Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Antara YB dan Tengku Mahkota Pahang

Kesudian Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah melawat mangsa-mangsa banjir di berbagai kawasan yang terlibat di Negeri Pahang, khususnya di Parlimen Kuantan, disanjung.

 

Baginda telah segera bersua rakyat yang ditimpa musibah, kehilangan seluruh harta-benda mereka dan bagi beberapa keluarga, kehilangan nyawa insan kesayangan mereka. Empati yang dipamerkan baginda dalam mengurus jenazah sebuah keluarga mangsa banjir di Pekan, amatlah menyentuh hati rakyat.

 

Baginda Tengku Mahkota menjadi contoh para wakil-wakil rakyat dalam menghayati derita rakyat yang sedang dirundung berbagai kesulitan akibat banjir teruk. 

 

Dalam sesebuah krisis atau bencana, setiap insan memerlukan sokongan dan sentuhan selain dari bantuan material.   Saya sendiri telah melihat pada wajah-wajah mereka, mangsa-mangsa banjir teruk ini, terbayang jelas kesedihan yang sedang berlabuh di hati sanubari mereka.   Jika disentuh, akan mengalirlah air mata.   Sebahagian mereka mempunyai anak-anak kecil dan anak-anak yang akan menghadapi musim persekolahan tidak lama lagi.  Mereka mengenangkan masa depan yang belum tentu keadaannya.   Mereka memerlukan bantuan.

Rakyat keputusan keperluan asas kerana laluan telah disekat air bah.   Jalanraya yang menjadi kebiasaan laluan telah ditenggelami air.

 

Team KeADILan Bahagian Kuantan telah ke Penor, Ubai dan hari ini ke Cherok Paloh.  Rata-rata penduduk kampung masih memerlukan berbagai bantuan ketika ini dan selepas banjir surut nanti.

 

December 18, 2007 - Posted by | Politics

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: