Fuziah Salleh

Mendamba Politik Baru

Majlis Pelancaran Jentera BA Parlimen Kuantan (P83)

Majlis tersebut telah berlangsung pada 15hb Disember lalu, flag down oleh Saudara Azmin Ali, Pengarah Pilihanraya Malaysia Parti Keadilan Rakyat.

Majlis telah dihadiri oleh lebih 50 wakil-wakil JDM daripada kedua-dua jentera parti, KeADILan dan PAS dari N14 DUN Teruntum, N15 DUN Tanjung Lumpur dan N15 DUN Inderapura. Ia telah diadakan di Pejabat Parti Keadilan Bahagian Kuantan di Jalan Beserah, bandar Kuantan.

Turut hadir dan memberi ucapan ialah Tuan Syed Rahman b Syed Hussein, Ketua Penerangan PAS Pahang, merangkap Setiausaha PAS Kawasan Kuantan, Saudara Zakaria, Ketua Perhubungan KeADILan Negeri Pahang dan saya sendiri.

Jentera BA Bahagian Kuantan akan menghadapi pilihanraya ke-12 dengan tersusun dan disertai oleh para sukarelawan dari kalangan rakyat yang prihatin. Ia juga melambangkan kerjasama erat yang diperlukan bagi menjamin kejayaan dalam segala perancangan berkaitan pilihanraya umum akan datang dan menangkis sebarang propaganda BN.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Syed Rahman, menerima watikah perlantikan bagi Jentera Inderapura daripada Saudara Azmin Ali. Turut menyaksikan penyerahan tersebut ialah , Saudara Zakaria, Saudara William Leong dan Saudara Ram, Naib Ketua KeADILan Bahagian Kuantan, merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan KeADILaan Pahang.

Wartawan tempatan telah meliputi pelancaran dan program-program susulan sepanjang aturcara pada 15 & 16 Disember 2007 lalu.

December 17, 2007 - Posted by | Politics

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: