Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Soi Lek – Mereka semua bukan bersih!

Inilah masalahnya apabila kayu ukur (benchmark) kita merupakan tingkahlaku orang lain @ menteri lain

Masalah Soi Lek ialah orang lain tak di’expose’ & dia pulak kena. Kayu ukur BN seolah-olah kalau tak kena tangkap tak mengapaBukan ke kayu ukur kita seharusnya,  akhlak terpuji & jauhi korupsi dari segala aspek? Korup moral mahupun korup rasuah, semuanya wajib dihindari!….
BN sudah terlalu bernanah dan sarat dengan orang yang korup dari segala aspek
 UBAH SEBELUM PARAH, UBAH DEMI MARUAH

Fuziah

 (SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!) 

Soi Lek – Mereka semua bukan bersih !

Jan 5, 08  10:00pm

ALHUSSEYN             

              Hanya selepas 24 jam menegaskan akan terus menjalankan tugas sebagai menteri, Ahli Parlimen dan pemimpin parti pada sidang media di Labis, kelmarin, Dr Chua Soi Lek telah mengumumkan peletakan semua jawatannya sebagai Menteri Kesihatan, Ahli Parlimen Labis, Naib Presiden MCA dan semua jawatan dalam parti pada peringkat kebangsaan serta negeri, berkuat kuasa serta-merta.Chua Soi Lek tidak mempunyai pilihan lain setelah keputusan mesyuarat kabinet mendapati beberapa menteri telah menggesa supaya beliau bersara dari jawatannya. Tetapi keadaan tersebut telah di nafikan oleh PM Abdullah Badawi :“Tak bincang dan tidak buat keputusan (mengenai isu itu) dalam mesyuarat jemaah menteri,” katanya disiniTakkanlah perkara sepenting itu kabinet tidak mahu bincangkan.Mustahil sekali.Tapi kenapa Abdullah Badawi mahu berbohong kepada rakyat?Tentu ada sesuatu yang tidak dapat dielakan, setelah begitu beriya benar Soi Lek menyatakan akan mengekalkan jawatannya dan akan terus berkhidmat supaya tidak menghampakan para pengundinya ; tiba-tiba mengambil keputusan yang sebaliknya.Betapa kesalnya Soi Lek dengan gesaan jemaah menteri memintanya meletakan jawatan apabila dia berkata :“Dengan pengakuan itu , saya sangka orang akan memaafkan kelemahan saya , tetapi sangkaan saya itu meleset ; bahawa kejujuran tidak selalunya dihargai.Terpulangl ah kepada orang ramai mengadili saya,” katanya .Tidakkah yang demikian itu menggambarkan rasa kecewanya terhadap keputusan mesyuarat kabinet tersebut?

Petikan dari temubual dengan wartawan the Star :

Q: Will this matter severely affect the support from the Chinese community for Barisan? Adakah perkara ini akan memberi kesan buruk sokongan komuniti Cina terhadap Barisan?

A: No. I thought a lot of people think I am a baggage to carry because they want to behave like “holier than thou”. Maybe the support will increase. Tidak, saya fikir ramai yang berpendapat saya ini satu bebanan yang terpaksa dipikul kerana mereka mahu bersikap ‘lebih mulia dari kamu’. Mungkin sokongan tersebut akan bertambah

Q: Why is that so? Kenapa begitu?

A: Because then they think all they have in the Government are all very clean. Kerana mereka sangka apa yang ada dalam kerajaan adalah bersih semuanya.

Chua Soi Lek mengingatkan mereka yang masih bernasib baik berada dalam kerajaan atau peringkat negeri dengan kata nasihat ; atau mungkin juga lebih bersifat amaran dengan berkata :

I am not the first and I will not be the last to become the victim in this way to bring a leader down whether at state or national level. I am sure I will not be the first and I will not be the last.

Saya bukanlah yang pertama dan saya bukanlah mangsa terakhir seorang pemimpin dijatuhkan dengan cara begini , samada diperingkat negeri atau kebangsaan.Saya pasti saya bukan yang pertama dan bukan yang terakhir.

Nampaknya episod kebobrokan para pemimpin BN tidak serta merta terhakis begitu sahaja dengan perletakan semua jawatan oleh Soi Lek . Ingatlah sindiran sinis beliau – “Because then they think all they have in the Government are all very clean.”

Ya, masih ramai yang kaki busuk dalam kerajaan BN yang diterajui PM Abdullah Badawi, cumanya belum terbongkar seperti mana yang berlaku kepada Soi Lek.Sebab itu kita dapat lihat kekecewaan Soi Lek yang teramat sekali melalui kata-katanya — ‘ramai yang berpendapat saya ini satu bebanan yang terpaksa dipikul kerana mereka mahu bersikap ‘lebih mulia dari kamu’

Dan juga amaran beliau :

Saya bukanlah yang pertama dan saya bukanlah mangsa terakhir seorang pemimpin dijatuhkan dengan cara begini , samada diperingkat negeri atau kebangsaan.Saya pasti saya bukan yang pertama dan bukan yang terakhir.

Sama-samalah kita tunggu episod selanjutnya. Pilihanraya yang semakin hampir ini merupakan musim gugur bagi sesetengah pihak dan musim kembang bagi sesetengah yang lain.

Laporan berkaitan disini

January 5, 2008 - Posted by | Politics

1 Comment »

  1. soh lek sama seperti orang lain…nasib tidak menyebelahinya
    bukan beliau seorang …ada lagi yang menyepi dan diam diri

    itulah kalo sistem dari mula lagi salah..sampai akhirnya kena selesai masalah…yang munkin bukaan jalan nya

    Glaxies

    Comment by glaxies | January 7, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: