Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Sejenak kenangan bersama Allahyarham Khozit bin Ngah, Aktivis KeADILan Bahagian Kuantan

 

Jan 9, 08 7:00am

 

Khozit atau lebih mesra dieja KOZEK kini dalam kenangan……….gambar anaknya dipusara (dibawah) menghambat mimpi saya
Kini telah beberapa hari semenjak berita pemergian allahyarham Khozit diterima, saya masih lagi berada di Kuantan. Saya amat terasa pemergian beliau, kerana sebagai ajk beliau merupakan seorang yang amat komited dan sentiasa mendengar serta memahami keluhan saya sebagai ketua bahagian yang kebetulan tinggal jauh. tentu sekali sarat dengan halangan yang sukar difahami… Saya banyak kali meluahkan kepada ajk lain bahawa tanpa allahyarham, bahagian akan merasakan kehilangan yang amat besar
Sementara saya disini kebanyakan kerja diakar umbi ini tertumpu kepada melayan kes-kes pengadu pusat khidmat yang tidak henti-henti datang, bertali arus, seolah-olah mereka tahu saya berada disini. Sesungguhnya kerja sebagai pemimpin pusat dan pemimpin bahagian banyak bezanya dan saya memikul tanggungjawab keduanya. Jadual kerja saya boleh lah dikatakan 4 hari di Kuantan dan 4 hari lagi di KL. Nampak gayanya begitu lah seterusnya. Masa saya terlalu terhad dan saya harus tumpukan fokus kerja saya kini kepada menggerakkan jentera, mendaftarkan dan memotivasikan sukarelawan, berjumpa dengan JDM (Jawatankuasa Daerah Mengundi) disamping berjumpa dengan klien pusat khidmat.
Cuma saya menggaru kepala sedikit untuk cuba memahami apa yang dimaksudkan dengan ‘excuse’ jemputan kahwin dalam banjir yang dilontarkan oleh sahabat mesra.
Seingat saya, tidak terima apa-apa jemputan, Kerana kalau ada, dan kebetulan saya disini tentu sekali saya tidak akan menghampakan.
Lagipun para sukarelawan bersama saya tentu sekali akan mengheret saya, sebab mereka sentiasa kelaparan bila berkhidmat, takkan lepaskan peluang bila khenduri
Permaidani merah? rasanya pemimpin yang mengharapkan permaidani merah tak boleh survive selama ini dalam keADILan. ……
Image Hosted by ImageShack.us

Anak Allahyarham Khozit di pusara

Image Hosted by ImageShack.us
Saya bersama keluarga Allahyarham Khozit di kediaman Allahyarham.

January 9, 2008 - Posted by | Politics

3 Comments »

  1. Fuziah. You RE DOING A FANTASTIC THING. we are all WAITING 4 PRU EARGELY TO KICK OUT THE APATHEID REGIME.

    Comment by din rafikil | January 22, 2008

  2. Salam
    Sdr Din,
    Terima Kasih diatas komen saudara
    Sebenarnya, saya rasa bahawa diri saya ini terlalu kerdil sekali. Saya cuba berikan yang terbaik, takan tetapi terasa masih terlalu banyak lagi yang perlu di lakukan untuk membantu rakyat Kuantan. Saya sering terfikir bagaimana wakil rakyat BN yang dipilih oleh rakyat boleh tidor lena didalam keadaan rakyat ramai yang susah dan terhimpit dek kehidupan. Bagaimanakah mereka boleh biarkan rakyat dalam kesusahan ?

    Skrag ini saya di Kedah, dok bantu bahagian disini memperkemaskan gerakkerja menjelang PRU12, Hati saya teringat Kuantan. Saya tahu sukarelawan saya sedang giat bertugas memberi khidmat…. Moga Allah restui perjuangan dan pengorbanan mereka…….

    Comment by Fuziah Salleh | January 26, 2008

  3. Salam buat Sdri, bagi saya gelombang rakyat yang inginkan perubahan pada PRU kali ini memang terasa walaupun pihak BN sering menafikan kekuatan gelombang tersebut. cuma bila berakhirnya PRU kebiasaannya BN juga yang menang. saoalnya kenapa? bagi saya mudah jer. sebabnya BN pandai mempromosikan material pada pengundi. Mereka tau kalau gunakan isu pada PRU memang mereka kalah. Pendapat saya sebagai pengundi sudah sampai masanya pembangkang mempromosikan pula material kepada penggundi selain isu2 semasa. Contoh mudah masa PRU kali ini cuba Pembangkang tawarkan tanah kediaman dan pertanian kepada pengundi yang telah berkeluarga jika Pembangkang menang selepas PRU. Edarkan borang tanah masa kempen. Bagi kepada semua pengundi (Melayu, Cina dan India) termasuk orang BN (ramai orang BN pun takde tanah juga). Pahang ni luas. banyak lagi tanah yg kosong (modal tak banyak). Tak rugi bagi kepada rakyat. Janji kita menang PRU. Kata orang menang dulu baru kita cakap bagaimana nak perintah negeri. Terima Kasih…

    Comment by Badi | February 13, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: