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat-syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) seharusnya dilihat sebagai membelanjakan wang rakyat.

 

Keutamaan kerajaan di dalam membelanjakan wang rakyat juga ternyata tidak dirancang dengan baik. Di kala wujud tuntutan rakyat agar harga runcit petrol diturunkan bagi meringankan beban kehidupan rakyat yang terlalu tinggi kini, Timbalan Perdana Menteri memberikan alasan ia tidak akan dilakukan kerana kononnya akan menyebabkan negara muflis. Tetapi pada masa yang sama, apabila wujud kemarahan rakyat yang tertipu dengan janji kerajaan menghapuskan yuran sekolah, kerajaan segera mengambil keputusan reaksioner untuk mewujudkan dana pedidikan berjumlah RM5 bilion secara tergesa-gesa. Perbelanjaan tanpa perancangan rapi ini tidak membantu tetapi sebaliknya membebankan rakyat.

 

keADILan melihat Barisan Nasional tidak mempunyai keupayaan untuk mengendalikan kewangan dan ekonomi negara dengan baik, tambahan pula di kala dunia berada di ambang kemelesetan ekonomi yang berpunca daripada krisis kewangan AS. Malaysia sudah tentu akan merasakan kesannya dan pakar-pakar ekonomi antarabangsa mearamalkan kemelesetan ini akan berpanjangan. Oleh itu rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya dan kerajaan perlu cekap dan amanah untuk memimpin rakyat menghadapinya. BN di bawah Abdullah Badawi ternyata tidak cekap dan terlalu lemah untuk memikul tugas tersebut.

 

Kemampuan Malaysia menghadapi Krisis Kewangan Asia sebahagian besarnya adalah hasil daripada belanjawan berhemah yang diutamakan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan sepanjang beberapa tahun sebelumnya.


Rakyat perlu segera bertindak bagi memastikan masa depan Malaysia yang lebih baik dengan membuat perubahan berani untuk menukar kerajaan sebelum negara terjerumus ke kancah kemelesetan dan krisis ekonomi.

 

 

 

 

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Setiausaha Agung

January 24, 2008 - Posted by | Politics

3 Comments »

  1. the content was interesting but the font was too small… hard to read your post

    Comment by myson | January 29, 2008

  2. UMNO/BN MENONGKAT LANGIT

    Tersenyum mendengar tuduhan najib yang disiarkan media arus perdana, kononnya pembangkang tidak berpijak dibumi yang nyata. Terserlah kedangkalan politik najib, seolah cuba lari dari tajuk permasalahan yang melanda Negara sekarang.

    Sejak dari pilihanraya 1955 hingga sekarang, pembangkang terpaksa bergelut dengan pelbagai sekatan. Saat tiba pilihanraya, UMNO/BN akan mengunakan kekuatan Negara bukannya parti untuk menghadapi pembangkang. SPR ditunggang semaksimum mungkin demi mempertahankan kekuasaan UMNO/BN. Pelbagai jentera serta harta kerajaan dilacurkan untuk menjadi perkakas UMNO/BN. Tidak cukup kakitangan kerajaan, budak sekolah juga dipaksa untuk menghadiri program parti tanpa kerelaan mereka.

    Dipihak pembangkang pula, ruang diberikan amat sempit. Hak mereka dinafikan malah dirampas oleh UMNO/BN selaku pemerintah. Perjuangan mereka atas dokongan rakyat yang mahukan kebebasan dalam erti kata merdeka yang sebenarnya. Pembangkang sentiasa sedar bahawa mereka harus berpijak dibumi yang nyata. Yang mana bumi penuh dengan perasuah dan sang penggila kuasa, maka mereka harus berjuang dengan apa cara sekalipun untuk menyelamatkan bumi bertuah bernama MALAYSIA ini. Kekuatan yang digunakan hanyalah kekuatan dokongan rakyat,bukannya dokongan jentera kerajaan yang dilacurkan. Inilah hakikat yang perlu ditelan oleh pihak pembangkang sejak dari zaman penjajah hingga kini.

    Nah! Adakah UMNO/BN berpijak dibumi yang nyata? Sekiranya benar mengapa harus mengecilkan hak rakyat untuk bersuara? Mengapa tidak turun dengan kekuatan parti yang bernama UNITEDS MALAY NATION ORGANISATION semata-mata.( takut kalah teruk kot) Mungkin najib tidak melihat atau cuba membutakan mata serta memekakkan telinga, sebaliknya memilih untuk hidup didunia khayalan ciptaan UMNO/BN. Kegagalan mematahkan hujah pembangkang dimana pelbagai isu kebobrokan sistem pemerintahan telah menyebabkan najib enggan menerima kenyataan. Mungkin juga najib dan UMNO/BN memilih untuk cuba MENONGKAT LANGIT, dan berharap rakyat terus kekal bodoh seperti yang diharapkan oleh najib dan UMNO/BN.

    Berpijaklah dibumi yang nyata wahai najib, UMNO sudah lama lari dari perjuangannya.
    UMNO/BN Sudah tidak relevan lagi dalam konteks mempertahankan hak orang melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya. System pemerintahan yang cuba dipertahankan oleh UMNO/BN sudah mulai luntur. Segala kononnya kejayaan Negara yang dicanangkan media arus perdana hanyalah tahyul semata.

    Kini rakyat sudah mula mencari dan membaca hak mereka yang terkandung dalam perlembagaan Negara, anak muda pula sudah mula muak dengan gelagat pimpinan dalam UMNO/BN yang hanya layak memimpin sekolah tadika. Lonjakan kebangkitan rakyat mutakhir ini adalah satu isyarat jelas buat UMNO/BN agar bersiap sedia untuk dimuziumkan.

    BERANI UNTUK BERUBAH!!!

    Comment by eddieputra | January 29, 2008

  3. thanx….
    isi sangat bgus…
    membantu mlgkapkan assgmn saya yg spt kurang ssuatu…
    keep good job!

    Comment by jajaa | March 17, 2009


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: