Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Polis Kuantan: Apabila tindakan tidak diaturi minda!

Polis telah mencerobohi rumah seorang sahabat (lelaki) yang tinggal di Kuantan. Mereka telah memasuki rumah beliau dengan memecahkan pintu hadapan rumah.

Photobucket

Photobucket

Waktu itu sahabat saya baru tersedar dari tidur bila mendengar bunyi kuat di tingkat bawah rumah. Polis telah menerpa beliau yang masih menuruni tangga rumah dan terus menggari tangan beliau. Sahabat saya itu telah dibogelkan dan kehormatan beliau dicabuli. Selain itu, beliau telah dikasari, ditampar dan dipaksa menjawab soalan-soalan yang pelik. Selepas beberapa waktu, beliau telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kuantan dan disoalsiat lagi dan berada di Balai sehingga tenghari sebelum dibebaskan.

Polis Kuantan telah melanggar hak-hak asasi insan; menangkap tanpa sebarang dakwaan yang sah, tidak memiliki warrant atau izin memasuki premis yang dimiliki orang lain, menggeladah rumah tanpa warant, merosakkan harta-benda peralatan dan perabut, dan mencabuli kehormatan insan.

Rakyat tidak perlukan anggota-anggota polis yang sedemikian -yang menzalimi rakyat, bukan melindungi mereka.   Pihak berkuasa polis yang berkenaan sewajarnya mengenakan tindakan tata-tertib terhadap anggota polis yang melaksanakan tugas mereka tanpa risikan,penyelidikan yang saintifik dan objektif, dan menakut-nakutkan rakyat tanpa sebab yang munasabah.  Mereka telah menyalah gunakan kuasa yang diberikan kepda mereka.

Apabila tindakan tidak diatur oleh minda, terhasillah anggota-anggota polis yang cacat akhlak mereka, yang menganggap enteng pengabaian hak-hak asasi rakyat jelata.

December 25, 2007 - Posted by | Politics

3 Comments »

  1. wah menyeramkan sekali….

    Comment by Nanang Suryana | December 25, 2007

  2. hoi!!!!!!!!!!seram gak polis jd mcm ni tibe2

    Comment by kisho | January 25, 2008

  3. hai kalau ade polis yang sudi kawan ngan saya sms la 013-9110459

    Comment by kisho | January 25, 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: